Cepat Membaca? - Cahayaku


Assalamualaikum. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang agak meletihkan. Banyak masa perlu dikorbankan. Lagi-lagi pelajar separuh masa macam saya ni. Kena pandai bahagi masa, tak boleh terlalu leka. Dah habis kerah tenaga dan mental di tempat kerja, kena kerah pula tenaga dan masa untuk tutorial dan tugasan yang melambai-lambai. Rasa macam 7/7 hari kerja la. Bukan 5/7 lagi.

Kita abaikan bebelan tu tadi. Hari ini saya nak cerita pasal kursus teknik membaca yang saya sertai tidak lama dulu. Kursus Teknik Membaca Cahayaku. Bukan teknik membaca Al-Quran atau Jawi tetapi teknik membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tapi InsyaAllah kalau ada kursus untuk teknik membaca Al-Quran dan ada peluang saya akan pergi.



Bagi Cikgu-cikgu diluar sana terutamanya cikgu tadika atau cikgu yang ambil kelas pemulihan, saya sangat cadangkan agar ambil kursus ni jika ada peluang. Sebab apa? sebab kursus ini sangat membantu dan jika betul-betul amalkan teknik ni, budak yang masih belum pandai membaca boleh membaca dalam tempoh 3-6 bulan ke atas. Budak 4 tahun pun boleh membaca hanya dalam tempoh 5-6 bulan ja tau. Macam tak percaya kan?

Bagi ibubapa juga, kalau ada kelas cahayaku berhampiran tempat tinggal, saya amat cadangkan agar menghantar anak bagi mengikuti kelas membaca cahayaku. Teknik ni sangat halus didikannya hingga budak yang sangat sukar di ajar boleh jadi duduk diam didalam kelas. Cikgu pun senang dan mudah untuk mengajar. Haa, hebatkan. Bukan buat-buat cerita, tapi ini memang benar. Saya pun dah jadi guru cahayaku sejak 2014, Alhamdulillah pengalaman tu sudah ada, memang best sangat! 2016 pula baru ada kesempatan mengambil kursus untuk teknik Pronounciation Skill (sijil atas).

Saya teringin nak kongsi lebih pasal kaedah cahayaku ni. Tapi saya takut apa yang saya ingin sampaikan tak tepat. hahah. So, boleh lah korang serbu bertubi-tubi link ni [ Cahayaku ] dan ini juga [ Edu Cahayaku ]. Dekat laman web ni, korang boleh dapat nombor Puan Cahaya dan Encik Zahari pengasas kaedah ini. Boleh dapat sekali alamat sekolah tadika atau pusat tuisyen kaedah cahayaku. Dekat link ni juga ada video kanak-kanak yang pandai membaca dengan kaedah ini. Nak tahu bila diorang buat kursus pun boleh tanya terus la ;-)

Oke, alhamdulillah tamat satu entri. hihi. Sebenarnya tak tahu nak buat entri apa. 2016 dah nak masuk bulan Mei, baru satu entri terbuat dan terpublish. Ishh tak syok betul hati ni. heheh. Tapi masa godek-godek blog kawan tadi, dia sebut pasal review, terus ambik phone snap sekali sijil cahayaku tu, dan terhasillah review Teknik Membaca Cahayaku. Hee. Okay then, bye...see you at next entry. 


9 comments:

  1. alhamdulillah dah jd cikgu suda kamu ek...semoga segala urusan dipermudahkan....
    :)
    so far soo good la i think...

    ReplyDelete
  2. Awak cikgu sambil belajar ye? wah bukan mudah tu. Semoga berjaya! :)

    ReplyDelete
  3. hai cikgu, hihi! semoga berjaya mendidik anak2 :D

    ReplyDelete
  4. Dekat tempat Zumal belum pernah dengar tentang teknik atau kelas macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke ?? kalau dekat semenanjung rasanya dekat tadika perpaduan ada ambik tauliah ni.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih