Nama Seorang Princess


Assalamualaikum dear...
Kali ini nak buat entri pendek je. Nak bagitahu yang CikPutri ade edit sikit profile dekat Google+ (sesiapa ade guna Google+ tu bolehlah follow CikPutri ye *promote sikit). So, alkisahnya terguna lah profile tu untuk blogger.com. Bagi sesiapa yang teliti sikit or pelik sekiranya ternampak muka kita, but bila gerak kursor kat gambar tu terpapar nama Ayuni Sara, itu juga adalah saya.

Sekarang ni, CikPutri sendiri keliru nak guna nama ape. Ayuni Sara memang dah guna lama semenjak main dengan aplikasi Facebook,Twitter dan YahooMail. Kadang-kadang guna PutriAyu. kalau boleh taknak buang 'Putri' tu *nampak tak gedik situ. haha. Jadi...jadi...jadinye, saya ingin putuskan bahawa saya tetap guna nama-nama ni ;-




Kalau nampak nama-nama ni kat cbox ke, kotak komen korang ke, wajiblah klik ea *macam paksa je. Boleh lah singgah terus blog CikPutri. hihi. kbai.


Tengku Adam Kamil 'Pelat'


Keith Foo yang melakonkan watak Tengku Adam Kamil dalam drama bersiri Ariana Rose yang baru sahaja tamat ditayangkan pada minggu lalu adalah seorang yang pelat? Benarkah kenyataan ini?

Pelat adalah merupakan suatu gangguan dalam menyebut atau melafazkan suatu huruf. Dalam istilah sains, ia lebih dikenali dengan nama 'Frenulum Linguae'. Ramai yang beranggapan pelat adalah disebabkan lidah pendek atau tebal. Sebenarnya ia bukanlah disebabkan lidah itu pendek atau tebal, tetapi ia di sebabkan oleh suatu tisu yang berada di bawah lidah. Frenulum Linguae boleh dilihat apabila menggerakkan lidah ke atas seperti dalam gambar di bawah.

http://medicine.academic.ru/pictures/medicine/636.jpg 

Perbezaan panjang dan pendek tisu tersebut menyebabkan lidah seseorang sukar menyebut huruf berkenaan. Rawatan bagi masalah pelat ini mudah sahaja. Iaitu dengan mengikuti terapi pertuturan yang merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu. Sebenarnya, kita sendiri boleh merawat masalah ini. Dengan menggunakan teknik yang betul serta usaha sahaja, insyaAllah masalah ini akan selesai. XD

Berkenaan Keith Foo seorang yang pelat tu, hanyalah sekadar gimik (hihi, jangan marah ye). So, kalau nak tahu korang ada masalah ini, pergi tengok cermin then lihat jika tisu bawah lidah itu pendek atau panjang. Lagi nak info yang lebih penuh, korang bolehlah search kat internet. Sekian.


Cerita Seorang Puteri


Assalamualaikum. Salam Jumaat warga blogger serta pembaca-pembaca sekalian alam.

Alhamdulillah, hari jumaat ni semua perkara dimudahkan. dapat berita adik yang bersalin melalui pembedahan dah beransur sihat. baby boy die pun comel je. sihat walafiat.

Ini lah baby nye, merangkap anak buah 1st ku. huhu. lahir dengan berat 3.5kg
Yeayy, dengan kelahiran anak buah ni, rasmilah cik putri ni jadik Mak Long. hope baby boy cepat lah besar dan jadi hensem macam ayah dia, haha. sempat lagi !.

Tadi buka je dashboard tengok ramai yang update pasal BR1M dah masuk dalam akaun. tak sabar pulak cik putri nak check akaun. duit tu nak bayar ptptn. haha. hutang dah sebulan tertunggak. RM300 tu cukup2 nak bayar hutang ptptn, tak dapat lah nak berbelanja ek...

tak kurang jugak yang update pasal cerita-cerita sedih. 'maaf' lah, 'blog lama tak update' lah, 'buat silap' lah dan macam-macam lagi (padahal blog cik putri pun baru je ter'update ni haa). yang buat mata ni jadi blink-blink bila baca entri pasal segmen/GA/contest dan yang seumpama dengannya. oh-ho! macam nak join jer....hihihi

So, cerita hari ini, just nak share pasal gambar anak buah cik putri ni. comel kan. tak sabar nak tengok die petang ni. k bai... :D


Pengiring or Pengapit ?

