Risteena tak pernah bercinta ?


http://4.bp.blogspot.com/-6aW8bB6AQk8/UnwSN9gCgJI/AAAAAAAAzDo/gUPyTDsip_I/s1600/Risteena%2BMunim%2B17.jpg

Masih ingatkah anda dengan pelokan paling comel dan dikatakan paling seksi serta pernah melakonkan watak dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku ? Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, yang menggunakan nama seninya sebagai Nur Risteena itu juga merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik sekarang ini. 

Drama yang sedang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat bertajuk 'Menjinak Ombak' merupakan antara lakonannya yang paling saya minati. Risteena kelihatan amat comel semasa melakonkan wataknya sebagai gadis kampung. Daripada situ anda akan lihat Risteena tidak mencalit sebarang mekap, terutama sekali dalam scene dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau tidak berpenghuni.

Dalam drama Playboy Itu Suami Aku, Risteena dilemparkan dengan pelbagai reaksi negatif, namun Risteena menganggapnya sebagai perkara yang memotivasikan dirinya.

Keayuan Risteena tambah menyerlah apabila dia menyarungkan hijab di kepala. Berkaitan dengan Risteena tidak pernah bercinta, kita tunggu Melodi Ahad nanti. hihi.
http://4.bp.blogspot.com/-GY3FFyXdUwo/UpmoQWWMoDI/AAAAAAAAZd0/Rg_JFWOUORU/s400/11074560535_44f8eb8038_o.jpg 


2 comments:

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih