Mahua Rainforest Paradise & Mahua Waterfall


Mahua Rainforest Paradise

Mahua Rainforest Paradise adalah salah satu tempat pelancongan yang indah. Menyediakan tempat menginap, berkelah, mandi, surau, restoran dan beberapa fasiliti yang sangat mencukupi. Dikendalikan oleh sektor swasta namun berganding dengan Sabah Park untuk menyediakan perkhidmatan seperti tempat menginap, makanan dan sebagainya. Menawarkan tempat tidur serendah RM70 (-/+) 1 malam dengan jumlah 6 bilik yang mempunyai 2 katil (Asrama Tamadon) dan 6 billik tanpa katil (Asrama Gobunan). Pada lawatan saya 24hb September 2015, hanya line telefon yang kurang memberangsangkan. yalah, dalam hutan takkan lah nak bergadget juga kan. Tempat ni memang sangat sesuai untuk individu/kumpulan yang ingin bebas dari dunia teknologi dan mendekati alam sekitar yang indah. 









Kedudukan Mahua Rainforest Paradise betul-betul ditengah lembah, bawah bukit. Ini adalah pemandangan kawasan tersebut dari atas. Kami sebenarnya cuba mencari line celcom yang semalaman mencari, tetapi  akhirnya tidak juga dapat. Kesian...


Mahua Waterfall

Mahua Waterfall, Taman Banjaran Crocker, Tambunan tidak sampai 1 jam untuk ke sana jika dari pekan Ranau. Saya tidak pasti jika dari Kota Kinabalu. Cumanya, jika anda bertolak dari Ranau, jalan raya agak rosak dan kebanyakannya masih dalam pembaikan. 

Crocker Range Park nama yang lebih dikenali sekarang sudah mempunyai fasiliti yang lebih baik dari yang dahulu. Jalan menuju ke air terjun semuanya sudah bersimen dan tiada lagi unsur kayu yang mudah retak di sana. huhu. Tidak banyak gambar yang saya sempat ambil, sebab kamera masa ni dah pun low battery, ketulahan sebab malas bawa powerbank yang berat itu. So nasihat saya, silalah bawa powerbank walaupun korang malas nak bawa. 

Kredit to : Jipp's Blog & MySabah

Sebab diorang lah saya sekeluarga boleh pergi sini dan tahu tempat ini. Korang pergi lawat blog diorg ni oke, sebab ada banyak juga gambar dekat Mahua yang korang  boleh banding dengan saya. Tahun 2010 dan tahun 2015.



Murah saja kalau nak masuk


















Saya suka tengok batu-batu yang terbentuk tu. Nampak unik sangat. !





Please klik gambar ini untuk imej yang lebih besar.

Lepas ini saya akan publish entri bunga-bunga yang cantik sangat, yang saya sempat snap semasa berada di tempat penginapan tu. Oke tu saja. Bai. and thanks sebab sudi baca.

__________________________________________________________________________

* UPDATED *


















Maaf, bunga-bunga ni tak di tag nama. sebab tak tahu nama betul bunga ni. Sumpah saya tak curi dari Encik Google oke gambar-gambar ni. Semua ni d snap dengan Samsung Digital Camera...haa. sekian.