UntukMu GAZA



Peperangan yang berlaku di Gaza amat meruntun hati nurani setiap insan. Sedangkan anak-anak kecil pun tahu apa itu derita. Sejenak hati tersentap membayangkan kekejaman Israel Laknatullah. Bukan sekadar cuba merampas tanah Gaza malah mencuba menghancurkan kesucian Islam yang telah terbentuk sejak beribu tahun yang lalu. Palestin, bumi anbiya. Kiblat pertama umat islam.

Betapa sakit jiwa, menyayat hati melihat. Apakan daya yang mampu kita buat. Berdoa memohon agar Allah swt yang Maha berkuasa menghancurkan Israel. Jangan pernah teragak agar Allah swt meranapkan segera kekuatan mereka kerana Allah swt sendiri telah mengkhabarkan kepada kita tentang mereka di dalam Al-Quran ;
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. ( Al-Isra: 4)
Membincangkan isu Gaza mahupun Israel, ia bukanlah sahaja berkenaan hidup mati serta perjuangan Islam, bahkan mengenai kemanusiaan, kedamaian serta kebebasan. Sama-sama kita berjuang dan berdoa untuk keselamatan dan kebebasan Gaza. Tentanglah israel yang terang-terangan tidak ada kemanusiaan. Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Walillaa ilham...walluha'alam.



2 comments:

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih