Susah Menelan Tanda Tonsilitis


Apa TONSILITIS ni ?

Oke dari segi definisi tonsilitis ini bermaksud jangkitan pada bahagian tonsil atau senang nak faham tekak.
Kenapa tiba-tiba kisah pasal sakit ni? Ceritanya apabila cp kena serang penyakit ni, salah satu tanda sakit ini adalah susah menelan lah. takdelah teruk sangat penyakit ni, tapi kalau tak di rawat dengan baik, boleh mendatangkan komplikasi yang tak baik juga tau. haa, bila google-google sikit pasal tonsil ni, sebab konfius sakit macam kat laring je (oke yg medic je paham). So, da google share terus lah kat korang.

Sebelum kita pergi lebih jauh meh kita berkenalan dengan tonsil aka tekak kita ni.

http://2.bp.blogspot.com/_C4u--E-onqI/R7QF7-gwnLI/AAAAAAAAB1o/GeWtWGVQx-I/s400/Normal%252BTonsils%252BLabeled.jpg&sa=X&ei=gCbGTef3N4nWrQei4LH7BA&ved=0CAkQ8wc&usg=AFQjCNFTdCocQn-wv3wbGuZPIujoDyecOQ 
*pinjam dari Mr. Google

Tak payahlah cp nak terangkan dia ni tisu ape yang penting korang tau bahagian anggota mana yang sakit dan ape fungsi die. betul tak? Okeh, tonsil ni salah satu sistem anggota badan yang membantu melawan penyakit dengan menghasilkan sel-sel darah putih apabila berlaku jangkitan sama ada dari bakteria mahupun virus. 

Antara salah satu reaksi tonsil apabila berlaku jangkitan ialah di mana tonsil tu membengkak macam gini

http://amandel.org/wp-content/uploads/2011/11/amandel-pada-anak1.jpg 
 Seram sangat kalau gambar betol, hihi...amik yang gambar kartun-kartun boleh lah ea..

Tanda-Tanda Tonsilitis
  1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
  2. Kemerahan pada tonsil
  3. Kebengkakan pada tonsil
  4. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
  5. Demam yang kadang2 sangat tinggi. 
  6. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
  7. Suara garau atau hilang suara
  8. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
  9. Mulut berbau busuk
  10. Berdengkur waktu tidur

Okeh korang, kalau dah kena sakit ni, jangan tak minta rawatan tau. Pergilah klinik ambil ubat. kalau takde demam terok dan bengkak sikit je, kumur dengan Listerine pun boleh, atau dengan air garam. buat 3kali sehari lepas makan. Korang juga yang sengsara kalau kena sakit ni tau. Alhamdulillah sakit cp sekarang ni takdelah terok cam gambar kartun yang sebelah kiri tu. sampai timbul putih-putih. Kemerahan dan bengkak sikit ja. 

Kalau terok sangat kan, tonsil korang kena buang tau. Takdelah menjejaskan sangat, tapi kurang lah sebahagian anggota kecil korang. Macam dalam gambar nih...

 

 http://azza4u.com/ENT/wp-content/uploads/2011/12/after-tonsillectomy1.jpg 
Lepas kena buang jadi camnilah. dah takde bunga tepi tu...huhu

Credit to Mr. Google dan Dr. Azwan


12 comments:

  1. Nampak simple tapi kena ambil berat tentang kesihatan kita

    ReplyDelete
  2. Takut pulak menengok nya walaupun penyakit ni simple, hehe.

    ReplyDelete
  3. Awwww >< Kita pun pernah kena :3 demam teruk dan bernanah. Better makan ais krim vanilla then sembuh... Wohoooo.

    ReplyDelete
  4. paling xsuka time sakit tekak. nak makan pon susah

    ReplyDelete
  5. mcm lain plak gambar yg tonsil kena buang tu. huhu..
    get well soon ye.

    ReplyDelete
  6. Betul ! makan ice cream vanilla pun boleh sembuh. x tgk lg rasional die. tp ni yg org2 ckp la. ic cream VANILLA je tau, bkn perisa lain..hee

    ReplyDelete
  7. dapat ilmu baru melalui entri tonsilitis ni..:P

    ReplyDelete
  8. @fadh leyanie : hee,..share dari org..kita dpt ilmu kita pun share sini...ahakss

    ReplyDelete
  9. tonsilitis ni tak silap kadang2 tekak kita mengeluarkan sesuatu seakan warna kuning, macam nasi..tp busuk giler...tak silap tonsil stone name dy..

    ReplyDelete
  10. Patutlah my friend bersungguhsungguh minum air masak banyak2 sejak doktor ckp nak buang tonsil dia, ngeri!

    ReplyDelete
  11. @ Diya Hanun : tonsilitis ni lbih kpd pembengkakan dn kemerahan. tonsil stone tu betul! tp name die tonsillolith...mmpunyai persamaan dri segi simptom :)

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih