Rindu di Hati Ingin disampaikan



Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar semua ?

Oke, hari ni sudah pun tukar templat. Main koding pun sikit saja. sebab dah tak ingat step. takut templat tambah buruk dan rosak. So, inilah templat yang saya dah ubah buat masa sekarang. Simple. Tapi masa try buka selepas dah log out tadi macam sekilas keluar font templat lama. Kan kalau line internet cam ciput seket, mulalah keluar font yang bukan font tetapan...and macam-macam lah. korang rasa sebab apa tuh?

Okeh, back to tajuk entry yang macam comel je font dia tu, cp kangen bangat nak komen-komen, like-like, cbox-cbox dengan blogger-blogger lain. Singkatannya menyebok lah kan. So paling senang jejak diorang dekat shoutbox dululah. Kebiasaannya yang selalu letak jejak dia kat cbox tu la yang rajin jenguk kita. Lagi satu kita tahu waktu bila dia view page kita. 1st page dekat cbox tu, oke ada satu dua nama ja yang betul-betul letak link blog. yang lain tu macam nak jaja ikan dipasar letak link iklan entah apa-apalah. Maybe, memang ada yang letak macam tu agaknya, kena klik skip the ads dulu baru boleh masuk blog die. Aduh tak larat den nak tunggu kalau sesatu blog tu macam tu. 2nd page, oke lagi, still dalam dua tiga nama letak link blog, pastu 3rd, 4th dan seterusnya dah tak jumpa dah. Memang dah jadi pasar kalah penjaja yang selalu datang taman tu.

Okey, kita paham sekarang ni kita dah lama tak up-to-date kan. Blog pun tak lah best. Tapi makin degil pula letak banyak-banyak ads kat situ. Tak perlu lah erk. Kalau kita ni jenis yang memang tahu bab-bab nak letak shield supaya korang tak sesuka hati letak ads situ, baru padan muka. Nak blogging tu biar ikhlas. Nak minta tolong klik boleh. bagi tahu dulu k. Barulah nampak macam telus kat situ, HEHE

Okeh, tu ajelah. esok saya masih kerja. Cuti Raya Haji 24.09.2015 nanti barulah saya dapat sambung cuti sampai hari sabtu. btw, Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Selamat Malam. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih