Tengku Adam Kamil 'Pelat'


Keith Foo yang melakonkan watak Tengku Adam Kamil dalam drama bersiri Ariana Rose yang baru sahaja tamat ditayangkan pada minggu lalu adalah seorang yang pelat? Benarkah kenyataan ini?

Pelat adalah merupakan suatu gangguan dalam menyebut atau melafazkan suatu huruf. Dalam istilah sains, ia lebih dikenali dengan nama 'Frenulum Linguae'. Ramai yang beranggapan pelat adalah disebabkan lidah pendek atau tebal. Sebenarnya ia bukanlah disebabkan lidah itu pendek atau tebal, tetapi ia di sebabkan oleh suatu tisu yang berada di bawah lidah. Frenulum Linguae boleh dilihat apabila menggerakkan lidah ke atas seperti dalam gambar di bawah.

http://medicine.academic.ru/pictures/medicine/636.jpg 

Perbezaan panjang dan pendek tisu tersebut menyebabkan lidah seseorang sukar menyebut huruf berkenaan. Rawatan bagi masalah pelat ini mudah sahaja. Iaitu dengan mengikuti terapi pertuturan yang merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu. Sebenarnya, kita sendiri boleh merawat masalah ini. Dengan menggunakan teknik yang betul serta usaha sahaja, insyaAllah masalah ini akan selesai. XD

Berkenaan Keith Foo seorang yang pelat tu, hanyalah sekadar gimik (hihi, jangan marah ye). So, kalau nak tahu korang ada masalah ini, pergi tengok cermin then lihat jika tisu bawah lidah itu pendek atau panjang. Lagi nak info yang lebih penuh, korang bolehlah search kat internet. Sekian.


Pengiring or Pengapit ?

Assalamualaikum wbt dan selamat berblogwalking semua.

Wahh, hari yang agak bosan,  tak tahu nak buat apa. Hari cuti, hari minggu, hari ahad, hari tidur sedunia, dan hari apa sahaja yang seumpama dengan Hari Ahad nih. Bagi saya bosan sebab saya ni antara berjuta manusia yang menganggur kat dunia nih. hehe. sebab tu hari orang bercuti hari yang paling membosankan. ianya realiti, hanya pada orang yang menganggur je duk buat taik mata kat rumah.

Baik, hari ini masih tak ada cerita menarik yang hendak kongsikan. ~haha. Cuma nak cerita pasal gambar nih! jeng. jeng,jeng...Hari Perkahwinan Kak Farah (23 Nov 2013) merangkap kazen yang kira jauh jugak lah, tapi rapat. Dekat majlis ni, cik putri jadik pengiring dia. bahasa mudah nye pengapit, tapi bukan pengapit pon. pengiring je. :P

Haa, nilah die pengantin bersama saya berbaju biru tu.


this picture captured by my nokia expressmusic. tak sempat edit, hihi.

tak suka tengok mekap kat kening tuhhh. tapi nak tayang jugak. haha.




Asal je buat entri tak sah takda muka saya kan. haha. apa boleh buatlah, nak jugak letak gambar saya yang tak berapa nak cantik ni. nak jugak, nak jugak, nak jugak...hihi

Tak tahu dah nak citer apa lagi kat hampa semua. mata dok pusing dah ni. k bai.

p/s : Cik Putri ni nak tanya, macam mana cara nak kecikkan 'babat' yang paling cepat? 'babat' makin besarlahhh. ~HAHA

Saya Jadik Mak Long


Assalamualaikum wbt.

Allah...,macam lama dah tak update status kan. kuikuikui....
Hari ini kesempatan untuk berlama-lama depan komputer akhirnya dapat. Dah seminggu abang-abang sepupu duk lepak rumah sebab nak tolong ayah pasang pagar rumah dengan buat tandas baru kat luar rumah. eh, ape pulak kaitan nya??? haha. Tak, diorang ni rupanya lagi kuat duduk depan komputer. Aduihh, kalah saya ni. (tapi saya duduk depan komputer sebab layan movie korea,hehe). Hm, dah anak-anak dia semua perempuan, yang lelaki pulak sekolah. memang tak dapat nak bantu lah. ape boleh buat kan. hihi...

Okey, berbalik kepada tajuk di atas. Siapa maklong ni??? haha. saya lah. yeayyy!!! katakan tahniah pada saya...hahaha. Pagi tadi pada jam11 bertarikh hari ini iaitu 19 Feb 2014, adik dah kena tahan hospital. Bila nurse check, dah 4cm buka. haa, maknanya ada lebih kurang 8jam lagi lah nak tunggu buka sepenuhnya. Anak pertamakan. dan sebab itu lah saya jadi mak long ni.huhu.

Tapi, still dalam benak fikiranku (amboi bahasa), ada tak gelaran lain untuk mak sedara ni? nampak macam tua sangat. hihi. Apa pun, hope adik diberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya. Hope jugak semuanya selamat.

Mesti ada yang duk hairan kenapa adik dah nak bersalin? Cik Putri ni pulak dah kawin ke belom ? aduihhh, kalau nak tahu, meh singgah entri ni jap oke, barulah anda semua tahu sebab nye. KLIK SINI .

Kbai. itu je. Wassalam. :D


Hari Terakhir Aku Dengan Dia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entry hari ini i'm a bit lazy to menaip. hehe. Boleh ke macam tu? hari ni korang tengok-tengok gambar jelah ye. Boleh?

Okeh. Gambar yang saya nak share ni adalah gambar saya dengan sahabat saya yang paling saya sayang. Ingat lagi? nama dia Nur Faeiza Zainuddin. Sengaja buat entry gambar saya dengan dia sebab gambar masa ni adalah hari terakhir bersama-sama dengan dia. Miss Nur Faeiza so much!

Actually, lagi banyak gambar saya syok sendiri daripada gambar dia. sori laa, bila dah jumpa henpon canggih, mulalah tangan ni gatai snap macam-macam gaya. haha. 








Haha. see.., lagi banyak gambar syok sendiri saya kan. hihihi. k, bai.


Meaningful Birthday Giveaway By Yaya


Jom ramai-ramai kita meriahkan GA ni.


http://misteriomuchacha.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html 
KLIK BANNER ATAS UNTUK JOIN !

Saya Berjaya


Hai semua.
 Lenguh nya badan. 
Pabila seorang manusia yang tak reti edit
blog berjaya buat navigatian bar or lebih best dengar menu tab,
adalah suatu kejayaan besar bagi dia. Uwarghh!!!

Barulah puas hati. Semalam try edit tapi line
agak kurang baik menyebabkan keinginan untuk 
berlama-lama depan komputer terbantut !

Inilah hasil kerja ku......


Hasil kerja ku hanyalah menu tab tu jeee...hihi
Cantik kan...hahaha.

Untuk edit blog termasuk background, sidebar dan header tu
kita berikan big applause kepada kak Jia
kerana dialah yang editkan blog untuk saya.
Kalau korang nak tempah edit blog, silakanlah klik nama
dia atas tadi tu ye.
k bai.

Encik Mimpi Rapper


Assalamualaikum semua.

Hari ini nak share satu video dari Encik Mimpi
Lelaki misteri yang dok hangat kat Malaysia sekarang ni.

Tak boleh lawan lagi lah lagu yang dia nyanyi Rindukanlah tu.
 But, yang ini sebab dia nyanyi lagu Maher Zain - Number One
versi melayu, selit pulak rap, nampak macam lucu dan comel. haha.

Selamat Menonton

 
 
credit to : Encik Mimpi


Tanggungjawab itu



Assalamualaikum blog reader. 

Menjelang febuari ini, semakin banyak perkara yang perlu kita tempuh demi untuk perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Tidak kira lah seorang pelajar, pekerja, ibu dan bapa. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan.


Sentuh mengenai tanggungjawab, minda saya terus berfikir tentang seorang rakan mualaf yang bekerja di sekolah tadika. Bilamana tahu dia adalah seorang mualaf, terdetik dihati ni nak bantu dia. Dia bukanlah seorang yang susah untuk mengamalkan ajaran islam. Pandai, dan boleh menerima apa sahaja teguran orang disekeliling dia. Tetapi, satu sahaja sikap yang saya kira kita semua perlu ambil iktibar adalah sikap memaki dan menghina orang lain. 

Semua orang tak suka sikap ini. Tetapi disebabkan persekitaran hidup dia sebelum dan selepas masuk islam adalah di dalam kalangan orang-orang yang suka mengeluarkan kata-kata kesat, dia sendiri sukar untuk mengubah dirinya. Bukan sahaja itu, malah hidupnya setelah bersama suami juga masih di dalam keadaan yang sama (suami juga suka memaki). 

Dalam Islam, adab berkata-kata dengan jiran, keluarga dan rakan sudah ditetapkan dalam syariat islam. Semua agama pun menitikberatkan hal ini. Setelah saya kemukakan perkara ini dengan salah seorang ustaz di tempat saya, dia membuat kesimpulan bahawa, sebenarnya, dia masih belum faham mengenai syariat islam itu sendiri. Saya kesal sangat bila terbaca apa yang dia post kan di laman facebook. Dia hidup dan tinggal serumah dengan suami, tapi memaki hina suaminya sendiri di laman sosial. Meletakkan gambar aksi yang kurang elok bersama suaminya juga juga diletak dalam tu.

Suami itu kan syurga bagi isteri bila dah sah berkahwin. Peribadi seorang isteri melambangkan sifat suami. Di mana lagi letak maruah suami kalau isteri hina dan maki suami kalau satu dunia tahu. Tidak sepatutnyalah perkara itu disebarkan. Biarlah antara kamu berdua sahaja. Islam mengatur adab dan cara-cara untuk bertutur, menegur, berkata dan segala-galanya. Nampak leceh, tetapi, hidup sebagai manusia kan perlu saling hormat-menghormati. Kalau sikap tidak baik di dedah sana sini, bagaimana lagi rasa hormat tu hendak wujud. aiyooo...

Tidak dinafikan sikap begitu tentu ada punca. Tetapi ! saya tekankan, sikap menghina suami sendiri tetapi dalam masa yang sama menayangkan gambar tidak senonoh antara suami dan isteri sudah melanggar batas dan adab kesucian dalam islam. Macam physho pun ada jugak, huhu. pelik, bergaduh tapi, letak gambar macam tu. Alaaahaiii, malu lah tengok gambar korang ber'kiss-kiss dalam gambar tu. kalau setakat pegang tangan, duduk rapat-rapat tu biasalah. Sedangkan orang perempuan yang sudah remaja atau baligh sudah tidak dibolehkan peluk ayah. haa, inikan pulak suami isteri yang sudah halal menunjukkan kepada khalayak kemesraan 'melampau' diorang tuh. ehh...,ada kaitankah? huhu. Ini nak cerita yang Islam tu ada ADAB dalam pergaulan. 

Cerita pasal tanggungjawab, sudah beberapa kali jugak tegur dia. Tapi masih juga macam tu. Tegur dengan cara yang paling berhemah lagi tau. Konon-kononnya minta rakan pekerja lain berlakon mempunyai situasi sama dengan mualaf ni, Guru Besar tegur lah, bagitau macam-macam. Tak elok macam gitu, macam gini. Siapapun suami kena hormat. huhu. kitorang yang dengar tunduk je. mengharap agar dia terasa pedasnya cili tu. Sedih, dia masih macam tuuuuu....

Moga Allah bukakan hatinya, permudahkan urusan hidupnya, diberi kekuatan hidup dan seterusnya dipertemukan seseorang yang benar-benar boleh membantu dia untuk mengamalkan syariat islam dengan betul. Begitu juga saya, rakan-rakan saya dan keluarga saya. Amin.


Fantastic Giveaway By Syaz



Fantastic Giveaway By Syaza
Due date : 22 Mac 2014

Banyak Hadiah Menarik Menanti Anda !

Top Refferal (1 pemenang)

1 Blouse
1 Novel "Gadis Berniqab"
1 Shawl from Madinah
1 set produk kecantikan bernilai RM 40
1 helai shawl ( 2 ton )
1 Army T-shirt Nerd
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5

Top Refferal Kpopper ( 1 pemenang )

1 Peplum Blouse
1 set Exo December Fridge Magnet
1 Baju Infinite + 1 random button Exo
1 EXO Lay The Celebrity Poster
1 EXO Kai The Celebrity Poster
1 Army T-shirt Nerd
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5

Random

Skirt x 2
T-shirt Running Man x 1
Smurf Shoes Hp Plug x 1
Bantal berharga RM 50 x 1
Tudung bawal x 1
Tudung Bawal Plain x 1
Glitter Shawl x 1
1 Cathy Doll + 1 Compact Powder
Heartshape Stick x 1
Mustache Stick x 2
Cute Keychain x 2
Keychan Bear x 2
1 Hairclip + 1 Brooch x 2
4 bookmark + 2 brooch x 2
Topup RM 5 x 1
Topup RM 10 x 1
Baucer diskaun 10% x 5
Baucer diskaun RM 3 x 5
Transparent Header x 2
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5 x 1



*************************************************************

Review Khas Elvee Exclusive Closet

Elvee Exclusive Closet menjual pelbagai jenis pakaian yang sangat cantik dan membuatkan anda sentiasa 
tampak bergaya . Harga pakaian yang dijual semuanya amat berpatutan . Antara salah satu koleksi 
Elvee Exclusive Closet ialah Princess Maxi Dress . Ala-ala princess gitu :)

Photo

Berminat ? Lekas hubungi Elvee Exclusive Closet di Facebook .

*************************************************************

Butiran Diri Saya

Nama Fb : Ayuni Sara(https://www.facebook.com/ayuniSARA) 
Nama Twitter : @AyuniSARA_(https://twitter.com/AyuniSARA_)
Nama Instagram : -

Syarat Longgar :

Link share gambar ElveeCraft : 
Link Join Giveaway Luhan Wife :
Username WhoAA : 

Kalau korang tak buat syarat longgar tu pun takpe :)


Risteena tak pernah bercinta ?


http://4.bp.blogspot.com/-6aW8bB6AQk8/UnwSN9gCgJI/AAAAAAAAzDo/gUPyTDsip_I/s1600/Risteena%2BMunim%2B17.jpg

Masih ingatkah anda dengan pelokan paling comel dan dikatakan paling seksi serta pernah melakonkan watak dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku ? Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, yang menggunakan nama seninya sebagai Nur Risteena itu juga merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik sekarang ini. 

Drama yang sedang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat bertajuk 'Menjinak Ombak' merupakan antara lakonannya yang paling saya minati. Risteena kelihatan amat comel semasa melakonkan wataknya sebagai gadis kampung. Daripada situ anda akan lihat Risteena tidak mencalit sebarang mekap, terutama sekali dalam scene dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau tidak berpenghuni.

Dalam drama Playboy Itu Suami Aku, Risteena dilemparkan dengan pelbagai reaksi negatif, namun Risteena menganggapnya sebagai perkara yang memotivasikan dirinya.

Keayuan Risteena tambah menyerlah apabila dia menyarungkan hijab di kepala. Berkaitan dengan Risteena tidak pernah bercinta, kita tunggu Melodi Ahad nanti. hihi.
http://4.bp.blogspot.com/-GY3FFyXdUwo/UpmoQWWMoDI/AAAAAAAAZd0/Rg_JFWOUORU/s400/11074560535_44f8eb8038_o.jpg 


Labuan Lengang Semasa Cuti


Yeahh... Tajuk yang diberi agak pelik. Tapi memang betul, di pusat bandar memang tak banyak kereta yang anda akan temui. Seperti tidak ada manusia yang tinggal di sini. Ke sebab holiday semua orang di labuan bercuti di negeri lain. Wallahualam.

Jom kita bercerita mengenai kisah percutian saya di Wilayah Persekutuan Labuan. Teruskan roll-down anda sambil nikmati gambar-gambar ini. Moga dapat memberi kenangan indah pada diri saya serta informasi baru kepada anda yang belum pernah ke Labuan.

Pembelian Tiket Bas ke Pelabuhan Menumbok



Pelabuhan Menumbok menuju ke pelabuhan Labuan

Naik Feri kereta. Sebab lambat, tak dapat kerusi untuk penumpang. Hampir 2jam berdiri saja.

Suasana pelabuhan Labuan.


Pelantar Minyak Petroleum & Gas Labuan


Keadaan Feri menghampiri pelabuhan Labuan



Ruangan Burung-burung jinak



Tempat ni biasa di gelar UK -Ujana Kewangan. Nak pergi UK, datang je Labuan

Tempat ni korang wajib pergi tau. Kat sini Ladang Coklat paling murah !!!


Ni je saya mampu beli. :P


Padang Labuan
 







Suasana bilik semasa tazkirah guru-guru
















Akhirnya sampai semula di Pelabuhan Kota Kinabalu



p/s: ada tips tak bagaimana nak upload gambar yang tak sekat2. urgghhh~