Saya Jadik Mak Long


Assalamualaikum wbt.

Allah...,macam lama dah tak update status kan. kuikuikui....
Hari ini kesempatan untuk berlama-lama depan komputer akhirnya dapat. Dah seminggu abang-abang sepupu duk lepak rumah sebab nak tolong ayah pasang pagar rumah dengan buat tandas baru kat luar rumah. eh, ape pulak kaitan nya??? haha. Tak, diorang ni rupanya lagi kuat duduk depan komputer. Aduihh, kalah saya ni. (tapi saya duduk depan komputer sebab layan movie korea,hehe). Hm, dah anak-anak dia semua perempuan, yang lelaki pulak sekolah. memang tak dapat nak bantu lah. ape boleh buat kan. hihi...

Okey, berbalik kepada tajuk di atas. Siapa maklong ni??? haha. saya lah. yeayyy!!! katakan tahniah pada saya...hahaha. Pagi tadi pada jam11 bertarikh hari ini iaitu 19 Feb 2014, adik dah kena tahan hospital. Bila nurse check, dah 4cm buka. haa, maknanya ada lebih kurang 8jam lagi lah nak tunggu buka sepenuhnya. Anak pertamakan. dan sebab itu lah saya jadi mak long ni.huhu.

Tapi, still dalam benak fikiranku (amboi bahasa), ada tak gelaran lain untuk mak sedara ni? nampak macam tua sangat. hihi. Apa pun, hope adik diberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya. Hope jugak semuanya selamat.

Mesti ada yang duk hairan kenapa adik dah nak bersalin? Cik Putri ni pulak dah kawin ke belom ? aduihhh, kalau nak tahu, meh singgah entri ni jap oke, barulah anda semua tahu sebab nye. KLIK SINI .

Kbai. itu je. Wassalam. :D


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih