Pantai di Kudat, Selain Simpang Mengayau


Assalamualaikum.

Hello reader's...

26 hb April bersamaan hari selasa yang lalu adalah buat short trip di Kudat. Sebenarnya bukan trip pun, tapi tujuan asalnya ialah untuk hadir ke 'garage sale' yang diadakan oleh pihak pengurusan Kudat Golf and Marina Resort, di Kudat yang bermula 25hb lagi. Diorang buat jualan barang seperti aircond, TV, meja ping pong, dengan tilam. Ada banyak unit! Tapi sebab tak tahu perkembangan, sampai sana duk heran tengok tak ramai pun orang, rupa-rupanya 'garage sale' tu dah tamat 25hb lagi! Semua barang dah 'sold out' tak sampai 2 jam. Itu apa yang diberitahu oleh recepcionist. Ciss, kecewa jugak lah tapi nak buat macam mana dah sampai sana maka saya, adik dengan umi abi jalan-jalan ke pantai yang berhampiran. Terubat sikit kekecewaan bila tengok pantai, dengar bunyi ombak yang 'menggila' tu. 

Tapi maaflah, kamera handphone ja yang dapat merakamkan sesi lawatan kami ke sini. Akhirnya, kami duk sebok selpi ja sampai lupa ambik 'view'. Ape laaaa....hmm!




Tapi kalau nak pergi sini, mohon pergi ramai-ramai. Sebab apa, belakang tu belukar ja...hohoho. Tengok ja gambar kedua tu. Ulang sekali lagi, Bahaya datang sorang-sorang! Seronok duduk-duduk makan sekat sini sambil layan perasaan (cehhh...), tapi jangan berangan datang sorang dua tau, ingat!. Tahu lah persisiran pantai di sabah sekarang ni kan agak bahaya.

Kbai. 


6 comments:

  1. Replies
    1. memang cantik...masa mula2 sampai melompat2 tengok laut biru

      Delete
  2. ayuni mmg orang Sabah ke? I love Sabah very much tau!!!.... lama sda nda pigi sana. heheh.... aah, cantik air laut sabah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. pure sabah...kerja dekat sabah ka dulu? :D

      Delete
  3. Cantiknya pantai tu, tapi betul juga sekarang tak boleh pergi sendirian, sangat bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abg zumal. news baru2 ni pun ada kes penculikan. semua berlokasi di kawasan pantai

      Delete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih