Rindu padaMu


Bismillah hirahman nirrahim. 

Saat ini...
Aku merasa amat bersyukur 
kerana masih diberi kewarasan agar aku dapat melahirkan bicara aku yang telah lama aku pendam 
menjadi sebuah doa dan harapan agar terus kuat untuk setiap langkah yang bakal aku jejaki. 

Hari ini, aku merasakan tahun baru bagi satu kehidupan baru. 
Apabila Allah menghantar ujiannya, dan aku mula rasa derita bila menghadapinya. 
Barulah ketika itu aku memanggil-manggilnya. 

Mengatakan aku rindu padaNya. 
Merayu padanya, kerana aku tidak kuat untuk menghadapi ujian itu. 
Dan ketika itu, aku tekad untuk tidak begitu dan tidak begini. 

Ya, namanya pun perubahan. 

Tapi kemudian, 

Lalai lagi. 

Dan begitulah seterusnya. Mungkin sudah banyak kali tahun baru aku. Aku kesah apa, kerana kau memang sering lalai.

Walaupun derap langkah aku agak lemah, namun aku gagahi juga kerana aku ingin jadikannya pedoman hidup aku. 

Hidup aku. 

Aku harap orang-orang sana tak bertanya mengapa ia hidup aku! 
Aku pasti bukan sahaja kehidupan aku 'begini', kerana kita berkongsi dunia yang luas. 

Cuma! 

Corak nya tidak sama. 
Aku juga pasti bukan semuanya mampu jalani. 

Alhamdulillah, kekuatan itu tetap wujud walau di suatu sudut itu kerapuhan mulai retak. 

Allah, Allah, Allah... Hanya ucapan itu yang mampu membuat aku sedar. 
Sedar segala-galanya itu ada hikmahnya. 

Menangis, menangis dan menangis...hanya itu mampu lakukan mengharap segala kesakitan mengalir keluar. 

Bahu yang aku harap untuk disandarkan? 

Ya Allah, lagi sekali ujian hati bukan? 
Kenapa mengharapkan orang lain sedangkan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang sentiasa menanti mendengar rintihan. 

Aku pohon agar hatiku kekal sebegini.


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih