Rintihan Syawal


Entri kali ini mungkin agak kejiwangan dan berbaur rintihan. pada aku lah. Aku pun tak tahu kenapa, rasa macam kena penampaq makhluk halus tak berjiwa seperti manusia kot. heheh (gelak sinis). Apapun, di sini aku ingin meluahkan rasa kesyukuran kerana masih dihidupkan hingga ke hari ini. Hingga aku dapat menikmati Syawal 1435H. Sudah berabad ditinggal Kekasih kita, Penghulu tercinta kita. Aku rasa sangat bertuah dapat hidup sehingga ke detik ini. Jadi....................................aku nak ucapkan
Maaf Zahir dan Batin ya. ehh, batin?? ye lah, aku nak minta maaf jika yang sesetengah tu melibatkan batin. Sama ada terguris hati, terabak jiwa, tertembak dan pelbagai lagi 'ter' lah. Pada sesiapa yang mengenali diri ini, harap dapat mengampuni semua salah silap saya...walaupun kita tak pernah bersua di layar realiti, tapi hati kita tetap berpaut atas nama kemanusiaan. betul? oke aku dah merapuh banyak. 

Baru hari ini tiba-tiba tergerak hati untuk menitipkan beberapa perenggan hasil idea yang entah tiba-tiba muncul subuh tadi. Tekad untuk menulis entri akhirnya berjaya ku lakukan, dan kini aku sedang mencurahkan idea di perenggan yang ke-3. Sudah sebulan agaknya sawang ini tidak di sapu dengan penuh kasih sayang aku. Sayang sangat jika aktiviti kegemaran aku namun bukan juga kelaziman aku ditinggalkan begitu sahaja. 

Diharapkan agar semua pembaca setia aku tidak melupakan aku. Bloggerian sejak 2010. yang tak femes. Tidak ingin mengaut populariti. dan sudah tentu tidak akan dapat populariti! Harap anda semua masih sudi bertandang di halaman kesayangan aku ni. Aku tak mengharap sangat kemesraan dan sapaan anda setiap hari(*tapi nak juga lah,hihi), aku cuma mengharapkan agar ukhuwwah(jalinan) antara bloggerian seluruh dunia tetap erat sebagai manusia yang hidup atas dunia yang hanya sementara.

Syawal kali ini, aku rasa seperti kesayuan sering menghadiri malam-malam aku. Sering juga menyapa diri aku ketika aku bersendiri. Aku rasa sangat lemah. Aku rasa diri aku tak mampu. Apatah lagi melihat segala maklumat yang dipaparkan pada media tentang kemanusiaan. Aku menjadi hairan. Mengapa sifat perikemanusiaan mereka hilang? Lenyap. Senyap. Tetapi, hendak mengatakan diri aku untuk menghulurkan bantuan bukanlah juga kemampuan aku. Menghadang perisai melawan keganasan. Aku tak mampu! Hanya tembakan doa yang bertalu-talu mampu aku sampaikan. Pada saat kematian memanggil-manggil diri mereka, apakah aku mampu bersedia seperti mereka. Lebih meyayat hati apabila warga senegara menjadi sasaran pembunuhan beramai-ramai. Adakah mereka dibunuh dengan sengaja? Mungkin inilah cara Tuhan mengambil mereka yang amat disayangiNya. Meniupkan api ketabahan, melebarkan angin kesabaran.Menghidupkan kekuatan iman !

Salam kasih sayang pada semua. Marilah kita bersama-sama tiupkan rasa keamanan, kebersamaan. Jangan kita saling membenci. Sentiasa istiqomah untuk menyokong kebenaran! Allahuakhbar walilla hilham. #PrayForGaza #PrayForMesir #PrayForMH17 #PrayForMH370


3 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya.

    jemput visit www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih