23 + 1



Assalamualaikum.

Hai semua...

Nak bagitau ja yang saya dah tukar bahagian profail admin sikit. Tengok sidebar kanan paling atas.


yang atas ni lama punya. dah tukar sebab dah tambah satu kan dekat nombor dua puluh tiga tu. berlaku penambahan pada tarikh 26hb April baru-baru ni. dah makin tua dah, tapi kena umum juga. ecececehh. tapi saya tak kemaruk sampai nak ubah nama kepada nombor tarikh lahir oke. diam-diam sudah.  #jangankecamsaya. hehehe. Kbai.


happy birthday to me yang dah bertambah usia. 
semoga dengan bertambahnya usia maka bertambah juga iman dan taqwa kita.
Amin!


Pantai di Kudat, Selain Simpang Mengayau


Assalamualaikum.

Hello reader's...

26 hb April bersamaan hari selasa yang lalu adalah buat short trip di Kudat. Sebenarnya bukan trip pun, tapi tujuan asalnya ialah untuk hadir ke 'garage sale' yang diadakan oleh pihak pengurusan Kudat Golf and Marina Resort, di Kudat yang bermula 25hb lagi. Diorang buat jualan barang seperti aircond, TV, meja ping pong, dengan tilam. Ada banyak unit! Tapi sebab tak tahu perkembangan, sampai sana duk heran tengok tak ramai pun orang, rupa-rupanya 'garage sale' tu dah tamat 25hb lagi! Semua barang dah 'sold out' tak sampai 2 jam. Itu apa yang diberitahu oleh recepcionist. Ciss, kecewa jugak lah tapi nak buat macam mana dah sampai sana maka saya, adik dengan umi abi jalan-jalan ke pantai yang berhampiran. Terubat sikit kekecewaan bila tengok pantai, dengar bunyi ombak yang 'menggila' tu. 

Tapi maaflah, kamera handphone ja yang dapat merakamkan sesi lawatan kami ke sini. Akhirnya, kami duk sebok selpi ja sampai lupa ambik 'view'. Ape laaaa....hmm!




Tapi kalau nak pergi sini, mohon pergi ramai-ramai. Sebab apa, belakang tu belukar ja...hohoho. Tengok ja gambar kedua tu. Ulang sekali lagi, Bahaya datang sorang-sorang! Seronok duduk-duduk makan sekat sini sambil layan perasaan (cehhh...), tapi jangan berangan datang sorang dua tau, ingat!. Tahu lah persisiran pantai di sabah sekarang ni kan agak bahaya.

Kbai. 


Cepat Membaca? - Cahayaku


Assalamualaikum. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang agak meletihkan. Banyak masa perlu dikorbankan. Lagi-lagi pelajar separuh masa macam saya ni. Kena pandai bahagi masa, tak boleh terlalu leka. Dah habis kerah tenaga dan mental di tempat kerja, kena kerah pula tenaga dan masa untuk tutorial dan tugasan yang melambai-lambai. Rasa macam 7/7 hari kerja la. Bukan 5/7 lagi.

Kita abaikan bebelan tu tadi. Hari ini saya nak cerita pasal kursus teknik membaca yang saya sertai tidak lama dulu. Kursus Teknik Membaca Cahayaku. Bukan teknik membaca Al-Quran atau Jawi tetapi teknik membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tapi InsyaAllah kalau ada kursus untuk teknik membaca Al-Quran dan ada peluang saya akan pergi.



Bagi Cikgu-cikgu diluar sana terutamanya cikgu tadika atau cikgu yang ambil kelas pemulihan, saya sangat cadangkan agar ambil kursus ni jika ada peluang. Sebab apa? sebab kursus ini sangat membantu dan jika betul-betul amalkan teknik ni, budak yang masih belum pandai membaca boleh membaca dalam tempoh 3-6 bulan ke atas. Budak 4 tahun pun boleh membaca hanya dalam tempoh 5-6 bulan ja tau. Macam tak percaya kan?

Bagi ibubapa juga, kalau ada kelas cahayaku berhampiran tempat tinggal, saya amat cadangkan agar menghantar anak bagi mengikuti kelas membaca cahayaku. Teknik ni sangat halus didikannya hingga budak yang sangat sukar di ajar boleh jadi duduk diam didalam kelas. Cikgu pun senang dan mudah untuk mengajar. Haa, hebatkan. Bukan buat-buat cerita, tapi ini memang benar. Saya pun dah jadi guru cahayaku sejak 2014, Alhamdulillah pengalaman tu sudah ada, memang best sangat! 2016 pula baru ada kesempatan mengambil kursus untuk teknik Pronounciation Skill (sijil atas).

Saya teringin nak kongsi lebih pasal kaedah cahayaku ni. Tapi saya takut apa yang saya ingin sampaikan tak tepat. hahah. So, boleh lah korang serbu bertubi-tubi link ni [ Cahayaku ] dan ini juga [ Edu Cahayaku ]. Dekat laman web ni, korang boleh dapat nombor Puan Cahaya dan Encik Zahari pengasas kaedah ini. Boleh dapat sekali alamat sekolah tadika atau pusat tuisyen kaedah cahayaku. Dekat link ni juga ada video kanak-kanak yang pandai membaca dengan kaedah ini. Nak tahu bila diorang buat kursus pun boleh tanya terus la ;-)

Oke, alhamdulillah tamat satu entri. hihi. Sebenarnya tak tahu nak buat entri apa. 2016 dah nak masuk bulan Mei, baru satu entri terbuat dan terpublish. Ishh tak syok betul hati ni. heheh. Tapi masa godek-godek blog kawan tadi, dia sebut pasal review, terus ambik phone snap sekali sijil cahayaku tu, dan terhasillah review Teknik Membaca Cahayaku. Hee. Okay then, bye...see you at next entry.