Homemade Pizza - puas hati


Assalamualaikum. Peace yo !

Hari ini saya akan kongsi sedikit pengalaman saya *dan adik-adik buat pizza. Dekat pekan Kota Belud ni tak ado kedai pizza nya. kira bagus lah tu, kalau tak, memang duit bazir dekat sini ja. Sebab asyik rindu nak makan, kebetulan pula ada masa lapang sikit, maka masaklah pizza. Bahan-bahan memang kami tiru bulat-bulat dari blog Kak Surianti dekat blog dia JOM MASAK.

Bahan-bahan doh pizza :

  1. 2 cawan tepung gandum (bagi saya boleh buat 4 hidangan dengan saiz medium)
  2. 2 st yis segera
  3. 1/2 st garam
  4. 1 st gula
  5. 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  6. 1/2 cawan air

Cara buat doh & letak toping :


Campur tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan. Sukatan air bergantung pada tepung yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60 minit supaya doh naik sekali ganda. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 1 cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10 minit supaya kembang sedikit. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza. Taburkan keju mozarella parut. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan lagi baki keju tadi. Bakar selama 18 minit pada suhu 200' C bergantung pada suhu oven masing-masing. (kredit dekat kak Surianti. sy copy je arahan dari blog dia, hehe)

Toping :
toping ikut korang. nak tambah cendawan or apa shj yg boleh di makan k ^^

1. Pes tomato (kitorang guna Sos Prego tomato, sebab dia rasa masam sikit)
2. Cheese
3. Hirisan sosej
4. Hirisan lada Benggali


hokeh, ini adalah doh yang telah siap di uli dan ditumbuk semampu nya. kata chef, nak 
yang lembut dan gebu kena uli dan tumbuk habis2an lama-lamaa. 
Sementara tunggu doh tu kembang, sediakan toping nya...


Suka cheese boleh parut banyak2


Ni sajelah bahan yang ada masa ni. kuikuikui. simple saja


Bagi saya lah kan, sos ni adalah bahan utama pizza. Saya memilih bab sos ni. 
Kadang-kadang macam tak ngam di tekak. cehhh.
So saya pilih Prego untuk spagetti tu sebab sedap sangat hingga menjilat jari. ecewahh!


Sebelum proses pe'nopingan pizza ni, better selepas lenyek bagi leper doh tu,
biar dulu 7-15 minit gitu. bagi dia kembang lagi. ni kata sifu dalam blog tu la. 
Jemur bawah matahari pun boleh untuk mencepatkan perkembangan nya..hehe
*nak bagi lawa hasil pizza korang tu, letak la kat acuan yang lawa sikit k. 
saya pakai luyang kek lapis je...huahuahua



Inilah hasilnya....simple aje. masuk mulut, MasyaAllah puas hati !!! hehe 
Jimat RM30 kan...


3 comments:

  1. pergh! boleh meleleh air liur tgok pizza ni!
    lps ni bolehlah pos2 ke saya ye?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..meh alamat. >_<
      X sedap mkn kalau x panas...

      Delete
  2. Memang sodapppp..nyum..nyum..jom mari kita buat pizza lagiii...

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih