Ibu ! Maafkan Aku


Dalam keseronokan kita bergembira menjalani dan menikmati nikmat syurga sementara ini, jangan lupa seseorang yang paling berjasa dalam hidup kita. Dalam Islam, orang pertama yang perlu kita cintai adalah Allah swt, kemudian kekasih junjungan kita Muhammad saw, dan seterusnya ibu dan ayah kita.

Dikalangan kita ini sudah tentu ada yang tidak mempunyai salah seorang daripada mereka (ibu/ayah). Namun, jangan di lupa dalam suatu hadis Rasulullah saw bersabda,  
Jika anak Adam meninggal, maka amalannya terputus kecuali tiga perkara iaitu sedekah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh (HR Muslim). 
 Doa kita pada mereka jangan pernah putus!

Jalan yang kita lalui semakin sempit. Onak yang perlu dihadapi semakin merimbun. Ombak yang perlu diredahi semakin kuat. Tanpa restu kedua dari meraka, maka keberkatan dari Allah swt takkan pernah kita dapat.

Seorang rakan lama ada hantar suatu audio kat CikPutri (audio ni sy split jadi pendek sikit, tak dapat tunggu upload tu lama-lama). Ya Allah dengar sebak sangat! Walaupun dia cakap tu dalam loghat yg berbeza, CikPutri boleh faham.... Moga Allah tak kunci bibir dan hati kita pada hari kematian kita kelak. Amin !


3 comments:

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih