Di Mana Ada Kemahuan


Assalamualaikum.
Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad, wa'alaa aalihi washohbihi wabaarik wasallam.

Salam junjungan kasih kita kepada penghulu segala Rasul, Nabi Muhammad SAW. Semoga hati-hati kita sentiasa merindukannya sepertimana rindunya baginda kepada kita umatnya akhir zaman.

Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan... 
Tahun 2015 bakal meninggalkan kita. Tahun 2016 sedang menjelma. Impian yang telah di angan-angankan tu sudah tercapai atau belum ? Tentu sudah banyak usaha yang kita lakukan untuk mencapai target tu, supaya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Dan, ada yang berjaya membuahkan kejayaan, tetapi ada juga yang tidak tercapai. betul kan ? samalah dengan saya. 

Target saya tahun 2015

Yang 1st, tak tercapai lagi sebab duit asyik-asyik tak cukup. haha. plus malas, hihi. Yang ke-2, alhamdulillah sudah buat. Yang ke-3, pun sudah, saya dah dapat permit mengajar. Ke-4, sekarang ni saya baru ja habis semester ke-2 untuk sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak. Oh yeah, alhamdulillah. Yang ke-5 pula, pause dulu, sebab sedang sambung belajar kan. Ke-6 tuh, alhamdulillah, sekarang saya sedang usahakan untuk buka pusat tuisyen sendiri. Masih dalam pemilihan tempat yang sesuai. Dan ke-7 tu, secara automatik pasti stabil kalau dah ada usaha dan kerja sendiri. Alhamdulillah.

So, ini bermakna, hanya satu target saya berjaya dicapai. InsyaAllah sambung lagi ke tahun 2016. tahun depan wajib dah ada lesen, kesian betul tengok Umi, adik-adik mau pergi mana-mana susah sikit. Kena tunggu Abi tidak pergi kerja barulah boleh buat urusan lain. 

Target tahun 2016 pula,
  • Menjadi lagi baik lagi dari tahun ini (>__<)
  • Ada lesen D
  • Turunkan berat badan (naik berkilo-kilo dahhhh  T_T )
  • Miliki sebuah Pusat Tuisyen Membaca
Mudah-mudahan semua urusan ini dipermudahkan. Kau orang pula macam mana? semoga impian korang semua tercapai hendaknya. Kalau belum tercapai tu, ada lah hikmahnya kan. Bawa bersabar, InsyaAllah umur panjang tahun depan cuba lagi sampai berjaya okey. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan disitu pasti ada jalan...


View dari atas bukit. Cantik kan. Tidak ku sangka bukit ni boleh tahan tinggi, yang kelakarnya
hiking guna sandal. Padan muka saya! Nasib baik bukit ni bukan perkampungan Encik Limbatok (pacat)



13 comments:

  1. Woah nice , I hope for the best for you and goodluck ! :)

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  2. tahniah ayuni sebab dapat completekan hampir semua wish 2015!
    #kipidap!

    ReplyDelete
  3. heheheh alhamdulillah byk jgk tu accomplish huhuhu <3
    qila pun takde lesen lagi hahahaah

    ReplyDelete
  4. bestnyerr
    jom join ga ni
    http://adna2029.blogspot.my/2015/12/kebaya-nyonya-giveaway-contest-by.html

    ReplyDelete
  5. all the best in your study :)

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini dik ayuni....Semoga apa yang di impikan akan terlaksana yer dan diana ucapkan selamat tahun baru 2016...

    ReplyDelete
  7. Salam Ayuni...kak jenguk2 dulu kat blogmu ni...bukit kat mana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit di kg.takulung, Losou Podi... ^_^

      Delete
    2. Bukit di kg.takulung, Losou Podi... ^_^

      Delete
  8. di mana ada kemahuan..di situ ada jalan.. tolong lengkapkan.hihi

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih