DAY4, Current Favourite song



My Current Favourite Song


Title : That Woman
Singer : Baek Ji Young
OST Secret Garden drama (2010)

Lyrics :

A woman is in love with you
She loves you with all her heart
She follows you like a shadow
She's laughing as she cries

How much, how much more
Must I gaze at you like this alone
This meaningless love, this miserable love
Must I continue for you to love me

Come closer, a little bit more
When I take a step closer
You run away with both feet
I, who loves you 
Even now I'm by your side
That woman is crying

That woman is very timid
So she learned how to laugh
There are so many things she cannot tell her close friends 
That woman's is full of tears

So that woman said she loved you
Because you were the same
Another fool
Another fool
Won't you hug me once before you go

I want to be loved my dear
Everyday in my heart, in my heart
She's shouting out 
Even today, that woman is beside you

Do you know that woman is me
Don't tell me you knew and you're doing this to be
You're probably don't know because you are a fool


P/s : Lirik tu, sangat menyentuh perasaan. huhu :'(


DAY3, A Photo of My Outfit of That Day with the Description



Hari Ke-3 Cabaran Entri Blog


Oke,sebenarnya, tajuk sebenar challenge hari ini ialah "Photo of My Outfit of the Day with the Description". Cp tukar sebab tak ada gambar cp pakai otfit yang 'kemain' tuh. Cp pakai pakaian biasa-biasa saja. Macam pergi sawah pun ada. Tak pandai pakai yang fesyen-fesyen ni. Jadi buat apa nak describe lagi kan kalau baju tu dah biasa tengok, apatah lagi baju yang pergi sawah tu…hee.

So, gambar masa setahun yang lepas ni lah dapat nak dikongsi. Pakaian uniform masa kat kolej lagi. Lepas musim final exam ni. Ada briefing sikit pasal OSCE masa tu. Siapa yang ambik kesihatan ni tau lah apa osce tu. Oke, sebelah cp tu classmate juga merangkap roommate. Maaf lah deh, gambar terlebih filter…hewhewhew.

Oke, kalau dah namanya baju uniform, so dari atas sampai bawah kena lah ikut sebijik macam pakaian formal. Wajib kena ada kad matrik, kasut hitam dan juga stoking. Kalau MA* sebenar pun hampir sama uniformnya. Baju & tudung kena putih, seluar & kasut pula kena hitam. Cuma kolej cp ada warna purple sikit.

Oke, tu aje lah kan. Terima kasih kerana singgah baca. ^_^


DAY2, 30 DAY CHALLENGE



#DAY2 - What Are You Current Obsessions



Hai semua. oke, hensem tak gambar jejaka atas ni? lately, nilah yang cp obses sekarang. Artis jejaka korea yang tengah hangat meletop di negara sejuk Korea. Bukan sebab wajah dia sahaja yang buat orang melting tengok dia ni, juga sebab watak-watak yang di bawa dalam lakonan. Drama terbaru dia Hyde, Jekyll and Me tahun 2015 ni. Rasanya dekat astro on-going lagi sekarang. tapi cp dah tengok habess dah 26 Mac hari tu. hikhikhik.

Oke, lakonan dia yang paling meletop sebelum drama terbaru dia ni, adalah drama Secret Garden (2010) sebelum dia masuk militiary 21 bulan rasanya. Famous bebenor drama ni, tapi cp tak suka tengok ending dia. haha. 

Kenapa boleh obses? Sebab : tengok dia hensem sangat. wakaka. siap download lagu That Man - ost secret garden, nyanyian asal Baek Ji Young (That Woman). punya main obses lagi kan sampai nak dengar suara dia kat lagu tu. Lepas habis musim Hyde, Jekyll and Me drama dia nih tamat lah obses cp pada dia. Oke lah tu aje. Kalau nak tau profil Hyun Bin ni, tanya saja pada Mr. Google. sekian.

p/s : di katakan Hyun Bin ni seorang artis yang sangat merendah diri tau.


Day 1, 30 DAY CHALLENGE



#DAY1 - A Photo of What is in Your Bag/Purse




Purse aku purse budak-budak je.. Carlo Rino je...hekhekhek. Kalau tunjuk isi dalam beg tak ada apa pun. Paling2 pun purse, buku nota, pen dengan cermin mata.

So yang banyak isi purse la banding dengan beg. Tak payah nak 'wahhh' sangat kat duit tu, aku bendahari, kebetulan musim orang membayar yuran, haa, tumpang jap dompet aku sebelum masuk bank.

Penting sekali ada kad pengenalan diri, kemudian kad bank. mana tahu duk jalan kat bandar tup-tup bajet hari tu terlebih. TER lebih oke, so boleh la bila-bila masa keluarkan. Duit aku, means duit aku sendiri la, tak pernah ada dalam tangan. Pasti habis. Sebab tu tengok bahagian lain untuk simpan duit kertas tu kosong saja.

Aku rasa lah kan, tak semua orang buat entri pasal ni bagitahu sejujurnya isi purse diorang. Aku tahu pasal apa. especially perempuan kan. Bukan sebab ada gambar Mr. Hubby or Mr. Right ke apa...huhuhuhu

Okelah, itu saja. bai.

Artis Baru Menyepi, Kembali


Abracadabra...dengan magic yang ada pada keyboard ini, maka terlerailah kunci kemalasan sekaligus hilanglah segala debu di seluruh pelusuk tinta maya ini. !!!!

1st sekali cp hendak ucapkan ribuan kemaafan di atas ketidakmunculan entri-entri baru pada blog ini. *juga ampunkan cp atas tajuk yang amazing sangat tuh. hikhikhikhik.  Terlalu banyak alasan yang membebani jari jemari ini. Yang pasti ianya hanya satu makna iaitu, MALAS. Agaknya inilah alasan yang sering digunakan bagi mereka2 yang menggunakan medium ini sebagai hobi  mengikut 'mood'. Eh, ada tak yang buka blog atas 'mood' ? rasanya cp je kut. uhuhukk... Ya, memang cp akui. :-(

Atas desakan bertubi-tubi oleh adik kesayangan cp, maka tterhasillah entri ini. Katanya, 'sudah bosan aku tengok entri last ko tu, asyik-asyik itu juga wajah rupanya'. Oke..,oke...buatlah entri.


Nampak tuu?? CABARAN 30 HARI BERBLOGGING.
So, as first step untuk naikkan mood cp nak blogging semula, apa kata istiqamah dulu buat cabaran ni 30 hari. Mana tahu terus jadi habit buat entri tiap-tiap hari...ye dokk??? Amin. 

Okelah, jumpa entri anda pada entri seterusnya #30Day Challenge #Day1