Ikhlaskah Aku


Assalamualaikum dan salam bahagia kalian...
Sebentar tadi meluaskan pembacaan (macam rajin membaca je kan) di ruang laman sosial bernama Facebook menyuntik sedikit rasa di hati ni untuk berkomen-komen dan memberi pendapat, iaitu berkenaan dengan perkataan IKHLAS.

http://2.bp.blogspot.com/-NuQqlzO6Jkg/TVPtZcXSa9I/AAAAAAAAAOg/I5ZivSSliVc/s320/ikhlas+sifat+terpuji+copy.jpg 

Korang tahu ke ikhlas tu macam mana? ye laa, Lillahi ta'ala lah kan. tapi kalau kerana Allah korang tahu ke macam mana kerana Allah ta'ala tu? Mesti kerana Allah tu korang buat sebab itu adalah kewajipan. Allah suruh. Allah perintahkan macam tu.  Sebenarnya kalau hendak dirungkaikan iklas tu bagaimana, ikhlas tu bagaimana perasaanya, apa yang patut kita zahirkan pada diri dan sebagainya, tentu sukar untuk diterangkan.

Ikhlas ni sebenarnya milik Allah. Hanya Allah yang tahu kita ni ikhlas ke tak. hanya Allah yang boleh nilai korang ni ikhlas ke baca entri saya yang bajet alim ni dengan hati yang terbuka dan tak mengumpat. *hehe, provok je tu, jangan marah ye. Hanya Allah yang tahu apa yang kita zahirkan semata-mata kerana Allah tu adalah ikhlas ke tak.

So, yang jadi isu nye ni, selalu terperasan kawan-kawan bahkan diri ni yang selalu terlolos dalam menilai diri mengatakan yang kita ni ikhlas. contohnye, situasi si A beri si B hadiah sebab dapat markah tertinggi dalam suatu ujian. si A kata 'terima kasihlah bro, aku suka lah kat hadiah kasut jenama NIKE ni. (amboi melampau bg hadiah kasut, berjenama pulak tuh-contoh je). ko ikhlas bagi ke ni?'. si B pun kata 'aku ikhlaslah, kang aku hambik balik hadiah ni' (padahal kasut tu dah 2nd hand dah.baru pakai 2kali,tapi kasut kesayangan tuu). 

Haa, nampak tak. si B kata dia ikhlas. kalau korang kata diri korang ikhlas, jadi ikhlas lagi ke lepas tu. mesti korang rasa nak mengungkit balik ye tak? tu tak kesah lah, tapi actually nak kata diri ni ikhlas tu, kita serah pada Allah lah. diam dah lah, tak payah nak jawab sangat kalau member bff korang tu tanya sekali pun. hehe. Yang si A ni pulak, asal lah dia tanya soklan macam tu? nak kena hempuk ke hape? kalau orang dah bagi tu, tak payah lah tanya ikhlas ke tak. ya dok? cukuplah terima kasih, saya hargai amat-amat. nak peluk cium lepas tu pun boleh. tak adalah timbul rasa bersalah kat si B tu sebab bagi barang 2nd hand...hihi.

Ikhlas tu terletak pada Allah. Allah yang pegang hati kita. Allah lah bolak-balikkan hati kita. so, korang tak payah cakap dengan sesama manusia yang kita ni ikhlas. Cakap dalam hati 'ya Allah tetapkan hatiku untuk melakukan semua perkara keranaMu ya Allah'. dah, fullstop. :D

Haa, tu jelah nak share dengan korang hari ini. Wallu'alam. *hanya sekadar pendapat :)


4 comments:

  1. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete
  2. Suka dengan entri ni. Ikhlas tu Allah je yang tau :)
    #PrayForMH370

    ReplyDelete
  3. @sYiRa LoKMaN : rindu nak blogwalking jugak kat blo syira. tapi punggung cepat panas kalau line ni ciput jerkk...hihi

    ReplyDelete
  4. @Anis Adnan : ye anis,.. :D

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih