Jadikan Aku 'Tauke'


Assalamualaikum.

Persembahan, perkhemahan, bengkel, melancong, lawatan sambil belajar, gotong-royong
Antara sebab-sebab inilah cikputri suka sangat bekerja di bawah umi. means jadi cikgu di
sekolah ibu sendiri lah. Boleh deko-deko sendiri aktiviti sekolah, alhamdulillah dengan bantuan
staf-staf umi. Sebab tu cikputri yang comel ni busy memanjang tak sempat buka blog. oke tipu
tak sempat, sebenarnya sempat, tapi nak draf entri tu memang tak sempat. Apatah lagi nak
blogwalking. Ohh maafkan beta kerana tidak mampu melakukan sedemikian. :"(

09 Oktober 2014 dulu, sekolah ada buat Hari Pendaftaran Terbuka untuk Taska, Tadika dan
Sekolah Agama Rakyat. swasta oke. Jadi, untuk memeriahkan suasana dan sebagai tarikan
untuk orang ramai datang ke meja pendaftran kami, pelajar2 dari tadika dan sekolah agama 
buat persembahan. menarik kan. 

Tambah menarik lagi, kitorang buat jualan dan juga Photobooth Corner. Haa..., best kan. 
Bawah ni gambar-gambar yang sempat snap masa program tu, cp juga ada sertakan video
persembahan diorang. Tengok jangan tak tengok..., walaupun tak gempak kan, tapi rugi
korang tak tengok...hihihi.












sebahagian persembahan program tersebut.

Video ni cp dah share pada entri lepas. Actually masa 
nilah show tu di buat.

~ Sekian ~


Wishlist 2015


Assalamualaikum pembuka bicara,
Yang sedang membaca ni comel tak terkira...oyeahh!!!

Hai semua. semoga anda semua sihat-sihat saja hendaknya.

Kali ini nak cerita 'berkenaan' perancangan saya tahun hadapan.  Berdasarkan Kamus Dewan 
Bahasa dan Pustaka....bla, bla, bla, bla. Ingat ni perbahasan syarahan ke apa. Huhu. Setahu dan 
semaklum saya semua pembaca ni amat jelas dengan definisi perancangan bukan. Oohh God,
kenapa ayat skema sangat ni. Ada pertandinga menulis karangan ke apa...huhu

So, tahun depan 2015 korang nak buat apa. Soalan ni saya lebih tujukan kepada penanam anggur 
macam saya. Tapi saya ada hasil juga lah sebab jadi cikgu tadika part time di sekolah Umi sendiri.
Hihihi. Kiranya wishlist 2015 la kan...

Tahun depan, cp mahu :-

1.       Ambil lesen kereta (D) 
2.       Ambil kursus yang sesuai untuk jadi Cikgu Tadika
3.       Nak jadi Cikgu Tadika bertauliah
4.       Nak buat PJJ (kos apa rahsia),
5.       Nak buat simpanan (untuk kahwin la katakan, kalau ada yg nak)
6.       Nak buka bisnes sendiri (bisnes apa rahsia lagi, hehe), dan
7.       Nak stabilkan ekonomi sendiri

Tak cukup setahun rasanya nak buat semua ni. Mudah-mudahan semua dipermudahkan dari 
1 hingga 7 tu kan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan.



Liebster Award Dari Anamyhusna


ASSALAMUALAIKUM.
Haa, ni nak jawab soalan Liebster Award dari Cik AnaMyHusna  . Lama dah beliau tag,
1 November lalu. Baru hari ni dapat bagi jawapan. sobs, sobs, sobs...sori sebab lambat. hee.
Oke, ni jawapannya.  So korang sambil2 dapat lah tahu sikit kan pasal diri cik comel nih...
kuang3x...

1. Radio apa yang korang suka dengar?
    Suka dengar radio Era fm. ada Johan situ...hehe

2. Channel apa kat Tv korang suka tengok?

    Channel apa ya. semua channel suka...sebab layan je semua.

3. Drama melayu apa yang korang suka tengok? Kenapa?
    Sebenarnya saya isteri dia. sebab ada izzue islam, lgpun dia kat situ nampak hensem lebih.
    Setia hujung nyawa. sebab masa ni tengok Ammar hensem sangat. 
    Vanilla & Coklat. sebab Aiman hensem jugak kott. haha
    tu je la kot setakat ni, sebab tak penah miss tengok, siap download lg tengok banyak kali.
    semua sebab pasal hensem je...muehehehe 

4. Pandai main alat muzik? Jelaskan. (Kbat nih.. haha..)
    Pandai...emm, kompang je kot. eh, alat muzik jugak ke tu?. Masa kat sekolah dulu masuk 
    kelab performing art, cikgu tengok tangan boleh main kompang je, haha. lepastu sampailah
    ke tingkatan 5 jadi pemain kompang aje. 
    Pandai main piano jugak tau, tapi lagu twinkle twinkle little star je la...haha.

5. Hobi korang apa?
    Kalau bagitau jangan gelak tau. Membaca, memasak dan kumpul setem. kuno kann...haha

6. Favourite colour, shape n number?
    Fav Colour : Pink, purple & light blue
    Fav shape : heart shape 
    Fav number : 313 (smart kan...hihi)

7. Suka baca novel? What type of novel?
    suka sangat!! hobi pun membaca kan...suka yang romantik, komedi, thriller dan fantasi. 
    tak suka baca novel inggeris. lambat nak paham...haha.(ckp jela tak paham BI kan)
    lagi satu tak suka novel yang berjela2, lambat sangat. ataupun novel 'orang tua'. means
    pasal orang yang 'dah kawin'. haa...paham2 jela.

8. Suka shopping? Kenapa?
    Suka sangat. tak tahu kenapa...penat dah fikir

9. Laman sosial apa korang paling aktif? Twitter, Insta, Facebook, Ask.fm?
    Emmm,.aktif ke haa. tak aktif pun, jarang-jarang je...tapi yg no 1 aktif sikit tu fb laa.

10. Subjek apa korang suka? Kenapa?
      Sains. sebab suka benda2 sains

11. Kalau shopping, usually korang beli apa? (Permintaan bukan keperluan) ^^
      Baju atau tudung. memenuhkan almari...hee


*11 je soalan, tapi penat juga memikir. hehe. TQ ye AnaMyHusna. Jom-jom tembak bertubi2 blog dia. hehe. ~ AnaMyHusna ~ AnaMyHusna ~ AnaMyHusna ~



Sibuk sangat keee


Rasa nya agak lama juga cik putri ayu yang comey ni tak up entri. ye dop? 
ehehehe...rasa macam nak mengada lelebih je entri kali ini. Oke sebab lama tak blogging kan, 
lama tak main2 dengan keyboard ni. ooohh rinduuu nak komen entri-entri yang hebat mantap 
dari blogger lain ni. 

Alhamdulillah pada saat ini kita masih hidup dan bernyawa untuk teruskan perjuangan kita kan. 
Holiday ni korang buat apa haa... cuti ke keja. yang bercuti tu of kos cikgu2 macam sya sekarang ni kan. 
Hihi...tapi saya tak bercuti pon. Cari pendapatan sampingan sekarang ni, buat tuisyen membaca 
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tak cuti pun tapi alhamdulillah tak lah se'busy masa sekolah 
dulu. 

Kalau Cikgu Tadika waktu bila korang rasa sibuk sangat. Maksud cikputri musim peperiksaan ke? 
musim pendaftran pelajar ke? ke musim konvokesyen ? Tentu lah musim konvokesyen, kalau cp la. 
Sebab masa tulah nak urus semua sijil budak2, nak tutup fail pelajar, pastikan budak2 yang nak 
konvo ni pass 3M. yelah kalau tak lepas, nama kita ni haa yang disebut2. 

Oke, tu aje lah nak cakap. membebel berjela-jela pun penat je tangan menaip...kihkihkih
Gambar bawah ni gambar2 semasa Hari Penyampaian Sijil Tamat Tadika sekolah saya...
selamat menonton...










Video ni adalah persembahan pelajar2 saya. hihi.
Di ambil sebelum konvo dulu. 
Sekian. ^_^