Tips Manfaat Cuti Hujung Minggu


Assalamualaikum. 

Hai! Selamat berhujung minggu semua. Selalunya aktiviti apa korang buat semasa cuti hujung minggu ?
Bagi yang kerja full time , 8 hours perday, macam mana korang manfaat masa cuti sebagai masa yang cukup bermakna bagi korang? Especially yang bujang lerrr...sebab kite ni masih bujang. 

Sejak saya diberi tugas yang agak berat ni, (PPM - pembantu guru saya bercuti) saya terpaksa memegang dua tugas sekaligus. Guru besar tak bagi guru ganti...sedih saya T_T. Tugas jadi bertambah dua kali ganda. Dengan report, rancangan pengajaran, kuantiti murid dan pastinya ragam yang bertambah. Tapi syukur, dengan pengalaman yang ada semasa kerja part time di taska, pastu aktiviti khibrah (berkhidmat secara sukarela) masa sekolah dulu, setakat ni boleh handle lagi...bunyi macam bajet pandai kan...hahah

Okeh, macam mana korang nak manfaat masa cuti tu sebagai masa untuk korang berehat? memanjakan diri? bergerak bebas tanpa tugasan dari tempat kerja? Bagi yang mengalami situasi macam saya, bolehlah guna tips ni k ... ada idea tak tuk tambah tips dibawah ?

  1. Pastikan semua kerja seperti report  dan yang berkaitan tempat kerja selesai pada hari yang sama. Contoh report hari isnin hendaklah siapkan hari itu juga
  2. Bahagikan masa untuk berehat dan masa untuk menyiapkan tugasan pada waktu malam. Wajib sediakan masa untuk menyiapkan tugasan walaupun sekejap seperti merancang aktiviti kanak-kanak untuk esok hari, supaya esok datang kerja dengan senang hati.
  3. Jangan terlalu kerap keluar pada waktu malam pada hari bekerja (isnin - jumaat). Ia hanya akan membuang masa anda dan menyebabkan kerja anda tidak siap dan tertangguh, akibatnya, tugasan itu terpaksa dibawa masa hari cuti anda.
  4. Pada waktu cuti, sediakan masa untuk anda merapikan diri, mengemas bilik, mencantikkan bilik, mengindahkan rumah dan sebagainya. (yelaaa, masa cuti je korang dapat buat semua tu, jangan tunggu habuk sawang tebal seinci)
  5. Hari Ahad ata masa berikutnya bolehlah anda buat sesuka hati. Tidur memanjang, dating atau shopping  dan sebagainya.

Hari sabtu korang buat apa? saya buat yang nombor 4... (^_^)

kredit to Mrs. Google. TQ~


5 comments:

  1. As a student, I siapkan assignment and study etc je. Or going out some times.

    ReplyDelete
  2. qila buat 1,2,4,5 hihihii thanks share! <3
    i should manfaatkan more of my timeeee heee

    ReplyDelete
  3. duduk rumah ngn kekawan bujang boleh la..kalau duduk ngan family, kena mngemas hampir setiap hari la jawabnye.

    ReplyDelete
  4. Selalu hari minggu berehat, mengemas atau jalan2 je. Lagi best kalau kawan2 ada sama.

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih