Anda Yang Berkenaan !



Assalamualaikum. hai semua

Oke, firstly, nak bagi amaran bahawa entri ini akan membuatkan anda rasa menyampah dan macam-macam lagi perasaan lain yang.....yahh. So please skip this entry untuk kebaikan anda. nak baca juga jangan bash pula. 

Ucapan ini disampaikan khas untuk orang-orang yang 'berkenaan',
Bersama angin yang menderu-deru nih kan, dah takda milo panas dekat tepi, sebab up entri pun bukan santai-santai. Ada rasa geram situ. Tambah pula hujan yang kejap kuat, kejap slow, kejap senyap sunyi, buatkan perasaan ini tambah membuak-buak, bercampur-baur. Menaip pun makin laju, padahal typo ja banyak. huh !

'Anda' yang kini sedang bahagia, terima kasih kerana berikan aku erti persahabatan,..emm yang kononnya sahabat kerana Allah. Dasar diri aku yang tak matang, masa tuu. sekarang insyaAllah matang. Tak pandai menilai. Dan, terima kasih buat aku macam ini. Yeahh, memang ada kesan agak buruk pada masa tu, tapi aku kuatkan semangat aku, walau hingga kini, aku rasa masih tak kuat  T_T (Tuhan tolong aku !) . 

'Anda' yang rasa aku tengah happy. (trademark kau la tu, happy konon) Terima kasih kerana bimbingan kau. Adalah sikit. tapi lama kelamaan...hmm. Ada maksud di sebalik! Menghancurkan kepentingan orang lain, demi kepentingan diri. Tapi, ini juga mungkin pengajaran buat diri aku. Kewujudan kau walau sekejap cuma, juga meninggalkan kesan yang sukar aku lupakan. Moga aku diberi hati yang lembut untuk menerima benda yang lepas ni. Urghhh !

'Anda', yang pernah memberi janji dan harapan. Memberi aku pengertian bahawa Allah lah segala-galanya. Menyambut janji dan harapan pada manusia lain belum tentu dibalasi dengan kebahagiaan. Tapi aku doakan agar kau diberi kebahagiaan abadi. Walaupun harapan itu sepertinya masih bersisa jauh disudut hati. (hmm - jauhilah aku perasaan ini Tuhan, kerana hatiku hanya Engkau yang Berhak) Tidak aku membenci tapi aku memandang pada diri semula, adakah aku layak untuk segala kebaikan yang diberi?

Sekian untuk nota diri dan anda yang 'berkenaan'. 

#Nak cepat masuk tidur sebab time hujan-hujan ginilah sedap tidur. 
#Sambung blogwalking esok ! InsyaAllah ^^


6 comments:

  1. moga hujan yang turun dapat menyejukkan hati cik ayuni...^_^

    ReplyDelete
  2. <3
    Harap 'anda' tu baca ehhe.
    <3
    take care kak ayuni sara! <3

    ReplyDelete
  3. Moga 'anda' tak buat dah orang lain macam tu

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih