Trip to Mahua, Tambunan


Assalamualaikum wbt...hello!
Entri sebelum ni saya ada bagitahu yang kami sekeluarga ke Tambunan selepas berhari raya semasa raya pertama aidiladha kan. [ Entri sebelum ] So, lets begin the story! 

2 hari 1 malam masa lapang dihabiskan di Tambunan, Mahua Waterfall. Salah satu Sabah Park yang rasanya masih baru. Dibuka pada tahun 2013 dengan nama Crocker Range Park sebab air terjun ni di kawasan banjaran crocker, iaitu banjaran yang terpanjang di Asia Tenggara. Minta semak balik buku teks Geografi korang hokey. *mana tahu saya pun salah. hahahaha


Hari pertama, sampai di sana dah pun petang. Penjaga kat situ dah tak benarkan jalan-jalan sekitar waterfall. Yalah, dekat-dekat maghrib kan segala syaitan dan jin suka bersiar-siar. Lagipun, pengawal kat situ pun nak balik tukar shif. So, kami menginap di Mahua Rainforest Paradise. Masih dalam kawasan Sabah Park. Tempat penginapan tu 50 meter je dengan pintu masuk ke waterfall tu. So, lepas check-in, masuk bilik dan terus makan. Makan meggi saja. jimat sikit, hehehe  ^_^

Hari Kedua. Lepas solat subuh terus berjalan sekitar tempat penginapan. Air sungai ni sebelah sahaja dengan tempat penginapan. Subhanallah, duduk dalam bilik pun boleh dengar bunyi air sungai yang menderu-deru tu. 



Kami berada di restoran. Satu bumbung dengan kaunter reception. Apa sahaja masalah korang, nak tambah bantal or tilam boleh minta kat sini juga.

Hokey, yang ni.....orang gila gadget je yang akan buat camni. Cari line. Satu diingatkan, line celcom, tunetalk, xox, maxis memang korang tak kan dapat. HAHAHA. line digi naik satu je. so jangan berangan nak live streaming ke, live update ke, apatah lagi nak sight oke.






Ni pemandangan dari atas. Mahua Rainforest Paradise ni betul-betul terletak di tengah lembah. Tengah-tengah antara bukit. Kawasan kampung sekitar pun masih jauh dalam 4-6 kilometer. Yang suka nature, alam sekitar tu saya suggest awak pergi sini lah. Tanaman bunga dan bunga semula jadi yang ada di situ pun cantik-cantik tau.





Pintu masuk sebelum ke Mahua Waterfall. Kitorang bangun awal-awal, selfie dan wefie banyak-banyak pun tak hape. tak da orang nak heran. hehe 




Atas tu kaunter tiket. Dan kaunter untuk korang tulis nama sebagai langkah keselamatan. In case korang hilang kan. Tapi korang tak akan hilang, believe me. Sebab, sepanjang jalan tu sangat selamat, jalan dah bersimen.  


Korang kalau jumpa penjaga or pengawal yang kawal masuk keluar tepi tu yang muka sememeh camni, macam tak nak bagi orang masuk pun hade, sila isi borang dan sila beri komen untuk dimasukkan ke dalam peti cadangan. HAHA

Sepanjang perjalanan tak ada lagi dahan jatuh. Dont worry too much k.

Setiap tumbuhan yang ada sekitar kawasan ni akan di tag dengan nama pokok tersebut. Nama saintifik dan nama generik dia. Dah nama pun Sabah Park kan...opkos la ada semua tu.


Nampak tuhhh....dah dekat !!!!


Hokeyyy, apsal pinggan kosong je??? Sebenarnya nak bagitahu masakan makcik kat sini memang sedap. Pagi tu kitorang order Nasi Goreng Kampung Style. Memang tak banyak pilihan lagi. Sebab makcik-makcik sana cakap, biasanya pelanggan sini datang makan dalam jam10. kitorang datang jam 7 lebih. haha. Restoran pun tak buka lagi masa ni kan. kesian makcik ni kitorang suruh masak awal pagi. Ingatkan biasa-biasa ja tau rasa nasi goreng dia sebab tu kamera duk jauh. Ya Allah lepas makan sesuap rasa macam nak lagi. Sedap! pedas dia tak keterlaluan, and....memang sedap la. haha. Sup yang dia hidang sekali pun sodappp.

Thats all. Tenkiu...Waitt!!! macam tak banyak gambar kan. Kejap-kejap, memang banyak hokeyy. Entri lepas ni kita letak semua gambar Mahua Rainforest Paradise dan Mahua Waterfall yang best2 k. See u at next entry !

No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih