Salam Ramadhan 1435H dari Utara


Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini hampa semua termasuk saya hidup lagi dak. masih bernyawa lagi. masih berkemampuan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing tak kiralah hampa semua ni student ka, penjawat awam/swasta ka, ataupun penganggur setia di rumah hampa dak. hampa tergolong yang mana? hoho...tak kiralah no, yang hakikinya hampa semua masih hidup di atas muka bumi ni dak. ke ada yang daaaaahhhh...  :-P

Nampak macam berhambur tak loghat utara cikputri? hikhik...
Saja lah nak ulang-ulang yang RAMADHAN NAK MENJELANG DAH !!! InsyaAllah. hokey, seronok tak? mesti la seronok dak. seronok tu bila dah berbuka ja lah kan. hampa semua toksah nak tipu, cp tau tu...hihi. 

Walau apapun, tak kira lah hampa semua nak bagi pendapat apa dalam bulan posa ni kan, yang penting kita semua kena bersyukur sebab Allah dah bagi free dah masa dan waktu untuk kita kaut sebanyak-banyak pahala nih. mungkin ! mungkin, ada antara kita yang takdak masa nak buat amal contoh nak baca Qur'an, nak bersedekah dan macam-macam lagi. mungkin oke! tapi sebab Allah dah bagi suatu 'akal' kat sesetengah manusia ni untuk cetus idea buat program tadarus Al-Qur'an, Majlis Amal...masa ni lah kita berpeluang untuk buat semua tu. haaa, nampak dak tu? Besar hikmah Ramadhan ni. Tapi, bila cp dah tulis macam ni, janganlah hampa semua termasuk saya ni buat amalan-amalan semua tu masa bulan ramadhan ni jah. cp just cerna apa yang cp terfikir. pandapatlah katakan...sama-sama nak berubah ya dak.


Hokey, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, selamat berpuasa, selamat mengaut kelebihan dalam bulan ramadhan, dan selamat menanti pengumuman dari yang berhormat Penyimpan Mohor DiRaja. Selamat semuanya, dan semoga kita diberi peluang untuk menikmati bulan ini. ^_^


Terima Kasih Kak Shida


Siapakah KAK SHIDA ? KAK SHIDA ? KAK SHIDA?

Amboi, sampai 3 kali cikputri mention nama kak shida ni kan. oke, Kak Shida adalah salah seorang blogger otai since 2010 yang secara jujurnya cikputri jarang terjah blog dia. heee. kak shida jangan marah ea...dah lah kak shida buat entri mention blog saya, cikputri ni pulak jarang menempekkan diri di blog akak. Lepas ni ada masa InsyaAllah saya datang nak klik klik klik nuff nuff nuff kat blog akak. hoho. (macam bodek jee...hee)

Masih tidak terlalu lewat untuk cikputri ucapkan terima kasih atas ke'mention'an dari kak shida. Terharuuuuuu sangat sampai terteleng-teleng kepala nak nangis sebab nama kite ni kena mention kan. tak pasal-pasal jadi tremor (*simtom tangan menggigil) tangan dan kaki ni haa. Allah, terkejut kita ni jadi follower ke 5151 blog kak shida.


Haaaaa...nampak tak tuh. entri pendek je dah kecoh kan. tapi tu la, sebab mention nama blog kita siap nombor dapat nombor follower bertuah lagi tau. Nanti korang terjah bertubi-tubi tau blog kak shida ni. ihikkss. Betul lah kata kak shida tu, cikputri maybe dapat nombor bertuah masa join GA atau mana-mana segmen masa tuhh.

Psstttt...best tau lepak blog kak shida ni. dah lah serba biru blog dia, tak payah korang tunggu lelama nak menempek kat blog die. melaram lama-lama duk tengok tanpa sekat-sekat(kalau line korang full la) akan membuatkan korang nak tengok satu-satu pilihan pada menu tab blog dia. Ada macam-macam tutorial, tatacara, prosedur dan tatatertib yang boleh mambantu korang. haha.

CikPutri memang tabik spring lah kat kak shida nih. tengok je lah pageviews die. pagerank pula dapat berapa?? haa. so korang, jom serang blog Kak Shida. Kak Shida, thanks ye membuatkan saya rasa terharu sangat sampai dapat tremor ni haa. haha. Happy Birthday kak Shida !! (walaupun dah terlambat) hee.


Cuti Cuti Malaysia : Poring, Ranau


Sepanjang cuti sekolah yang berlangsung selama lebih kurang tiga minggu korang semua pergi mana? Pada cuti kali ini, cikputri sekeluarga mengambil masa kurang sehari di Poring, Ranau. Lets begin my story.........




Tiket Masuk

Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak (bwah 17thn) : RM1.00
Warga Emas & Bayi bwh 12bulan : Free










Kalau berpandukan gambar-gambar di atas, tu adalah view-view yang akan anda lihat sebaik sahaja masuk ke perkarangan Poring, Ranau ini.
Okeh, gambar sebelah ni tak payah cari sebab ini dekat tandas awam. besar gila tau dakkk...haha.

(tandas pun nak masuk dalam story jugak)



Okeh, sampai je sana, kalau nak duduk-duduk relaks-relaks sambil makan-makan, perkara pertama yang korang kena buat adalah cari wakaf atau tempat teduh. macam ni. fuhh, masa ni ramai orang, jadi tempat pun dapat yang belakang-belakang sikit la. tapi takpe, boleh makan dengan lahapnye sebab takde orang nampak..muahahaa.





Okeh, kitorang bercadang nak relaks-relaks dekat dengan air terjun. So, perjalanan di teruskan demi mendapat ketenangan..cehh.




Perjalanan ke Air Terjun Kipungit ni bukan lah jauh sangat. adalah lebih kurang 400meter. oke jauh ke tak lu pikir sendiri. Tu baru air terjun yang paling hampir. Ada 2 lagi air terjun, yang lagi satu tak ingat namanya, jarak dari tapak 1st tadi lebih kurang 3000meter. dan lagi satu Air Terjun Larangan.



Haa...nilah air terjunnye.
Taaaapiii, kat sini ada satu wakaf je. kecewa tak boleh lepak sini. Oke hasrat nak berendam pun tak jadi, sebab air sejuk gila. baru berdiri atas batu sebelah signboard nuh, dah menggigil oke.

View die cantik kan !

View ni korang akan jumpa dalam perjalanan ke Air Terjun.
Ni kaunter sebelum ke Jambatan Gantung. Kena bayar lagi tau masuk sini.
Pergi air terjun free. Jangan risau, keselamatan adalah terjamin dekat
sini, sebab nama korang akan di ambil sebelum masuk sini.
untuk pastikan korang kembali pada masa tertentu. 



Kepada yang berniat nak ke tempat seperti Air Terjun, Air Panas, Taman Kupu-Kupu, Kolam Tiub Mandi,
Kolam Mandi, Sauna dan macam-macam lagi la, adalah amat dialu-alukan datang ke sini. dah banyak tempat makan yang best-best di sediakan. tempat menginap pun ada, jangan risau. Gambar di taman kupu-kupu, sauna etc tu tak dapat ambik sebab tak pergi sana. hehe. Sauna tu RM15 sejam untuk se family okeh. taman kupu-kupu tu sebab tak pakai kasut, tak sanggup kena gigit pacat ! Auww.

That's all for the story of My Cuti-cuti Malaysia at Poring Ranau !

Apple iPhone 5s Paling Laju


Banyak-banyak model henfon di dunia ni mana paling laju ye pemproses die?


Kalau merujuk kepada Sarmistha Acharya henfon model Apple iPhone 5s menduduki tempat yang pertama dalam ujian kelajuan sistem pemproses. Aiseh, ayat dah macam penyelidik. Meh intai henfon yang macam mana iPhone 5s tu.

      
Oke serius smart bukan. sesuai dengan nama nya smartphone. 

Mengikut kajian daripada doktor Alfonso Bekekek A/L: cp kan, orang-orang yang duk review pasal henfon ni sebenarnya tengah mengidam henfon tersebut. Ye, benar sekali keputusan kajian doc tu kan. Muehehee... memang cikputri tengah mengidam henfon baru...sambil menanti henfon yang sekarang ni menuju kearah kegelapan serta kehilangan fungsi skrin nya. :-(


Haa..nampak tak ? pecah cantik pulak tu. haih, tak tahu lah apa yang cuai sangat sampai pecah jadi gitu. nak ganti skrin tu mahal giler wooo...sama harga dengan beli henfon baru. that's why la gambar iPhone 5s tu terletak elok kat atas tu. woot woot. haha.Tak apalah. tunggu gaji bulan ke dua nanti cukup lah kot nak beli henfon baru, sekali dengan accessori yang sewaktu dengannya. oke bai.

Moment : Interview



Dimaklumkan tuan/puan tidak berjaya.........

Begitulah sebahagian potongan ayat dalam surat rasmi yang diterima cikputri semalam. Sedih sangat tak berjaya, tapi dalam masa yang sama juga gembira sebab dapat peluang menghadiri temuduga jawatan Pembant Perubatan di Dewan Bandayara Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan. aisehh... KL tuuhh.
*pinjam kat blog adik comel nih.hee

Okeh, tu jelah. tak payah nak sedih sangat, rezeki Allah tu luas betol tak?
K bai, tu je...hikhikhik.
(psst, tak tahu nak letak title apa entri ni, sesiapa yang baca pless komen. nak tahu title tu menarik tak sampai korang klik jugak untuk baca, tolong ^_^)

Susah Menelan Tanda Tonsilitis


Apa TONSILITIS ni ?

Oke dari segi definisi tonsilitis ini bermaksud jangkitan pada bahagian tonsil atau senang nak faham tekak.
Kenapa tiba-tiba kisah pasal sakit ni? Ceritanya apabila cp kena serang penyakit ni, salah satu tanda sakit ini adalah susah menelan lah. takdelah teruk sangat penyakit ni, tapi kalau tak di rawat dengan baik, boleh mendatangkan komplikasi yang tak baik juga tau. haa, bila google-google sikit pasal tonsil ni, sebab konfius sakit macam kat laring je (oke yg medic je paham). So, da google share terus lah kat korang.

Sebelum kita pergi lebih jauh meh kita berkenalan dengan tonsil aka tekak kita ni.

http://2.bp.blogspot.com/_C4u--E-onqI/R7QF7-gwnLI/AAAAAAAAB1o/GeWtWGVQx-I/s400/Normal%252BTonsils%252BLabeled.jpg&sa=X&ei=gCbGTef3N4nWrQei4LH7BA&ved=0CAkQ8wc&usg=AFQjCNFTdCocQn-wv3wbGuZPIujoDyecOQ 
*pinjam dari Mr. Google

Tak payahlah cp nak terangkan dia ni tisu ape yang penting korang tau bahagian anggota mana yang sakit dan ape fungsi die. betul tak? Okeh, tonsil ni salah satu sistem anggota badan yang membantu melawan penyakit dengan menghasilkan sel-sel darah putih apabila berlaku jangkitan sama ada dari bakteria mahupun virus. 

Antara salah satu reaksi tonsil apabila berlaku jangkitan ialah di mana tonsil tu membengkak macam gini

http://amandel.org/wp-content/uploads/2011/11/amandel-pada-anak1.jpg 
 Seram sangat kalau gambar betol, hihi...amik yang gambar kartun-kartun boleh lah ea..

Tanda-Tanda Tonsilitis
  1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
  2. Kemerahan pada tonsil
  3. Kebengkakan pada tonsil
  4. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
  5. Demam yang kadang2 sangat tinggi. 
  6. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
  7. Suara garau atau hilang suara
  8. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
  9. Mulut berbau busuk
  10. Berdengkur waktu tidur

Okeh korang, kalau dah kena sakit ni, jangan tak minta rawatan tau. Pergilah klinik ambil ubat. kalau takde demam terok dan bengkak sikit je, kumur dengan Listerine pun boleh, atau dengan air garam. buat 3kali sehari lepas makan. Korang juga yang sengsara kalau kena sakit ni tau. Alhamdulillah sakit cp sekarang ni takdelah terok cam gambar kartun yang sebelah kiri tu. sampai timbul putih-putih. Kemerahan dan bengkak sikit ja. 

Kalau terok sangat kan, tonsil korang kena buang tau. Takdelah menjejaskan sangat, tapi kurang lah sebahagian anggota kecil korang. Macam dalam gambar nih...

 

 http://azza4u.com/ENT/wp-content/uploads/2011/12/after-tonsillectomy1.jpg 
Lepas kena buang jadi camnilah. dah takde bunga tepi tu...huhu

Credit to Mr. Google dan Dr. Azwan