UntukMu GAZA



Peperangan yang berlaku di Gaza amat meruntun hati nurani setiap insan. Sedangkan anak-anak kecil pun tahu apa itu derita. Sejenak hati tersentap membayangkan kekejaman Israel Laknatullah. Bukan sekadar cuba merampas tanah Gaza malah mencuba menghancurkan kesucian Islam yang telah terbentuk sejak beribu tahun yang lalu. Palestin, bumi anbiya. Kiblat pertama umat islam.

Betapa sakit jiwa, menyayat hati melihat. Apakan daya yang mampu kita buat. Berdoa memohon agar Allah swt yang Maha berkuasa menghancurkan Israel. Jangan pernah teragak agar Allah swt meranapkan segera kekuatan mereka kerana Allah swt sendiri telah mengkhabarkan kepada kita tentang mereka di dalam Al-Quran ;
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. ( Al-Isra: 4)
Membincangkan isu Gaza mahupun Israel, ia bukanlah sahaja berkenaan hidup mati serta perjuangan Islam, bahkan mengenai kemanusiaan, kedamaian serta kebebasan. Sama-sama kita berjuang dan berdoa untuk keselamatan dan kebebasan Gaza. Tentanglah israel yang terang-terangan tidak ada kemanusiaan. Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Walillaa ilham...walluha'alam.



Review Cik Miela follower ke 333

Siapakah blogger bertuah dapat nombor follower ke 333 ni?

Jom kita intai secara sekilas dahulu siapakah dia...
Hokey, nama yang dia guna dalam blog dia adalah Cik Miela. Seorang blogger yang baru berusia 20 tahun ni mempunyai blog yang agak kreatif. cp memang suka kaler blog dia. purple gituuu.

Perasaan tak sebelah tajuk setiap entri dia tu ada floating date. meh cp bagi jelas sikit...

Comel bukan ? jeles oke. nanti nak buat camtu jugak lah. hihi
Cik Miela ni bukan saja blogger yang berkongsi kisah dirinya, taaaapii, juga sediakan tutorial untuk blog. so, saper yang nak cari tuto senang dan mudah, boleh klik link blog cik miela yang berkaca mata lagi comel ni. Sebab apa cp kata senang dan mudah, sebab font blog dia memang besar dan jelas. best nak baca.

lastly, nak ucap Terima Kasih la kat cik miela sebab follow kiter. kiter dah follow awak tau. hikhikhik. So ape tunggu lagi. Jom terjah blog cik miela ! Sila klik nama cik miela yang telah di highlight tu untuk ke blog die :D


Jangan biarkan Blog bersawang


Salam sejahtera semua.

Oke, rasa macam bersawang sangat dah blog nih. swipe dengan tangan pun takpe dah kan. sikit-sikit dah lah, tak payah bagi bersih sangat. Aku tumbok kang kalau kome nak komen jahat. haha. Apa pun, terima kasih sebab sudi singgah. baca satu perenggan ni pun takpe. naik jugak lah pageview blog nih..hoho.

Kali terakhir post entry pada 25 Jun, naik jugak la graf. bila dah lama menyepi membiarkan sawang mula menghinggapi segala sudut dan ruang dalam blog ni, apatah lagi ketukan-ketukan pintu bank yang lama mendiamkan diri, menyebabkan kadar graf agak mendatar tanpa turun dan naik yang agak ketara. macam gambo bawah ni. Bukan pinjam dari google, memang truly printscreen dari blog ini. >_<



Ayat macam puitis pun ada, macam terlebih obat pun ada. ya enggak? masuk pula dah mak indon kat sini. syuhh, syuhhh...haih.

Oke takpe. slowly...bawa bertenang, jangan sampai tertendang. kadang-kadang otak tak boleh dipaksa berfikir. dia kena relaks. persekitaran pun mempengaruhi jugak. ye tak? kalau banyak kerja memang tak menang tangan nak post entry lagi. tambah-tambah pula line internet yang kurang membantu. tak bayarlah katakan. eh, ye ke korang? huhu. Itu cp tak tahu, andaian yang tak berakar umbi. sekadar meluahkan apa yang terfikir. Tapi kalau cp, ikut mood. honestly. kalau rasa malam ni nak mengadap komputer, sampai 2, 3 entry yang di publish. bersemangatlah katakan. macam-macam benda rasa nak kongsi ^^

Intai balik gambar tadi tu, ecehh, banyak ar orang yang dah view blog dia! itu since 2010 oke campo dari tahun dulu. nampak sangat cp ni blogger yang agak lembab menghasilkan karya di alam maya. eh betul la! lembab pada mesin-mesin ciptaan manusia ni jer. kalau jumpa saya in real life, korang akan tahu betapa saya seorang yang hyper dalam berkarya secara direct. not in 'alam maya'. oke, terlebih sudah, ayat nak bagi sedap je tuh. muehehehee.

Rasa tu je kut nak cakap. haha.
Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang muslim. Wassalamu'alaikum. kbai ^_^