Nenek Moden




Assalamualaikum. Hai semua

Untuk kesekian kalinya, aku muncul bertapa kat sini sebentar. perghh! Bukan main lama aku menyepi. Di sebalik kesibukan, ruang mana perlu aku curi, untuk mengisi sedikit tulisan, dalam blog aku yang dah memang sepi aku tengok. hahah! puitis sedikit ayat, tapi biarlah... aku harap yang baca ni pun, dapat rasa apa yang aku rasa.

Tahun 2017 ni, rasa diri sudah tua pulak. Terasa sendiri la kan. nak dibanding dengan sebelum ni. Tolak punya tolak, tengok-tengok umur dah menjangkau 25 tahun. Perhati teliti aku dengan blog ni, rupa penggunaan templat yang kurang matang oleh tuan blog. Akulah tuan nye tu. heheh

Ke aku je rasa macam tu...

Aku pun tukaq-tukaq la mana yang patot. Still warna pink juga. Macam tak boleh pulak buang pink ni tau. Rasa tak boleh berpisah, bagai aur dengan tebing *eh berperibahasa pulak 

Ikut suka aku lah kan 
Aku biar kan ja dulu. slow-slow ubah.
Buat benda lain pulak.

Semenjak aku tukar link blog lama dulu, tak sempat ganti link yang betul pada setiap entri yang aku dah buat. dah lebih 100 lebih kot. Padan muka aku! sapa suruh gatai sangat main tukaq-tukaq link. Baru hari ini, dengan gigihnya selepas berulang kali tekan Ctrl + V pada setiap list entri yang aku buat dekat 'page' entry's tu, aku berjaya tukaq sepenuhnya. 

Sambil-sambil aku tukaq tu, singgah juga la entri yang aku buat masa awal-awal penggunaan blog aku ni. Lucu sendiri bila baca. Pelik-pelik. Penuh dengan ayat kurang kasih sayang. (>_<)  'Mikirayou' (bahasa dusun yg bermaksud mengada-mengada) pun ada...Apatah lagi menyampah, melimpah-limpah do. adui...

Tapi kenangan kott....

Nak padam rasa sayang pula...Aku dah nyanyok nanti boleh jadi bahan hiburan di masa tua. Jadi nenek moden aku nanti. 



2 comments:

  1. okaylah tu masih juga update dalam setahun. commitment nak mengadap ni perlukan kesabaran...huhuhu
    nenek moden pun ramai peminat uuu...
    salam eid adha ayuni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kesabaran..kekuatan...apa ramai peminat? x adalah...hahaha.
      btw, selamat hari raya aidiladha sofie

      Delete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih