Tak Suka Naik Feri !


Assalamualaikum semua...
Oke mesti kalian duk heran kening dah terangkat sikit, pelik sebab aku kata 'tak suka naik feri'...ya tak?! Oke for your information, feri yang aku maksudkan tu bukanlah feri express yang orang je duk situ, maksud aku feri kenderaan. Feri yang aku naik ni namanya Feri Putrajaya 1. Orang pun boleh masuk jugak, bagi yang nak pergi seberang laut dengan bajet yang sangat murah naik feri ni pun boleh.

Aku naik feri kenderaan kali ni bukanlah sebab tak cukup bajet tapi aku dengan family nak menyeberang lautan pergi ke Wilayah Persekutuan Labuan. Cehh ayat, kan, macam lah duk jauh, padahal dari KK (kota kinabalu) je pun.

Yang buat aku tak suka ni bila aku berjalan, cuti-cuti, holiday-holiday dengan family, SENGGUGUT pula datang menyerang! Allah...memang ar. Kalau dah kereta duk tersadai dalam feri, ko duk kereta jangan harap ko dapat duduk sedap-sedap dalam tu ea. Nak rasa kena sate hidup-hidup 2 jam dalam tu, hah duduk lah. Oke aku pun gigih lah naik tangga cari tempat duduk. Orang senggugut ni kalau da perut tu macam kena cucuk-cucuk nak cari tempat duduk je, biarpun tak selesa kerusi tu. Kisahnya feri tu penuh ! Macam tin sardin! Nak tau aku duduk mana ? Tengok je la dalam gambar tu. Dengan muka aku yang pucat...cis, nak cuti-cuti pun tak boleh. Hmm...sabar aje la kan

Perut aku sakit, aku gigih juga menaip kan. Ceh, padahal aku sebenarnya cover muka aku yang menahan sakit ni. Nak je baring atas lantai koridor ni. Eh, koridor ke, ape-ape aje la. Harap-harap senggugut aku ni sembuh cepat, bukan selalu pergi Labuan. Dapat peluang tu biarlah dengan kegemberiaan, ketenangan. Excited je lebih tapi kalau sakit cenggini satu pun tak dapat. Hmm. Oke, tu je la. Bai semua...


4 comments:

  1. tak boleh naik kenderaan atas air.. ferry, boat &cruise.. tak tahan.. 3-3 naik memang mabuk laut.. ngee

    ReplyDelete
  2. mak aih, sampai duduk kat luar... biasa la tu sis, susah nak dapat duduk kat kerusi kalau naik feri kenderaan ni. sabar je la ea.

    ReplyDelete
  3. ecah last masa kecik kecik kot naik ferry. excited kemain, sekarang ni dah gerun sikit nak naik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, naik feri kt langkawi xprnh muntah... Tp klu naik kete asal journey jauh je cnfrm muntah,huhuu.....;-)

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih