Cikgu Kena Ikhlas


Pekerjaan sebagai Guru ni bukan mudah tau. Topik ni lah yang cikputri nak discuss harini. hikhikhik. CP bukanlah seorang guru yang bertauliah,dan dapat ijazah serta pengiktirafan dari mana-mana lembaga guru ke apa. skema tahu ayat nehh..hihi. Tapi sebab dah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan ni, ada lah serba sedikit perkara yang kita tahu dan yeah, memberi banyak pengalaman sepanjang 3tahun jadi cikgu.

Tapiiii...., bukan cikgu sekolah menengah tau! Cikgu sekolah rendah dan budak-budak sekolah tadika je. Mengajar di sekolah Ummi. Nama sekolahnye Tadika Al-Fitrah dan Sekolah Agama Rakyat/KAFA Al-Fitrah. CP mula mengajar selepas je tamat SPM sampai lah dah masuk form 6. Lepas habis sekolah tu masuk mengajar budak kelas agama. Amboi, sempat jadi ustazah tahu. haha. Alah, ajar subjek jawi, akhlak dan tulisan khot je...subjek yang susah-susah (B.Arab, Tauhid etc) tu ustazah lain ajar.

Nak jadi cikgu ni kan, kena betol-betol ikhlas. Pernah sekali CP masuk kelas nak mengajar, tapi hati masa tu, Ya Allah macam benci bebeno tengok budak-budak. Kalau kita dah kenal perangai satu-satu budak tu, kita akan rasa macam, 'ish budak ni aku taknak ngajo die, bia la die bodoh sampai hujung tahun'. Especially budak tadika ni. Sampai bila-bila Tuhan akan buat budak tu takkan 'ngam' dengan kita. Sebenarnya budak tu pintar, tapi sebab takda keikhlasan nak mengajar Tuhan buat macam tu. Balik je dari mengajar tu, mengadu kat ummi, ummi kata 'lainkali nak mengajar, kalau betol-betol bad mood sekalipun, berselawat, baca Al-Fatihah dan hadiahkan kat budak-budak yang kita nak ngajar tu, InsyaAllah, masa kita nak mengajar tu Allah mudahkan segalanya...'

Jangan jadikan pendidikan tu sebagai bisnes, tapi jadikan ia pelaburan saham untuk akhirat...Terutamanya bagi sekolah-sekolah swasta ni kan. Tak kiralah tuisyen ke, kelas membaca ke, kelas agama rakyat ke, tadika ke dan yang seumpamanya lah. Kena niat  nak bagi didikan tu untuk saham akhirat. Bukan sahaja budak yang kita ajar tu terdidik, insyaAllah diri kita pun sekali terdidik. (^_^)

Oke jom, tengok gambar-gambar dulu dan terkini cikputri masa jadi cikgu nehh. hee...











Okee..sekian dari cikgu cikputri...hikhikhik (^_^) Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang tak baik itu datang dari kelemahan diri cikputri. 


2 comments:

  1. seronok tak jadi cikgu cik putri? Hehehe.

    ReplyDelete
  2. @Anis Adnan : seronok ke ar?? huhu...

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih