HUJAN


Assalamualaikum

Hujan.

Tajuk hujan pada kali ini mungkin agak biasa kan. Sebab sekarang ni negara memang sedang mengalami musim hujan yang adakalanya teruk serta membawa kepada bencana.

Sama lah dengan tempat tinggal saya sendiri.

Kalau hujan lama sikit, maksud saya dari pagi ke malam, memang banjir lah jawabnya. Akan ada beberapa kawasan yang tidak dapat dilalui. Yang kesiannya, kalau rumah yang berada d kawasan rendah, tiap kali hujan tu lah dia perlu membersihkan rumah, basuh lantai dan perkakas/perabot dalam rumah.

Tidak mau lah fikirkan masalah dan penyelesaian. Tidak mau juga salahkan mana-mana pihak. Biarkan pihak yang tertentu fikirkan dan selesaikan perkara ni. heheh...

Takkanlah kan setiap kali banjir penduduk terpaksa bersiap sedia untuk hadapi masalah yang mana hampir setiap hari perlu basuh perabot/perkakas dan lantai rumah, kan... Belum kira kereta lagi yang rosak akibat banjir. (Hihi...)

Macam mana pula tempat korang?


Kredit : Sahabat Fb.
Gambar  keaadaan BANJIR yg di tangkap dari kamera droid, Pekan Kota Belud, Sabah

Nenek Moden




Assalamualaikum. Hai semua

Untuk kesekian kalinya, aku muncul bertapa kat sini sebentar. perghh! Bukan main lama aku menyepi. Di sebalik kesibukan, ruang mana perlu aku curi, untuk mengisi sedikit tulisan, dalam blog aku yang dah memang sepi aku tengok. hahah! puitis sedikit ayat, tapi biarlah... aku harap yang baca ni pun, dapat rasa apa yang aku rasa.

Tahun 2017 ni, rasa diri sudah tua pulak. Terasa sendiri la kan. nak dibanding dengan sebelum ni. Tolak punya tolak, tengok-tengok umur dah menjangkau 25 tahun. Perhati teliti aku dengan blog ni, rupa penggunaan templat yang kurang matang oleh tuan blog. Akulah tuan nye tu. heheh

Ke aku je rasa macam tu...

Aku pun tukaq-tukaq la mana yang patot. Still warna pink juga. Macam tak boleh pulak buang pink ni tau. Rasa tak boleh berpisah, bagai aur dengan tebing *eh berperibahasa pulak 

Ikut suka aku lah kan 
Aku biar kan ja dulu. slow-slow ubah.
Buat benda lain pulak.

Semenjak aku tukar link blog lama dulu, tak sempat ganti link yang betul pada setiap entri yang aku dah buat. dah lebih 100 lebih kot. Padan muka aku! sapa suruh gatai sangat main tukaq-tukaq link. Baru hari ini, dengan gigihnya selepas berulang kali tekan Ctrl + V pada setiap list entri yang aku buat dekat 'page' entry's tu, aku berjaya tukaq sepenuhnya. 

Sambil-sambil aku tukaq tu, singgah juga la entri yang aku buat masa awal-awal penggunaan blog aku ni. Lucu sendiri bila baca. Pelik-pelik. Penuh dengan ayat kurang kasih sayang. (>_<)  'Mikirayou' (bahasa dusun yg bermaksud mengada-mengada) pun ada...Apatah lagi menyampah, melimpah-limpah do. adui...

Tapi kenangan kott....

Nak padam rasa sayang pula...Aku dah nyanyok nanti boleh jadi bahan hiburan di masa tua. Jadi nenek moden aku nanti. 



Daki Bukit Bongol

Bukit Bongol, Kota Belud Sabah -480 meter Asl








Assalamualaikum. Hai semua...

Macam dah virus pulak. Kebanyakan orang sekarang punya penyakit yg bernama "kegilaan mendaki bukit". Mana-mana status yang di muat naik pasti dengan kata kunci 'hiking'. Tak apalah kan, bukan nya memudaratkan, malah baik untuk kesihatan! 

Kalau di daerah saya, ada banyak bukityang boleh didaki. Masing-masing bukit tu ada kelebihannya, contohnya air terjun yang cantik, sungai yang dalam, laluan trek yang memaparkan keindahan tumbuhan didalam hutan bahkan pemandangan dari atas bukit. Salah satunya Bukit Bongol. Dengan ketinggian -480meter Asl, nama bukit ini diberi sempena bukitnya yang berbonggol-bonggol dan mempunyai puncak yang agak botak daripada pokok-pokok tinggi menyebabkan bukit ini kelihatan seperti padang rumput. Bukit ni bukan dekat padang tembak askar tu ya. Ramai yang salah anggap, sebab memang agak serupa juga di antara kedua-dua tempat tu.

Bukit Bonggol ni ada banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak. Bukit tak tinggi tapi berejam juga nak sampai puncak, tu pun kalau ikut laluan dari Kg. Pirasan. Kalau nak rasa pengalaman lalu di atas bukit-bukit (dikatakan lebih daripada 7 puncak bukit) untuk ke puncak sebenar boleh ikut laluan daripada Kg. Pirasan, tetapi kalau rasa nak tengok 3 air terjun, sambil  mandi dan pendakian yang agak mencabar dengan lebih kurang 75 darjah ketinggian bukit terus menerus hingga puncak, boleh ikut laluan dari Kg. Kinasaraban, kalau laluan elok, tak licin dek hujan, boleh sampai 45 minit saja.

Oke lah, cukup sampai sini saja penerangan bak dokumentari dari sy tentang bukit bongol. Ni yang saya tahu la. Yang berminat nak daki boleh lah pilih Bukit ni sebagai view memang best. Kebanyakan semua laluan baru dibuka, so perkhidmatan parking berbayar (kereta yg dijaga) dan tandas belum disediakan lagi setakat ni.

Bawah ni gambar yg sempat snap dari kamera kami. Masa naik ni hujan turun, so gambar semuanya dipenuhi kabus saja. Gambar dekat atas tu lagi 'clear' la. 

















Gong Xi Fa Cai | Selamat Tahun Baru



Hello kepada semua !

Selamat Menyambut Tahun Baru, tahun ayam kepada semua yang berbangsa Cina. Moga tahun ni banyak 'Ong' untuk semua, sihat dan sukses selalu.

Harap tak terlambatlah saya nak ucap untuk semua ni. especially kawan-kawan blogger. Dah lama tak menulis...heheh. InsyaAllah, masa-masa yang ada saya singgah blog awak-awak semua ya.