Tak Suka Naik Feri !


Assalamualaikum semua...
Oke mesti kalian duk heran kening dah terangkat sikit, pelik sebab aku kata 'tak suka naik feri'...ya tak?! Oke for your information, feri yang aku maksudkan tu bukanlah feri express yang orang je duk situ, maksud aku feri kenderaan. Feri yang aku naik ni namanya Feri Putrajaya 1. Orang pun boleh masuk jugak, bagi yang nak pergi seberang laut dengan bajet yang sangat murah naik feri ni pun boleh.

Aku naik feri kenderaan kali ni bukanlah sebab tak cukup bajet tapi aku dengan family nak menyeberang lautan pergi ke Wilayah Persekutuan Labuan. Cehh ayat, kan, macam lah duk jauh, padahal dari KK (kota kinabalu) je pun.

Yang buat aku tak suka ni bila aku berjalan, cuti-cuti, holiday-holiday dengan family, SENGGUGUT pula datang menyerang! Allah...memang ar. Kalau dah kereta duk tersadai dalam feri, ko duk kereta jangan harap ko dapat duduk sedap-sedap dalam tu ea. Nak rasa kena sate hidup-hidup 2 jam dalam tu, hah duduk lah. Oke aku pun gigih lah naik tangga cari tempat duduk. Orang senggugut ni kalau da perut tu macam kena cucuk-cucuk nak cari tempat duduk je, biarpun tak selesa kerusi tu. Kisahnya feri tu penuh ! Macam tin sardin! Nak tau aku duduk mana ? Tengok je la dalam gambar tu. Dengan muka aku yang pucat...cis, nak cuti-cuti pun tak boleh. Hmm...sabar aje la kan

Perut aku sakit, aku gigih juga menaip kan. Ceh, padahal aku sebenarnya cover muka aku yang menahan sakit ni. Nak je baring atas lantai koridor ni. Eh, koridor ke, ape-ape aje la. Harap-harap senggugut aku ni sembuh cepat, bukan selalu pergi Labuan. Dapat peluang tu biarlah dengan kegemberiaan, ketenangan. Excited je lebih tapi kalau sakit cenggini satu pun tak dapat. Hmm. Oke, tu je la. Bai semua...


DAY10, My Facebook Profile Photo's



'Facebook Profile Photo'



DAY9, My Morning Routine



'What is Your Morning Routine'

Okeh, terus terang cp cakap sejak kerja sepenuh masa di sekolah tadika ummi sendiri, banyak keja sebagai anak cp terabai. Sepenuh masa kat sekolah umi means sepenuh masa ada kat rumah la. sekolah dekat sebelah saja. Nak sapu rumah pun jarang sangat. Eee..anak dara apa nih?? pemalas. tampo bertubi-tubi nak...umph!

Oke....bawah ni lah senarai pekerjaan waktu pagi cp yang dah jadi rutin harian ;-
  1. Mandi, solat subuh.
  2. Bersiap lawa-lawa nak p sekolah
  3. Sebelum pegi sekolah jerang air. Wajib! kiranya nak tolong kurangkan beban orang yang duduk kat rumah tu untuk masak sarapan. kikiki
  4. Minum air masak segelas
  5. Pergi sekolah buka pintu tingkap semua
  6. Sambut kedatangan pelajar.
  7. dan mengajar lah. :D
Ni waktu hari persekolahan. Kalau cuti ;-
  1. Bangun solat subuh
  2. Minum air masak segelas
  3. dengar lagu sampai terpengsan(tidur) balik.
  4. Online sampai lenguh.
  5. Kalau tak online karaoke sampai serak suara.
  6. dah boring buat yg kat atas baru mandi. haha.
Joging ? jangan harap...malas oke. hehe.


Konvoi Kota Belud - Tawau : Majlis Perkahwinan Fendi & Fatma


Hai-hai semua. hari ni kita update pasal citer malam-semalam. 
konvoi tu means rombongan la kan, rombongan menghadiri perkahwinan sepupu.
tu yang nak share hari ni. sebab perjalanan tu jauh giloss kau. 
Lebih atau kurang 10 jam gitu la. Macam dari kelantan ke Johor kan.

Tapi kalau namanya rombongan, ada anak-anak kecil, orang tua, pasti
berhenti-henti tu ada, untuk buang air, makan dsb kan.
Maka jadilah ia berejam-rejam hingga cramp kaki.
yang punya banyak lemak kat bahagian punggung pun boleh cramp !

16 -17 hb Mei 2015.
Kota Belud - Tawau

Mesti ada gambar tuan blog nyerr..kan :D
Kereta ke-2. family cp dan seorg kakak sepupu

Ni gambar semasa melalui bukit2 sbelum sampai ke Taman Banjaran Crocker.

Taman Banjaran Crocker !!!
lalu sini kena lalu 3 bukit yang tinggi2. mana yang enjin kereta cepat panas tu baik
jangan lalu sini hihi..:D

Umphh..sori gambar tak penuh. sebab tak tengok belakang dulu, jadi x center kedudukan


Selamat Datang ke Taman Banjaran Crocker !!!
Belakang kami merupakan tempat penginapan untuk para penginap yang
berniat nak tidow2 sini lah.

see... Taman Banjaran Crocker oke.
gambar kabur sikit, sebab ambik masa dalam kereta

Dah sampai Keningau terus rehat kat sini. Solat Jamak.


Siap solat singgah makan dlu.

Siapa ada main game "Apa itu?" dalam game tu ada soalan pasal gambar ni. hehe..
Masih di pekan Keningau. pekan pun ada Panggung wayang tau..

Gambar kerbau memajak, menubal padi (tanam balik), menghampas padi
(memisahkan jerami dengan padi)

Paling hujung sebelah kiri tu kakak sepupu. Juga merangkap sibling kepada abg sepupu yg Kawen tu.

Kat sini dalam perjalanan ke Tawau dah. Baru lepas dari simpang ke Kalabakan.
Lepas tu dah xda gambar dah. tidow je sampai lah rumah Embah dekat Kg. Tanjung Laut.Add caption

Sebelum majlis mula, selfie dulu. Sekali dgn adik2 dekat tangga..hee :P


Tudung merah tu Nenek cp sebelah abi. Maaf gambar kabur.

Nilah dia pengantin baru nyaa. Abang Fendi dgn psangannyaFatmahazwani



Dalam suatu gambar mesti ada yg terspoil kan. x bersedia la katakan...



Masjid Bandar Tawau.

Setiap round bout kat bandar tawau ni pasti ada deco. macam batak pula semua nak snap. haha

Pasar Ikan die punya main besar kauu...depan pasar ikan ada pasar barangan kering, iaitu pasar tanjung.
(gambar bawah)

dekat sini macam2 ada. barangan dapur pun berlambak2. 


Terkejut tengok kemain luas lagi kawasan perkuburan dia. penuh.
Nampak cam tak luas kan. gambar tak penuh sebab semua gambar ni snap dari kereta.
(Assalamualaikum ya Ahlul Kubur)

Nak balik dah. babai Tawau...!

Kuil yang ada di Tawau 

Dalam perjalanan selepas keluar dari bandar Tawau lah, korang akan jumpa
signboard ni. banyak. tapi jangan risau lah. jarang sangat jumpa gajah kat sana.


Oke tu aje gambar yang dapat di kongsi. sekian.