Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku

Assalamualaikum Salam sejahtera.

Sempena sambutan World Hijab Day pada 1 Febuari nanti,
jom sama-sama kita memeriahkan GA ini dan berikan sokongan anda
terhadap pemakaian hijab bebas tanpa diskriminasi ini ! Jom !

http://2.bp.blogspot.com/-d8ZVoPV7n2A/UuXtC6iQqBI/AAAAAAAADX0/p28pwYoPl_s/s1600/worldhijabday.png
KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Kepentingan Hijab :
Hijab atau lebih dikenali dengan nama tudung merupakan alat yang digunakan
untuk menutup kepala bagi kaum wanita. dan adalah
menjadi kewajipan bagi setiap wanita islam untuk memakainya.

Hijab bukan terhad untuk orang islam sahaja, tetapi bukan islam pun boleh
memakainya. Ini kerana tujuan memakai hijab juga adalah untuk 
mengelak daripada kepala atau rambut 
daripada panas matahari, hujan dan sebarang kekotoran.

Sesiapa yang memakai hijab boleh menutup rahsia mengenai kepala anda.
Mana tahu anda telah membotakkan kepala anda, pakai hijab boleh
membantu. ^_^

Okey, lastly, kalau boleh nak hadiah shawl je laah. 
tak pun, keychain nama bantal ke. simple2 je. hihi

Sekian sokongan dari saya , Princess Ayuni. :P


Destinasi Menarik di Sabah : Part 2


Destinasi menarik di Sabah yang wajib anda lawati selain daripada Rumah Terbalik dan Tanjung Simpang Mengayau yang saya sudah paparkan pada entri sebelum ini di SINI , jom kita lihat pula beberapa tempat lain yang menarik ;-


  • Desa Cattle Farm, Kundasang







Dengan kadar RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, anda boleh lawati tempat ini. Desa Cattle Farm ni ibarat New Zealand Malaysia. Rugi sekiranya anda tak tengok sendiri lembu-lembu dari jenis Frisiens yang berkeliaran di padang ragut seluas 199 hektar. Bukan semua tempat ada lembu ni tau. Selain anda dapat tengok keindahan yang seakan-akan di New Zealand, anda juga boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelas di sini.

  • Kundasang War Memorial Park








Kundasang War Memorial Park adalah salah satu kesan tinggalan sejarah di mana pada suatu ketika dahulu merupakan tempat tahanan askar-askar British dan Australia. Dan sebagai memperingati mereka, bangunan ini dikekalkan. Sebab tu banyak bendera Negara diorang. Semasa pergi pada tahun 2010 tiket masuk hanya RM1. Sekarang dah naik RM2. Dah banyak yang berubah. Nak tahu apa yang berubah, jom pergi sana dulu. :)

Sepanjang perjalanan ke Kundasang ini, anda tak akan bosan dengan keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang. Contohnya anda dapat lihat pemandangan ini ;-


http://www.ulelong.com/sabah/hotel/Photos/admin@2738kpr01.jpg 

http://2.bp.blogspot.com/_mJ_MFJyM9Bg/TKGVj21LUAI/AAAAAAAAA9U/UGrbM6zn5Rc/s1600/P1050207.JPG

Tak kurang juga gerai-gerai menjual bunga segar, kraftangan, sayur dan buahan segar, makanan ringan buatan sendiri dan pelbagai lagi hasil tangan orang-orang kampung di sana.


http://www.cuti-cutimalaysiasabah.com/wp-content/uploads/2012/07/Pekan-Nabalu2.jpg

http://pengembara.com/wp-content/uploads/2011/10/Kundasang-Fruit-Stall-01a1.jpg 

http://pengembara.com/wp-content/uploads/2011/10/Kundasang-Flower-Stall-03a.jpg

Anda tak akan jumpa tempat-tempat ini kalau duduk dalam kereta je. hihi, maksud saya tengok dari dalam kereta.. Ambillah masa dan peluang untuk jelajah. Memang tempat ni tepi jalan je, tapi kena masuk tau...tidak ada yuran tiket. free of charge!

Sekian, dari saya yang masih selesema....sedut berkali-kali dah tapi nak jugak dia keluar. pedih dah hidung ni asyik mengelap...bai~! credit to : Encik Mus & Tapak Kaki

Destinasi Menarik ?


Okeh, selamat malam.

Niat untuk sambung entri Part 1 : Destinasi Menarik di Sabah sebelum ini tak dapat di teruskan !

Hal ini kerana selesema menyerangku dengan agresif malam ni. sebelah hidung je pulak tu. Sangat menganggu keseronokan dan keasyikan saya mengadap komputer. oh my!

Sedikit perkongsian. kalau selesema bolehlah telan 2Tablet Piriton 4mg after meal. kalau sekali dengan demam, telan lah sekali dengan 2Tablet Paracetamol 500mg. Tapi saya tak demam. :D Juz hidung sumbat dengan teruk, tapi sejenis cecair ni daripada tadi tak henti-henti mengalir. dan...,asyik bersin !

http://4.bp.blogspot.com/_zTL2b_tTBzc/SffoFMp2dmI/AAAAAAAAA7o/ZwMtYyKfNvM/s400/selesema%2Bflu%2Bswine.bmp

Kesan ubat dah menyerang. sleepy. selamat malam semua.

p/s: akhirnya, destinasi menarik, TEMPAT TIDUR.


Giveaway Blogger SS

http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-ss.html              
KLIK BANNER UNTUK JOIN.


Ciri-ciri yang patut ada untuk menjadi blogger yang berkualiti ;-

Bismillah.., sebagai memenuhi syarat GA, di sini saya akan kongsi sedikit input tentang ciri-ciri blogger yang berkualiti, yang pada pendapat saya lah...:)

Blogger yang berkualiti adalah blogger yang boleh memberi idea yang bermakna serta memenuhi kriteria setiap peringkat umur pembaca. tak kiralah entri yang di post tu panjang ke, pendek ke. Tapi, boleh dibaca dan difahami oleh setiap peringkat umur. yelah, blog ni kan salah satu medium untuk kita berkongsi pendapat dengan semua orang. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud : "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban). Maksudnye, apa sahaja ilmu yang boleh membahagiakan, membantu dan membawa kebaikan pada orang lain, sampaikanlah. biarpun ayat sekerat cuma.

Pada saya seorang blogger yang berkualiti tidak semestinya mempunyai design blog yang cantik, ada widget gempak dan macam-macam yang diletak sampai berat jadinye, tapi biarlah sederhana dan kemas.

Tak semestinya entri blogger yang berkualiti ni kena buat entri yang best-best dan tak bosan. Setiap orang berlainan citarasa bukan, korang letak lah entri apapun yang penting jaga adab kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat dan ada nilai-nilai murni.

Lastly, nak jadi blogger yang berkualiti, gunakanlah ayat yang sempurna dan mudah difahami. 'No ayat Rojak'. Takkanlah singkatan yang biasa digunakan dalam handphone pun masuk dalam ni kan. huhu...(saya pun pernah buat jugak)...

Okay, that's all untuk penerangan serba ringkas (dan sedikit) dari saya. Di atas ini adalah ciri-ciri ke'kualiti'an yang saya 'nak' terapkan dalam blog saya. Belum ada lagi ciri-ciri ni pada saya walaupun dah lama jadi blogger, since 2011, huhu...tapi InsyaAllah, saya akan ke arah itu juga.
 
Sekian dari blogger yang masih belajar dari kesilapan. Jom support ramai-ramai GA by SS ni. Jom! Jom!


Destinasi Menarik di Sabah : Part 1

Assalamualaikum. Hai semua ! okeh, hari ini saya nak share pasal tempat-tempat menarik di Sabah. Rasa tetiba nak share sebab ramai kawan-kawan asyik tanya tempat best yang ada di Sabah. 
Okay, destinasi ini tak merugikan kalau korang pergi. Dan saya amat mengesyorkan anda untuk datang melihat dan menikmati sendiri keseronokan berada di tempat-tempat ini. Mungkin hanya dua atau tiga sahaja tempat yang saya akan share. atau mungkin lebih lagi. Jom-jom, intai dulu gambar-gambar destinasi yang bakal korang lancongi. hehehe....
  • Rumah Terbalik, Tamparuli




Jenggg...! Rumah Terbalik ni tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu. Korang nak jadikan tempat terakhir sebelum korang balik pun tak apa. mudah dan sehala dari -----> Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Nak masuk juz bayar tiket RM10. tak payah korang susah2 pergi luar negara bazir duit, singgah sini selepas korang turun dari panjat Gunung Kinabalu, oke....hihi

  • Tanjung Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo)








Tanjung Simpang Mengayau ini adalah merupakan tempat penghujung pulau Borneo. Bahagian telinga kalau tengok dekat map. Nak pergi tempat ni tak bayar pun. Masa pergi dulu tak bayar lah, tak tahu lah kalau akan datang kan. Haa, ini lah pemandangan yang korang akan nampak kat sana nanti. Rasanya kalau korang nak buat gambar pre-wedding pun boleh kot. huhu.

Okay, cukuplah untuk 2 destinasi menarik part 1. tunggu part 2 tau. Gambar kredit pada Mr. Google kerana memudahkan saya mencari gambar2 best ni. and also credit to my sis (mel's photography) : Syuda Zamirah


* Tamat Part 1*


Selesai Dah Pun


Allahumma sholli 'ala saidina muhammad....

Hello everyone. so, how you all today? (baru taip dua ayat dalam bi,dah blurrr....urghh)

Okeh, lupakan pasal speaking ni kejap. hari ini rasa lega sangat. nak bagitahu kau orang saya baru sahaja selesai pos baki dua barang untuk pemenang GA pertama kali yang saya buat bersama adik saya Syuda Zamirah. (ampun di atas kelewatan)

Dan juga selesai buat gambar passport untuk renew lesen L kelas D saya. dia minta latar putih, so apa yang saya buat, buka photoshop dan crop letak dekat backgroud putih. haa, senang kan. lepas tu barulah hantar dekat kedai dan cuci 6 keping terus. sape nak meh nak bagi...hihi.

Anyway, saya sempat siapkan tab menu baru jugak. okeh sekarang tengok tab bawah header tu. haa, tu lah dia. simple, tak perlu nak cantik bagai. kan. selain itu juga, (cehh, macam karangan sekolah menengah pulak) saya juga sempat ganti attribution tu dengan gambar ayat yang saya buat sendiri. semuanya dengan bantuan blogger2 yang buat tuto blog serta bantuan photoshop CS3. tak pe lah cs3 pun kan.

Sangat penat, pusing-pusing pekan Kota Belud yang sekarang ni tak kira masa asyik jam, kecuali malam.

Kepada yang dah dapat barang menang GA tu hello-hello lah ye. dah follow kat twitter kan, tweet pun tak pe oke.

Sekian untuk kisah pengaduan hari ini. bai. peace.

p/s : ambe nak minta doa kalian agar saya dimudahkan untuk semua paper MUET k. lebiu all.


Tarikh Daftar dan Peperiksaan MUET 2014


Sesiapa yang bercadang nak ambik MUET pada tahun ini, sila semak jadual di bawah. Jangan risau, MUET ada 3 sesi. Bolehlah daftar untuk bulan Julai atau November nanti. Selamat menduduki exam MUET kepada calon-calon MUET ye :D


Bagi sebarang maklumat yang lebih lanjut, korang pergi je link www.mpm.edu.my oke. Sekian makluman.


Speaking,Listening,Writing. Oh my MUET !


Assalamualaikum warahmatullah...
Okey, sebelum saya meneruskan penaipan (eh, ada kah imbuhan 'penaipan', hihi), jom kita berselawat dulu. oke. (bagi yg muslim)

Allahumma sholli 'ala saidina Muhammad, wa'ala aalihi washohbihi wasallam...3x

Alhamdulillah, hari ini masih berkesempatan ber'blogging, macam biasa, hari ahad barulah dapat sign in, blogwalking, then publish this entry for you all. ececehh, speaking gituu!!!

Cerita pasal speaking-speaking ni, saya nak bagitahu yang saya ni calon MUET sesi Mac 2014. oh my!!! teringat pasal ni, sakit perut terus. bukan nak 'berak' tuh, tapi sakit hape entah nama saintifik dia tu, kau orang pun tahu kan...

Honestly, saya bukanlah seorang yang fluently can speak in English. yeah, maybe can speak but so broken. gagaga. tengok pada Grammar sah-sah lah dapat D. dan satu lagi, setiap kali saya ujian BI masa sekolah menengah dulu, selalulah dapat gred D, paling tinggi pun C..menyedihkan sungguh, haha! But result SPM saya dapat B. magic apakah itu??? Alhamdulillah, Allah bagi result macam tuu...

This is my...yeah, you can look right. (agagagaga...Oh My English!!!)

Saya tak sempat tahu lagi pasal format2 MUET ni...nanti tanya Mr. Google je lah kan. Semasa jadi student Lower Six sempat 3bulan ja, then masuk kolej. tak ingat lah cikgu bagitahu hape. ngeh,ngeh,ngeh...jadi pelupa kejap, sebab terlalu nervous lah katakan.

Okeh lah, sekian pengaduan dan perkongsian pada hari ini. bai.

p/s : yang dah ambik exam muet tu ada tips tak??? tolong lah ambe ni, nervous sangat!!! oh my, paper listening tu macam seramm jerk.

Klik DI SINI untuk kalender Muet 2014.


Simple NY Giveaway By Iezwa Razk


Assalamualaikum

(Klik Banner Untuk Join)

Senarai Hadiah :- 3x Pashmina , 3x Tudung Bawal dan 2x Topup RM 5
JOM MERIAHKAN GIVEAWAY NI!!

Tarikh Tamat :- 18 Januari 2014


p/s : Segmen/Giveaway last yang saya join oke. bai.


Segmen : Jom Blogwalking






http://deenos.blogspot.com/2013/12/segmen-jom-blogwalking.html
 KLIK BANNER UNTUK JOIN. 


Pemenang akan menerima cash RM50
untuk 3 orang pemenang.
RM50 x 1 top referral
RM50 x 2 cabutan bertuah


Tamat 10 Januari 2014, 11.59 malam. 

 

Kronologi Nama Yayang


Assalamualaikum dan selamat hari ahad.
Rasanya ini entri pertama saya bagi tahun 2014. Ya, memang yang pertama pun, kalau tengok dekat 'post list', entri ni yang ketiga sebab yang pertama dan kedua tu entri GA/Segmen. Sila tengok sekarang mana tahu kau orang nak join ke hape...:P :P :P

Kronologi Nama Yayang... 
Baiklah. Siapakah manusia yang bernama "Yayang" ini? macam comel jer, macam cute jer nama. Apakah orangnye juga secomel dan se'cute nama "Yayang". Jika anda ingin tahu, silalah teruskan pembacaan anda.... =_=

Pada tahun 1992, bulan April bersamaan 26haribulan, yang jatuh pada hari Ahad, lahirlah seorang bayi perempuan yang dikatakan amat comel dan kiut serta kecik macam anak tikus...betul-betul kecik, comel je, muehehehe... Ini disahkan sendiri oleh ibunya. Maka, bayi itu telah diberi gelaran 'Yayang' oleh kerana dia merupakan anak pertamanya.

Inilah manusia itu kalau kau orang nak tahu...

Ketika umurnya 3tahun. yayang yang telah mempunyai adik pada ketika itu telah diikat jambul rambutnya oleh pengasuhnya yang juga comel macam dia...^_^ Comel kan. haa...kan betul saya cakap... :P

Haa, yang ni Yayang jugak ni. gambar ini dijumpai telah digunting dan disimpan dalam dompetnya. Pada ketika ini umurnya nak masuk 4tahun

Eeii,,macam anak cina!!! haha...dah masuk 6 tahun dah yayang masa nih.

Tetapi, semasa umur 3tahun, nama Yayang sudah jarang digunakan sejak ibunya mengambil seorang pengasuh untuk menjaga Yayang dan adik beradiknya. Pengasuh memanggilnya dengan nama sebenar Yayang iaitu 'Ayuni'. Gelaran Yayang di ganti dengan nama sebenarnya iaitu Ayuni. Sejak itu, nama Yayang sudah tidak digunakan lagi. Ayuni kini sudah besar dan dewasa. Inilah wajah Ayuni ketika umurnya 17tahun.... ^_^

Ayuni bertudung coklat ye....
Maaflah kualiti gambar yang tidak memuaskan ye. Semua gambar di atas di snap semula.
Nama sebenar Ayuni atau Yayang (yang pada suatu ketika dahulu laa) ialah Zafirah Ayuni. Haa...sayalah tu. Sayalah yang comel pada waktu kecik tu, yang dipanggil 'Yayang' tu...Alaa cute nyeerrr....muehehehehe. Gambar 'Tuan Punya Blog' tu kira yang terbaru lah tu, 2013.

Haih, Yayang rupanya namaku nih. yang dulu la. kalau nama tu masih di guna sekarang, eeiii, tidak-tidaklah. panggillah ayuni,ayu,dan putri pun boleh jugaklah, walaupun bukan putri kan...~Lalalalaa...

Ingatkan retis manalah kononnya Yayang ni? hairan boleh guna nickname ni. hikhikhik. Rupanya sayalah orang nya tuuu....*stress gediks. Gagagaga...

Okey. Sekian untuk kronologi yang tak terkronologi pun.
Maaflah di atas ayat-ayat yang dipenuhi ke'gediks'an dan ke'mengada2'an tu yee. Bai.


2013 End Giveaway By Queen Typo


Assalamualaikum ...

http://sukasukianiss.blogspot.com/2013/12/2013-end-giveaway.html

2013 End Giveaway by Queen Typo dengan anjuran pihak sponsor dari


Terima Kasih saya ucapkan kpda semua sponsor :)

Jom semua rakan blogger sertai giveaway yg gempak ini , hadiah yg sangat menarik dan sangat cantik ..

Tamat 6 Januari 2014

p/s : harap menang lah kan. takpe tak dapat top referral pon, cabutan pon jadiklah. :P

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)


* hadiah menarik kottt !!! try duluuu *