Laptop Nak Kasih Sayang



Hai semua. Assalamualaikum ^^

Oh bahagianya bila boleh up entri macam ni. duduk bersila di atas sofa sambil hirup milo panas. oh yeahh...dulu selalu janji mahu up entri guna henfon. tapi baru siap satu perenggan dah lenguh jari. jadi geram jerit dalam hati ja sebab rasa cramp terus segala jari ni bila guna henfon...rasa nak baling baru lega kot. haha. tapi cakap ja, tak baling pun...phewww

Al-kisahnya, keyboard laptop saya rosak...hantu game semua orang dalam rumah kan, padan muka. dah tak boleh exercise jari...so hari tu, baru dapat hantar kedai untuk ganti benda yg rosak. Dengan bangganya hantar sebab bayar guna duit sendiri kauu. RM200 juga la sekali dengan basuh dalam-dalam. Abang-abang yang baiki tu memang baik hati, siap bagi gift mouse yang comel-comel lagi. dapat dua kauu..haha. orang kota belud boleh lah datang kedai SS Computer minta servis diorang. boleh dapat gift juga. hikhikhik...

Dekat rumah ada ja komputer tu haa...ampai-ampai atas meja, bukan tak boleh bagi entri baru pun. taaapii...rasa macam busy 'bah'. (cakap jak lah malas kan) Kena pula hujung tahun,musim budak-budak peperiksaan. Kena persiapkan untuk peperiksaan, siapkan semua data-data, key-in markah, prepare untuk majlis penyampaian hadiah pula. Maaflah, termengadu pula dekat sini. hihihi.

Okey lah, sekian sahaja untuk sebab-sebab kenapa saya tak up entri dan terima kasih atas perhatian anda. huhu. bai.


4 comments:

  1. alahai...patutlah dah lama tak update....
    takpe2...lepas ni kenalah rajin update ye cik ayuni..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah boleh selalu update :D

    ReplyDelete
  3. @naaisyah S hoho...penuh pengharapan tu. insyaAllah

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih