Percubaan Untuk Main Koding



Assalamualaikum. hai readers...

Hari ini, dengan sukacitanya aku cuba untuk mengubah sendiri templat blog aku. Tanpa ilmu 
dan pengetahuan yang sudah pasti tidak tersemat di dada, aku pun try-try la tekan itu ini, 
tapi tak jadi, bahkan tak lawa. So, maknanya, segala penat lelah ini aku terpaksa juga meminta
bantuan dengan orang-orang yang terer buat benda 'alah' ni. Dah menjadi alahan pula sebab 
tak pandai kan. padan ngan muka hang !


Main koding ni bukanlah susah mana pun. Ubah sikit-sikit, cari mana kod untuk sidebar tu
bolehlah. Dah tak perlu tengok tuto. Tapi sekarang, macam dah lama tinggalkan dunia 
edit-mengedit html ni, jadi tak ingat pula. Cepat pula ko berkarat ye...

Tapi aku tak berputus asa. Malah aku rasa happy sikit dekat situ sebab aku baru je melalui
musim peperiksaan dengan jayanya petang tadi. So, semester break started!!! 
Oke bai kolej. HAHAHA.



Contengan Kekal atau Sementara



Ya, aku datang. Ingin mencuba nasib. adakah aku masih boleh menjadi yang dahulu?
Adakah contengan ini dan seterusnya akan jadi kekal atau sementara sahaja?
Rasa hati sentiasa semangat untuk mengadap engkau. 'mengetak-ketak'. Beribu huruf 
menjadi beberapa ayat yang......yaaa! yang akhirnya jadi sebuah entri blog untuk 
di tayang pada jagat maya. Entah suka atau tidak, yang pasti ada yang membacanya.

Ayat intro aku dah macam puisi kan. By the way, Assalamualaikum semua.
Dah lama tak berkunjung sini. balik-balik juga dengan ayat sama 'dah lama tak berkunjung'.
Bosan dah... (*.*)

Rasa nak ubah lah design blog kali ni. yang paling simple. nampak cam matang sikit.
Tengok header tu sekarang, oh my, maluu pulak. kuikuikui... 
Lepas dah tukar semua mana yang patut,
Lepas musim peperiksaan berlalu,
(Oppsss, peperiksaan? nanti kita cerita-cerita okey)
Barulah kita mula share-share ye. 
Dah nak termuntah dah draft ni tak publish pun. Taip panjang-panjang, 
ayat kemain lawa, (eceehh, perasan)
akhirnya simpan tak ber-publish. 
30 days challenge entah ke mana. Alahaii lah...

Emm, emm, SELAMAT HARI RAYA. Maaf Zahir Batin

Oke, bai.