Assalamualaikum wbt dan selamat berblogwalking semua.

Wahh, hari yang agak bosan,  tak tahu nak buat apa. Hari cuti, hari minggu, hari ahad, hari tidur sedunia, dan hari apa sahaja yang seumpama dengan Hari Ahad nih. Bagi saya bosan sebab saya ni antara berjuta manusia yang menganggur kat dunia nih. hehe. sebab tu hari orang bercuti hari yang paling membosankan. ianya realiti, hanya pada orang yang menganggur je duk buat taik mata kat rumah.

Baik, hari ini masih tak ada cerita menarik yang hendak kongsikan. ~haha. Cuma nak cerita pasal gambar nih! jeng. jeng,jeng...Hari Perkahwinan Kak Farah (23 Nov 2013) merangkap kazen yang kira jauh jugak lah, tapi rapat. Dekat majlis ni, cik putri jadik pengiring dia. bahasa mudah nye pengapit, tapi bukan pengapit pon. pengiring je. :P

Haa, nilah die pengantin bersama saya berbaju biru tu.


this picture captured by my nokia expressmusic. tak sempat edit, hihi.

tak suka tengok mekap kat kening tuhhh. tapi nak tayang jugak. haha.




Asal je buat entri tak sah takda muka saya kan. haha. apa boleh buatlah, nak jugak letak gambar saya yang tak berapa nak cantik ni. nak jugak, nak jugak, nak jugak...hihi

Tak tahu dah nak citer apa lagi kat hampa semua. mata dok pusing dah ni. k bai.

p/s : Cik Putri ni nak tanya, macam mana cara nak kecikkan 'babat' yang paling cepat? 'babat' makin besarlahhh. ~HAHA

Saya Jadik Mak Long


Assalamualaikum wbt.

Allah...,macam lama dah tak update status kan. kuikuikui....
Hari ini kesempatan untuk berlama-lama depan komputer akhirnya dapat. Dah seminggu abang-abang sepupu duk lepak rumah sebab nak tolong ayah pasang pagar rumah dengan buat tandas baru kat luar rumah. eh, ape pulak kaitan nya??? haha. Tak, diorang ni rupanya lagi kuat duduk depan komputer. Aduihh, kalah saya ni. (tapi saya duduk depan komputer sebab layan movie korea,hehe). Hm, dah anak-anak dia semua perempuan, yang lelaki pulak sekolah. memang tak dapat nak bantu lah. ape boleh buat kan. hihi...

Okey, berbalik kepada tajuk di atas. Siapa maklong ni??? haha. saya lah. yeayyy!!! katakan tahniah pada saya...hahaha. Pagi tadi pada jam11 bertarikh hari ini iaitu 19 Feb 2014, adik dah kena tahan hospital. Bila nurse check, dah 4cm buka. haa, maknanya ada lebih kurang 8jam lagi lah nak tunggu buka sepenuhnya. Anak pertamakan. dan sebab itu lah saya jadi mak long ni.huhu.

Tapi, still dalam benak fikiranku (amboi bahasa), ada tak gelaran lain untuk mak sedara ni? nampak macam tua sangat. hihi. Apa pun, hope adik diberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya. Hope jugak semuanya selamat.

Mesti ada yang duk hairan kenapa adik dah nak bersalin? Cik Putri ni pulak dah kawin ke belom ? aduihhh, kalau nak tahu, meh singgah entri ni jap oke, barulah anda semua tahu sebab nye. KLIK SINI .

Kbai. itu je. Wassalam. :D


Hari Terakhir Aku Dengan Dia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entry hari ini i'm a bit lazy to menaip. hehe. Boleh ke macam tu? hari ni korang tengok-tengok gambar jelah ye. Boleh?

Okeh. Gambar yang saya nak share ni adalah gambar saya dengan sahabat saya yang paling saya sayang. Ingat lagi? nama dia Nur Faeiza Zainuddin. Sengaja buat entry gambar saya dengan dia sebab gambar masa ni adalah hari terakhir bersama-sama dengan dia. Miss Nur Faeiza so much!

Actually, lagi banyak gambar saya syok sendiri daripada gambar dia. sori laa, bila dah jumpa henpon canggih, mulalah tangan ni gatai snap macam-macam gaya. haha. 








Haha. see.., lagi banyak gambar syok sendiri saya kan. hihihi. k, bai.