Tanggungjawab itu



Assalamualaikum blog reader. 

Menjelang febuari ini, semakin banyak perkara yang perlu kita tempuh demi untuk perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Tidak kira lah seorang pelajar, pekerja, ibu dan bapa. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan.


Sentuh mengenai tanggungjawab, minda saya terus berfikir tentang seorang rakan mualaf yang bekerja di sekolah tadika. Bilamana tahu dia adalah seorang mualaf, terdetik dihati ni nak bantu dia. Dia bukanlah seorang yang susah untuk mengamalkan ajaran islam. Pandai, dan boleh menerima apa sahaja teguran orang disekeliling dia. Tetapi, satu sahaja sikap yang saya kira kita semua perlu ambil iktibar adalah sikap memaki dan menghina orang lain. 

Semua orang tak suka sikap ini. Tetapi disebabkan persekitaran hidup dia sebelum dan selepas masuk islam adalah di dalam kalangan orang-orang yang suka mengeluarkan kata-kata kesat, dia sendiri sukar untuk mengubah dirinya. Bukan sahaja itu, malah hidupnya setelah bersama suami juga masih di dalam keadaan yang sama (suami juga suka memaki). 

Dalam Islam, adab berkata-kata dengan jiran, keluarga dan rakan sudah ditetapkan dalam syariat islam. Semua agama pun menitikberatkan hal ini. Setelah saya kemukakan perkara ini dengan salah seorang ustaz di tempat saya, dia membuat kesimpulan bahawa, sebenarnya, dia masih belum faham mengenai syariat islam itu sendiri. Saya kesal sangat bila terbaca apa yang dia post kan di laman facebook. Dia hidup dan tinggal serumah dengan suami, tapi memaki hina suaminya sendiri di laman sosial. Meletakkan gambar aksi yang kurang elok bersama suaminya juga juga diletak dalam tu.

Suami itu kan syurga bagi isteri bila dah sah berkahwin. Peribadi seorang isteri melambangkan sifat suami. Di mana lagi letak maruah suami kalau isteri hina dan maki suami kalau satu dunia tahu. Tidak sepatutnyalah perkara itu disebarkan. Biarlah antara kamu berdua sahaja. Islam mengatur adab dan cara-cara untuk bertutur, menegur, berkata dan segala-galanya. Nampak leceh, tetapi, hidup sebagai manusia kan perlu saling hormat-menghormati. Kalau sikap tidak baik di dedah sana sini, bagaimana lagi rasa hormat tu hendak wujud. aiyooo...

Tidak dinafikan sikap begitu tentu ada punca. Tetapi ! saya tekankan, sikap menghina suami sendiri tetapi dalam masa yang sama menayangkan gambar tidak senonoh antara suami dan isteri sudah melanggar batas dan adab kesucian dalam islam. Macam physho pun ada jugak, huhu. pelik, bergaduh tapi, letak gambar macam tu. Alaaahaiii, malu lah tengok gambar korang ber'kiss-kiss dalam gambar tu. kalau setakat pegang tangan, duduk rapat-rapat tu biasalah. Sedangkan orang perempuan yang sudah remaja atau baligh sudah tidak dibolehkan peluk ayah. haa, inikan pulak suami isteri yang sudah halal menunjukkan kepada khalayak kemesraan 'melampau' diorang tuh. ehh...,ada kaitankah? huhu. Ini nak cerita yang Islam tu ada ADAB dalam pergaulan. 

Cerita pasal tanggungjawab, sudah beberapa kali jugak tegur dia. Tapi masih juga macam tu. Tegur dengan cara yang paling berhemah lagi tau. Konon-kononnya minta rakan pekerja lain berlakon mempunyai situasi sama dengan mualaf ni, Guru Besar tegur lah, bagitau macam-macam. Tak elok macam gitu, macam gini. Siapapun suami kena hormat. huhu. kitorang yang dengar tunduk je. mengharap agar dia terasa pedasnya cili tu. Sedih, dia masih macam tuuuuu....

Moga Allah bukakan hatinya, permudahkan urusan hidupnya, diberi kekuatan hidup dan seterusnya dipertemukan seseorang yang benar-benar boleh membantu dia untuk mengamalkan syariat islam dengan betul. Begitu juga saya, rakan-rakan saya dan keluarga saya. Amin.


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih