Daki Bukit Bongol

Bukit Bongol, Kota Belud Sabah -480 meter Asl








Assalamualaikum. Hai semua...

Macam dah virus pulak. Kebanyakan orang sekarang punya penyakit yg bernama "kegilaan mendaki bukit". Mana-mana status yang di muat naik pasti dengan kata kunci 'hiking'. Tak apalah kan, bukan nya memudaratkan, malah baik untuk kesihatan! 

Kalau di daerah saya, ada banyak bukityang boleh didaki. Masing-masing bukit tu ada kelebihannya, contohnya air terjun yang cantik, sungai yang dalam, laluan trek yang memaparkan keindahan tumbuhan didalam hutan bahkan pemandangan dari atas bukit. Salah satunya Bukit Bongol. Dengan ketinggian -480meter Asl, nama bukit ini diberi sempena bukitnya yang berbonggol-bonggol dan mempunyai puncak yang agak botak daripada pokok-pokok tinggi menyebabkan bukit ini kelihatan seperti padang rumput. Bukit ni bukan dekat padang tembak askar tu ya. Ramai yang salah anggap, sebab memang agak serupa juga di antara kedua-dua tempat tu.

Bukit Bonggol ni ada banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak. Bukit tak tinggi tapi berejam juga nak sampai puncak, tu pun kalau ikut laluan dari Kg. Pirasan. Kalau nak rasa pengalaman lalu di atas bukit-bukit (dikatakan lebih daripada 7 puncak bukit) untuk ke puncak sebenar boleh ikut laluan daripada Kg. Pirasan, tetapi kalau rasa nak tengok 3 air terjun, sambil  mandi dan pendakian yang agak mencabar dengan lebih kurang 75 darjah ketinggian bukit terus menerus hingga puncak, boleh ikut laluan dari Kg. Kinasaraban, kalau laluan elok, tak licin dek hujan, boleh sampai 45 minit saja.

Oke lah, cukup sampai sini saja penerangan bak dokumentari dari sy tentang bukit bongol. Ni yang saya tahu la. Yang berminat nak daki boleh lah pilih Bukit ni sebagai view memang best. Kebanyakan semua laluan baru dibuka, so perkhidmatan parking berbayar (kereta yg dijaga) dan tandas belum disediakan lagi setakat ni.

Bawah ni gambar yg sempat snap dari kamera kami. Masa naik ni hujan turun, so gambar semuanya dipenuhi kabus saja. Gambar dekat atas tu lagi 'clear' la. 

















Gong Xi Fa Cai | Selamat Tahun Baru



Hello kepada semua !

Selamat Menyambut Tahun Baru, tahun ayam kepada semua yang berbangsa Cina. Moga tahun ni banyak 'Ong' untuk semua, sihat dan sukses selalu.

Harap tak terlambatlah saya nak ucap untuk semua ni. especially kawan-kawan blogger. Dah lama tak menulis...heheh. InsyaAllah, masa-masa yang ada saya singgah blog awak-awak semua ya.