Kronologi Nama Yayang


Assalamualaikum dan selamat hari ahad.
Rasanya ini entri pertama saya bagi tahun 2014. Ya, memang yang pertama pun, kalau tengok dekat 'post list', entri ni yang ketiga sebab yang pertama dan kedua tu entri GA/Segmen. Sila tengok sekarang mana tahu kau orang nak join ke hape...:P :P :P

Kronologi Nama Yayang... 
Baiklah. Siapakah manusia yang bernama "Yayang" ini? macam comel jer, macam cute jer nama. Apakah orangnye juga secomel dan se'cute nama "Yayang". Jika anda ingin tahu, silalah teruskan pembacaan anda.... =_=

Pada tahun 1992, bulan April bersamaan 26haribulan, yang jatuh pada hari Ahad, lahirlah seorang bayi perempuan yang dikatakan amat comel dan kiut serta kecik macam anak tikus...betul-betul kecik, comel je, muehehehe... Ini disahkan sendiri oleh ibunya. Maka, bayi itu telah diberi gelaran 'Yayang' oleh kerana dia merupakan anak pertamanya.

Inilah manusia itu kalau kau orang nak tahu...

Ketika umurnya 3tahun. yayang yang telah mempunyai adik pada ketika itu telah diikat jambul rambutnya oleh pengasuhnya yang juga comel macam dia...^_^ Comel kan. haa...kan betul saya cakap... :P

Haa, yang ni Yayang jugak ni. gambar ini dijumpai telah digunting dan disimpan dalam dompetnya. Pada ketika ini umurnya nak masuk 4tahun

Eeii,,macam anak cina!!! haha...dah masuk 6 tahun dah yayang masa nih.

Tetapi, semasa umur 3tahun, nama Yayang sudah jarang digunakan sejak ibunya mengambil seorang pengasuh untuk menjaga Yayang dan adik beradiknya. Pengasuh memanggilnya dengan nama sebenar Yayang iaitu 'Ayuni'. Gelaran Yayang di ganti dengan nama sebenarnya iaitu Ayuni. Sejak itu, nama Yayang sudah tidak digunakan lagi. Ayuni kini sudah besar dan dewasa. Inilah wajah Ayuni ketika umurnya 17tahun.... ^_^

Ayuni bertudung coklat ye....
Maaflah kualiti gambar yang tidak memuaskan ye. Semua gambar di atas di snap semula.
Nama sebenar Ayuni atau Yayang (yang pada suatu ketika dahulu laa) ialah Zafirah Ayuni. Haa...sayalah tu. Sayalah yang comel pada waktu kecik tu, yang dipanggil 'Yayang' tu...Alaa cute nyeerrr....muehehehehe. Gambar 'Tuan Punya Blog' tu kira yang terbaru lah tu, 2013.

Haih, Yayang rupanya namaku nih. yang dulu la. kalau nama tu masih di guna sekarang, eeiii, tidak-tidaklah. panggillah ayuni,ayu,dan putri pun boleh jugaklah, walaupun bukan putri kan...~Lalalalaa...

Ingatkan retis manalah kononnya Yayang ni? hairan boleh guna nickname ni. hikhikhik. Rupanya sayalah orang nya tuuu....*stress gediks. Gagagaga...

Okey. Sekian untuk kronologi yang tak terkronologi pun.
Maaflah di atas ayat-ayat yang dipenuhi ke'gediks'an dan ke'mengada2'an tu yee. Bai.


4 comments:

  1. Zafirah Ayuni.Sedapnye nama tu :) yayang kira nama mnjalah.Nt cik abg plk pggl yayang huhu

    ReplyDelete
  2. wah cantik nama Zafirah Ayuni tu, yayang pun style tau hehe

    ReplyDelete
  3. cute nya nama panggilan masa kecik ?haha..tak sangka yayang tu pemilik blog nih :l

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih