Betul Ke Arah Kiblat Korang?


Tahun ini, Ramadhan akan jatuh pada hujung bulan Jun. Cikputri dah mula lekat masa masuk waktu solat. Untuk persediaan semasa berpuasa nanti. Amboi, baru sekarang nak lekat. Nampak sangat solat tak di awal waktu. Maaf ye, cp terangkan di sini, rumah cp sebelah masjid je, so jadual tu lekat lewat sikit. hehee, nak percaya terpulang...

Oke, ape kaitan lekat jadual masa masuk waktu solat ni? macam ni, baru perasan dekat jadual tu ada tertulis nya perkataan nih ISTIWA A'ZAM. Siape tak perasan lagi cuba korang masing-masing pergi check kalendar jadual masa waktu solat. tengok bulan Rejab bertarikh 28 Mei Masihi. Mesti korang akan jumpa.

Apa Istiwa A'zam ni? Cuti khas ke? tak pernah tahu pun. Oke jujur cikputri pun tak tahu pasal benda nih. Semalam 26 Mei barulah cp tau ada benda ni. CP ade jugak tanya kawan dari bidang FALAK ni, die bagitahu istiwa a'zam ni peristiwa di mana matahari berada pada kedudukan tegak di atas ka'abah. Dan tadi google sikit, jumpa lah wordpress sorang abang ni die terangkan berkenaan ISTIWA A'ZAM. jom baca...
*    *     *     *     *
Apa itu Istiwa A'zam?  
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). 
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH… 


 
Bilakah Istiwa A’zam berlaku? 
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
 
Apa yang perlu dilakukan? 
Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku: 
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas) 
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [Klik Sini]
*     *     *     *     *
Copy Paste from : ShahMuzir

So, korang, jangan lepaskan peluang check kiblat esok. Kawan cp dari Falak tu ada pesan, kalau yang cari kiblat guna kompas sebelum ni, di galakkan check guna Istiwa A'zam ni. Sebab kadang-kadang kompas ni ada perubahan magnetik. kadang-kadang tak betul. Huhu, susah nak terangkan sebab faham sendiri je. muehehee. yang terlepas tu jangan risau, boleh tengok 16 Julai nanti. kan 2 kali setahun.

Oke korang jangan tanya apa-apa pasal istiwa a'zam ni kat saya pulak. seeloknya tanyalah orang yang alim (berpengetahuan), atau korang boleh pegi je terus wordpress abang ni ShahMuzir. dan tanya dia banyak-banyak soalan takpe. jangan saya. hihi. Oke sekian dari cikputri. Wallahu'alam.


7 comments:

  1. nice sharing...

    ReplyDelete
  2. oohhh.... wan baru tahu pasal ni :)

    ReplyDelete
  3. Wahh nice sharing sis Putri :D Fisha baru tahu arah ni thanks for the useful information ^^

    ReplyDelete
  4. @Ain Nafisha: hihi...welcome, c/p jee...

    ReplyDelete
  5. @Lee Wa Wan: sy pun baru tau jugak sbenarnyaa...hikhik

    ReplyDelete
  6. 안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih