FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH


Bismillah

*Ucapan Untuk Ma & Abah Liya*
Pertama sekali Selamat Hari Raya AidilFitri.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kepada Puan Rosmawati dan Encik Alias.
Semoga ikatan kasih sayang serta seri bahagia bersama anak-anak
kekal mekar hingga akhir hayat. Semoga panjang umur dan
dikurniakan kesejahteraan selamanya. ^^

*Keluarga Saya*
Saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik.
Saya sangat suka dgn adik2 saya sebab semua perempuan. satu
sahaja lelaki, tu pun bongsu. Yeahhh, best bila semua perempuan sebab
boleh pinjam-pinjam baju. hehe.

*Kisah/Ragam Bulan Puasa*
Tak banyak kisah mengenai bulan puasa ni. Sebab semua dah besar
panjang kan. Cuma pernah suatu ketika dahulu, ketika itu saya dan adik-adik
baru sahaja pulang ke rumah dari sekolah. kami bertiga berpakat hendak berbuka awal. 
Kiranya ponteng puasalah. Sampai je rumah, sorang duk depan peti ais minum air,
bukan seteguk je, hampir setengah botol habis, pastu seorang lagi tunggu depan pintu dapur,
sorang lagi jaga pintu bilik umi abi. Kitorang gilir lah, sampai lah semua dah
siap minum..hihi. kelakar bila teringat balik.Tapi, sekarang dah takut nak ponteng.
Ada kisah juga kenapa tak berani dah. haha.
sebab petang tu terkantoi yang kitorang tak puasa, abi rotan dengan
penyapu sampai penyapu tu patah. Ingat lagi lebam tu...Sekian.


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih