Raya hari tu...


Assalamualaikum.

Syawal dah habis lama dah. Macam mana raya korang tahun ni? Meriah kah? Tahun ni macam biasa beraya di kampung lah kan. Tahun ni, kami sekeluarga beraya macam naik kuda. Termengah-mengah. Lagi pula arwah Atuk (sebelah umi) meninggal awal bulan syawal tu. *Al-Fatihah. 

Sebab tak cukup masa lagi. Kena penuhi semua permintaan beraya kampung ke kampung. Tapi akhirnya, dua rumah ja dapat pergi. Rumah arwah Atuk dan Nenek sebelah Umi raya pertama, tapi masa tu lebih kepada sesi bersalam-salaman dan berziarah ke kubur, then raya kedua pulak beraya di kampung sebelah Abi. Pastu berlari pulak untuk persediaan rumah terbuka di kampung Umi semula, di Kundasang. Sebenarnya bukan lari pun, naik kereta 2 jam lebih perjalanan dari Kota Belud ke Kundasang. Duduk dalam kereta pun penat jugak T_T . 

Kesian dekat Abi dan adik-adik ja sebab kami (umi dan saya) diorang inda (tidak) dapat ziarah rumah saudara mara lain. Kebetulan pulak submission date tugasan kena masa minggu pertama raya, tu yang terkejar itu ini. Bahana tak siapkan awal-awal, padan muka kami lah kan. hihi... Macam mana pun, terubat juga sedih di hati sebab dapat juga jamu orang lain, buat makan sama-sama di sekolah. Saudara mara pun ada datang juga.




Nah, boleh tengok video ni sekali...
tengok jangan tak tengok. rugi tau...


Korang beraya kat mana ?

2 comments:

  1. alololo comelnya adik2 tu....meriahnya raya cik ayuni kita :)
    tumpang gembira tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...raya cik sofie pun meriah juga. 3hari berturut tu...(^_^)

      Delete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih