Giveaway Blogger SS

http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-ss.html              
KLIK BANNER UNTUK JOIN.


Ciri-ciri yang patut ada untuk menjadi blogger yang berkualiti ;-

Bismillah.., sebagai memenuhi syarat GA, di sini saya akan kongsi sedikit input tentang ciri-ciri blogger yang berkualiti, yang pada pendapat saya lah...:)

Blogger yang berkualiti adalah blogger yang boleh memberi idea yang bermakna serta memenuhi kriteria setiap peringkat umur pembaca. tak kiralah entri yang di post tu panjang ke, pendek ke. Tapi, boleh dibaca dan difahami oleh setiap peringkat umur. yelah, blog ni kan salah satu medium untuk kita berkongsi pendapat dengan semua orang. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud : "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban). Maksudnye, apa sahaja ilmu yang boleh membahagiakan, membantu dan membawa kebaikan pada orang lain, sampaikanlah. biarpun ayat sekerat cuma.

Pada saya seorang blogger yang berkualiti tidak semestinya mempunyai design blog yang cantik, ada widget gempak dan macam-macam yang diletak sampai berat jadinye, tapi biarlah sederhana dan kemas.

Tak semestinya entri blogger yang berkualiti ni kena buat entri yang best-best dan tak bosan. Setiap orang berlainan citarasa bukan, korang letak lah entri apapun yang penting jaga adab kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat dan ada nilai-nilai murni.

Lastly, nak jadi blogger yang berkualiti, gunakanlah ayat yang sempurna dan mudah difahami. 'No ayat Rojak'. Takkanlah singkatan yang biasa digunakan dalam handphone pun masuk dalam ni kan. huhu...(saya pun pernah buat jugak)...

Okay, that's all untuk penerangan serba ringkas (dan sedikit) dari saya. Di atas ini adalah ciri-ciri ke'kualiti'an yang saya 'nak' terapkan dalam blog saya. Belum ada lagi ciri-ciri ni pada saya walaupun dah lama jadi blogger, since 2011, huhu...tapi InsyaAllah, saya akan ke arah itu juga.
 
Sekian dari blogger yang masih belajar dari kesilapan. Jom support ramai-ramai GA by SS ni. Jom! Jom!


3 comments:

  1. Nice entry Ayuni,terima kasih sudi join :) giveaway bloggers ss

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya dari segmen yang sama :) http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-ss.html

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih