Betul Ke Arah Kiblat Korang?


Tahun ini, Ramadhan akan jatuh pada hujung bulan Jun. Cikputri dah mula lekat masa masuk waktu solat. Untuk persediaan semasa berpuasa nanti. Amboi, baru sekarang nak lekat. Nampak sangat solat tak di awal waktu. Maaf ye, cp terangkan di sini, rumah cp sebelah masjid je, so jadual tu lekat lewat sikit. hehee, nak percaya terpulang...

Oke, ape kaitan lekat jadual masa masuk waktu solat ni? macam ni, baru perasan dekat jadual tu ada tertulis nya perkataan nih ISTIWA A'ZAM. Siape tak perasan lagi cuba korang masing-masing pergi check kalendar jadual masa waktu solat. tengok bulan Rejab bertarikh 28 Mei Masihi. Mesti korang akan jumpa.

Apa Istiwa A'zam ni? Cuti khas ke? tak pernah tahu pun. Oke jujur cikputri pun tak tahu pasal benda nih. Semalam 26 Mei barulah cp tau ada benda ni. CP ade jugak tanya kawan dari bidang FALAK ni, die bagitahu istiwa a'zam ni peristiwa di mana matahari berada pada kedudukan tegak di atas ka'abah. Dan tadi google sikit, jumpa lah wordpress sorang abang ni die terangkan berkenaan ISTIWA A'ZAM. jom baca...
*    *     *     *     *
Apa itu Istiwa A'zam?  
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). 
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH… 


 
Bilakah Istiwa A’zam berlaku? 
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
 
Apa yang perlu dilakukan? 
Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku: 
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas) 
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [Klik Sini]
*     *     *     *     *
Copy Paste from : ShahMuzir

So, korang, jangan lepaskan peluang check kiblat esok. Kawan cp dari Falak tu ada pesan, kalau yang cari kiblat guna kompas sebelum ni, di galakkan check guna Istiwa A'zam ni. Sebab kadang-kadang kompas ni ada perubahan magnetik. kadang-kadang tak betul. Huhu, susah nak terangkan sebab faham sendiri je. muehehee. yang terlepas tu jangan risau, boleh tengok 16 Julai nanti. kan 2 kali setahun.

Oke korang jangan tanya apa-apa pasal istiwa a'zam ni kat saya pulak. seeloknya tanyalah orang yang alim (berpengetahuan), atau korang boleh pegi je terus wordpress abang ni ShahMuzir. dan tanya dia banyak-banyak soalan takpe. jangan saya. hihi. Oke sekian dari cikputri. Wallahu'alam.


Cikgu Kena Ikhlas


Pekerjaan sebagai Guru ni bukan mudah tau. Topik ni lah yang cikputri nak discuss harini. hikhikhik. CP bukanlah seorang guru yang bertauliah,dan dapat ijazah serta pengiktirafan dari mana-mana lembaga guru ke apa. skema tahu ayat nehh..hihi. Tapi sebab dah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan ni, ada lah serba sedikit perkara yang kita tahu dan yeah, memberi banyak pengalaman sepanjang 3tahun jadi cikgu.

Tapiiii...., bukan cikgu sekolah menengah tau! Cikgu sekolah rendah dan budak-budak sekolah tadika je. Mengajar di sekolah Ummi. Nama sekolahnye Tadika Al-Fitrah dan Sekolah Agama Rakyat/KAFA Al-Fitrah. CP mula mengajar selepas je tamat SPM sampai lah dah masuk form 6. Lepas habis sekolah tu masuk mengajar budak kelas agama. Amboi, sempat jadi ustazah tahu. haha. Alah, ajar subjek jawi, akhlak dan tulisan khot je...subjek yang susah-susah (B.Arab, Tauhid etc) tu ustazah lain ajar.

Nak jadi cikgu ni kan, kena betol-betol ikhlas. Pernah sekali CP masuk kelas nak mengajar, tapi hati masa tu, Ya Allah macam benci bebeno tengok budak-budak. Kalau kita dah kenal perangai satu-satu budak tu, kita akan rasa macam, 'ish budak ni aku taknak ngajo die, bia la die bodoh sampai hujung tahun'. Especially budak tadika ni. Sampai bila-bila Tuhan akan buat budak tu takkan 'ngam' dengan kita. Sebenarnya budak tu pintar, tapi sebab takda keikhlasan nak mengajar Tuhan buat macam tu. Balik je dari mengajar tu, mengadu kat ummi, ummi kata 'lainkali nak mengajar, kalau betol-betol bad mood sekalipun, berselawat, baca Al-Fatihah dan hadiahkan kat budak-budak yang kita nak ngajar tu, InsyaAllah, masa kita nak mengajar tu Allah mudahkan segalanya...'

Jangan jadikan pendidikan tu sebagai bisnes, tapi jadikan ia pelaburan saham untuk akhirat...Terutamanya bagi sekolah-sekolah swasta ni kan. Tak kiralah tuisyen ke, kelas membaca ke, kelas agama rakyat ke, tadika ke dan yang seumpamanya lah. Kena niat  nak bagi didikan tu untuk saham akhirat. Bukan sahaja budak yang kita ajar tu terdidik, insyaAllah diri kita pun sekali terdidik. (^_^)

Oke jom, tengok gambar-gambar dulu dan terkini cikputri masa jadi cikgu nehh. hee...











Okee..sekian dari cikgu cikputri...hikhikhik (^_^) Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang tak baik itu datang dari kelemahan diri cikputri. 


AWARD yang awesome !


Assalamualaikum...

Hari ini baru nak umum yang cikputri dapat AWARD ni. 
Sebenarnya lama dah dapat. 17 april '14 yang lalu. Jahat kan saya baru sekarang terhegeh-hegeh nak umum bagai. bukan apa, rasa macam tak sedap pulak kan dapat award dari someone tapi tak bagitau apa-apa. macam takde rasa menghargai dan tak dihargai. kan? 

Oke, dengan sukacitanya (repeat balik respon masa mula-mula dapat award ni), sampaiterloncat-loncat kau, haa...saya diberikan award ini oleh kak TinynaSweet !!! 


Awesome kan kakak ni. sanggup dia klik pegi blog cikputri ni. walhal cikputri sebelum diberi award ni sekali dua je blogwalking kat blog dia. Sweet sangat bila di beri award ni...hihi. rasa cam nak pegi selalu blog die. hee. TQ kak. kalau pegi kat blog die sekarang ni, rasanya husband die yang manage...;)

Korang kalau nak award ni ce rajin-rajinkan usha blog ni (SINI).
Haa, mana tau korang dapat kan...hehe. Lepas ni bolehlah jugak cikputri nak bagi award ni kat siapa-siapa blogger yang bertuah yang awesome...

Oke la, that's all sebagai menghargai kak Tinynasweet sebab bagi award ni dengan awesome nya. 
Moga kak tinynasweet pun selalu awesome ye...sekian untuk penghargaan (^_^)


K.A.M.I



Helloo...hee,
Seperti yang dijanjikan pada entri yang sebelum...nak share gambar sahabat cikputri yang simpan poem dari sahabat(arwah) yang sorang lagi. Adeh, pening pula asyik-asyik ulang perkataan sahabat kan. oke tak pe, teruskan...

Ni lah sahabat cikputri yg simpan poem tu. Nama : Herniyati. kami panggil dia Naty.
Sedap kan nama dia...hihi. 
*yang tudung hitam oke. yang tudung pink tu cp  >.<

dari kiri : CIKPUTRI  ,  ATUL  ,  EDAH  ,  NATY


Sahabat-sahabat cp sejak sekolah. Ni lah semuanya. Sori laa...gambar ni capture balik. Dulu-dulu cp manalah guna camera yang simpan dalam memori. Ni picture zaman filem-filem lagi. haha. 
Dua orang dah kawen. yang namanya Atul dan Naty. Tinggal kami berdua lagi belum kawen. Awal lagi kan, baru 22. relak dulu kumpul duit. hee.

Oke korang yang nak baca balik poem tu, ke SINI k. 

Si Naty bagi poem tu semasa cikputri nak bertolak dah ke kolej di Kelantan dulu. Siap bagi pesan lagi --->
Kawan sama kawan, makan sama makan, tidur sama tidur, penat sama penat, so mesti masalah pun sama masalah...Jadi jangan malu luah kat aku.
Haha...tapi tak pernah nak luah kat dia. yelah, bila berkawan selalu macam tu kan, mesti susah nak share problem sebab taknak susahkan orang lain. Sampai sekarang masih berhubung walaupun masing-masing dah busy dengan anak-anak, dia jelah...haha.

Oke. tu jelah. sekian...


She ... Everlasting Friendship


Assalamualaikum warahmatullah semua...
Alhamdulillah, hari ini cikputri berkesempatan bermain jari atas keyboard komputer ni. Dah nak masuk bulan Jun baru buat entri. Kalau blogger lain takdelah terok macam cikputri ni kan. Siap berdraft-draft lagi entri semua. tinggal publish je lagi.

Okeh tak pe, kita terus ke akar umbi entri kali ini. Nak share satu poem yang di beri oleh sahabat cp. yang sekarang ni dah arwah (Al-Fatihah). Cikputri tak pasti adakah poem ni buat sendiri atau dia google tapi kalau baca ayat2 die ni serupa buat sendiri, entah..,Semua tu tak penting sebenarnya, betol tak? korang ce bagi tahu kalau korang tahu Poem ni by who oke.

There's not easy to find
a person like you,
A friend that entertainer when sadness,
become a listener when have a problem.

Its hard to find a friend
that have same direction
I have done to swim the sea broad
I have done to conquer the sky
and reach until the end of the world.

I want the cardiality
and also a sociality smile
let it permanent interminable
so that its not lose in the road
where ever you are
so long as,
your name is permanent in my mind.

This life is like as the day
night and also the weather
always change.
Sometimes it can be fair or dusky
the dawn appears bring the hope
the dusk anchor fetch the night.

*     *     *     *     *

Masa sekolah rendah dulu, arwah tak rapat pun dengan cikputri. tapi selepas 5tahun berpisah dan berjumpa balik di sekolah yang sama semasa di tingkatan 3, jadi rapat balik. Ya Allah, kalau ingat die mesti sebak sangat dada ni. Sebab masa die meninggal dulu, cikputri ada tolong sekali semasa mandikan serta kafankan arwah. Mudah2an dia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Mak arwah bekerja di pasar. selalu terserempak dengan mak dia. kalau boleh tak nak terserempak dengan mak dia. Sebab mak dia mesti nak nangis kalau nampak cp. yelah, 3 tahun kami bersahabat, dan Allah ambil dia semasa kami baru masuk tingkatan lima.  Masa tu bulan Febuari. 

Poem ni kan, cikputri pun baru tahu arwah ada tinggalkan poem ni sebelum dia pergi. Poem ni arwah tinggalkan  dekat sahabat cikputri yang sorang lagi. Amboi, kemain banyak sahabat cp kan...hehe. Oke2, korang ke next entry je k sebab kat situ baru cikputri share gambar sahabat-sahabat cp. except sahabat yang dah arwah la. sebagai menghormati beliau. Sekian ...


Mencari Bahagia



Bahagia itu ....
Maknawi juga bersifat Rohaniah
Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukan hakikat bahagia...

Tenang itu tanda bahagia
tiada tenang akan keluh kesah
Bila tiada kebahagiaan hidup penuh kepura-puraan

Mazmumah punca tiada bahagia
kerana terus mengekalkannya
hasad dengki, gila dunia, sombong, bongkak 
merosakkan segalanya

Carilah ketenangan dapatkan kebahagiaan
Cintakan Allah setiap masa
apabila zikrullah dihayati, barulah bahagia diperoleh...

Credit to : ASIAMAT