Pergi Atau Patah Balik



Assalamualaikum. peace yo !

Ada tak sesiapa yang sedang rasa atau pernah rasa yang apa sahaja dia buat tak betul. Atau rasa tak yakin. macam ni rupa feeling tu (feeling ada rupa okey). "eh, boleh kah aku berjaya kalau buat macam ni?". "tengok semua orang buat macam betul je, aku buat cam tak betul jerk". "hmm, biarlah tak betul pun, dah terlanjur buat cam gini, teruskan sajalah, nak buat macam lagi". 

Saya sedang alami perasaan ini T_T

Rasa nak yakin ja dengan diri ini. Tetapi perasaan macam tu terus nak serang. Jadi lemah lah..haihh. Ceritanya camnih. Saya ni diploma holder of Medical Assistant, dekat kolej swasta ja pun. Lepastu, sudah 1 tahun lebih tak dapat panggilan kerja, pergi interview tapi tak berjaya. Rasa dah putus asa pun ada (baru setahun, orang lain dah bertahun-tahun, tak da pun putus asa!) Jadi saya dengan rasa keterpaksaan pada mulanya pergi ambik kursus Teknik Membaca Cahayaku. teknik membaca bahasa melayu tu...sebab nak ada kemahiran mengajar budak tadika.

So, mengajar lah saya budak tadika. Sambil apply beberapa kekosongan kerja untuk diploma tu, saya mengajar di tadika umi. mengajar punya mengajar, saya jatuh cinta pula dengan kerja sebagai guru. Terus saya stop applying kerja MA, hihi. Dah dekat dua tahun saya tak kerja sebagai MA, sedangkan lesen MA tu kena renew setiap tahun, dengan syarat kena dapat 30 point melalui program-program sepanjang di tempat kerja. Nak renew macam mana kalau duduk mengumpul lemak dekat rumah ja. 

Secara jujurnya lah kan, saya paling tak suka kerja sebagai guru, hinggakan saya pesan dekat adik-adik jangan jadi cikgu, padahal umi saya cikgu T_T. Allah nak bagi pengajaran kut dekat saya, saya ter'jadi pula Cikgu. Cikgu tadika pula tu. Jangan awak kata mudah ya. Ada juga banyak sudut kesukarannya mengajar budak-budak bawah umur 6 tahun. Sampai lah awal tahun 2015, saya diberi keinginan untuk buat degree Pendidikan Awal Kanak-kanak. Tapi kan, tapii....saya malas sambung belajar. haha. Tawaran dah dapat, tapi hati tu masih tarik tali untuk pergi atau tidak. Kalau degree ni kan pasti lagi susah berbanding diploma, ini kata-kata orang malas. Maaf ya, ini memang tak boleh dicontohi. Orang malas dan tak ada semangat memang macam nih. Banyak alasan, kata susahlah, itulah, inilah...

Tapi, akhirnya saya pergi jugak. Tekad saya, saya tak mahu dah duduk jauh-jauh daripada family . Saya mahu pikul tanggungjawab bersama-sama umi abi untuk uruskan sekolah. Umi urus taska, abi urus sekolah agama, saya pula urus tadika. So, pilihan paling tepat ialah universiti terbuka (OUM) dekat Kota Marudu, lebih kurang 40minit perjalanan dari rumah. Buat melalui pjj (pendidikan jarak jauh) saja. Jadi, masa saya tetap banyak di luangkan disekolah.

Tapi kan,..tapii...orang-orang sekeliling duk tempelak saya, kenapa sambung degree tu?? Sudah apply itu belum? ini belum? tempat ni sudah? tempat tu belum? Sayang tau. Lebih baik pergi isi semula SPA, ambik balik kursus tu. Alaa, 3 tahun ja, lepas tu terus kerja.

Lepastu, ada pula yang kata, kenapa pergi dekat oum? boleh kah apply kerja nanti guna degree dari oum tu? tak boleh tu. Kau simpan ajelah degree untuk diri kau sendiri. dan Lebih baik buat sepenuh masa. (betulkah tu???)

T_T ...uuu...sedih. haha. Orang-orang kat tepi asyik ulang benda sama. Rasa macam tak confident sangat. Syukur lah semester satu dapat anugerah dekan. 3.84 oke ! Tapi saya masih rasa apa yang saya buat ni tidak betul. saya tak yakin. Uwwaa...


7 comments:

  1. wahh anugerah dekan tu !:D :D.Tapi kann baik pu3 sambung wat degri.degri lebih tinggi sikit lepastu keja senang dpt sbb kebyakkan spa pilih degri ja belambak t_t huuuu.Tapi apa2 pon good luck :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.
      ha'ah, betul tuu yan. alhamdulillah teruskan dgn degree loni

      Delete
  2. first of all, tahniah utk Ayuni sebab dapat pointer yang sangat memuaskan even dalam dilema...(saya pun xpernah dapat setinggi itu...cabaran ni!)

    second, saya rasa baik kamu ikut target kamu pada masa depan. biarlah orang lain nak cakap apa, mulut manusia takkan berhenti selagi tak nampak hasil. biarlah hasilnya lambat tapi kamu nampak hala tuju...
    rezeki masing2...siapalah yang nampak...

    p/s: cikgu itu umpama lilin...menjadi cahaya kepada hati kecil setiap insan.
    ^_^...apa2 pun luruskan niat hati, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sofie...berkat umi abi yg sll support. huhu semoga ko pun dpt..sofie boleh, yeah!

      target?? nak jadi cikgu aje lah..hmmm

      kan sofie...Moga hati tak berpaling pd niat asal...amin

      #btw komen paling pnjng oke. haha

      Delete
  3. Teruskan kerjaya sekarang, berkhidmat untuk anak bangsa besar pahalanya Ayuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abg Zumal. kata-katamu kusemat didada...huhu

      Delete
  4. Wahhhh 3.84 tu dah cukup strong tu awak... Better fikir betul betul dalam dalam. Why you've started at the first place and all. Happy happy selalu! :)

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih