Destinasi Menarik di Sabah : Part 2


Destinasi menarik di Sabah yang wajib anda lawati selain daripada Rumah Terbalik dan Tanjung Simpang Mengayau yang saya sudah paparkan pada entri sebelum ini di SINI , jom kita lihat pula beberapa tempat lain yang menarik ;-


  • Desa Cattle Farm, Kundasang







Dengan kadar RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, anda boleh lawati tempat ini. Desa Cattle Farm ni ibarat New Zealand Malaysia. Rugi sekiranya anda tak tengok sendiri lembu-lembu dari jenis Frisiens yang berkeliaran di padang ragut seluas 199 hektar. Bukan semua tempat ada lembu ni tau. Selain anda dapat tengok keindahan yang seakan-akan di New Zealand, anda juga boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelas di sini.

  • Kundasang War Memorial Park








Kundasang War Memorial Park adalah salah satu kesan tinggalan sejarah di mana pada suatu ketika dahulu merupakan tempat tahanan askar-askar British dan Australia. Dan sebagai memperingati mereka, bangunan ini dikekalkan. Sebab tu banyak bendera Negara diorang. Semasa pergi pada tahun 2010 tiket masuk hanya RM1. Sekarang dah naik RM2. Dah banyak yang berubah. Nak tahu apa yang berubah, jom pergi sana dulu. :)

Sepanjang perjalanan ke Kundasang ini, anda tak akan bosan dengan keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang. Contohnya anda dapat lihat pemandangan ini ;-


http://www.ulelong.com/sabah/hotel/Photos/admin@2738kpr01.jpg 

http://2.bp.blogspot.com/_mJ_MFJyM9Bg/TKGVj21LUAI/AAAAAAAAA9U/UGrbM6zn5Rc/s1600/P1050207.JPG

Tak kurang juga gerai-gerai menjual bunga segar, kraftangan, sayur dan buahan segar, makanan ringan buatan sendiri dan pelbagai lagi hasil tangan orang-orang kampung di sana.


http://www.cuti-cutimalaysiasabah.com/wp-content/uploads/2012/07/Pekan-Nabalu2.jpg

http://pengembara.com/wp-content/uploads/2011/10/Kundasang-Fruit-Stall-01a1.jpg 

http://pengembara.com/wp-content/uploads/2011/10/Kundasang-Flower-Stall-03a.jpg

Anda tak akan jumpa tempat-tempat ini kalau duduk dalam kereta je. hihi, maksud saya tengok dari dalam kereta.. Ambillah masa dan peluang untuk jelajah. Memang tempat ni tepi jalan je, tapi kena masuk tau...tidak ada yuran tiket. free of charge!

Sekian, dari saya yang masih selesema....sedut berkali-kali dah tapi nak jugak dia keluar. pedih dah hidung ni asyik mengelap...bai~! credit to : Encik Mus & Tapak Kaki

7 comments:

  1. Wahhh seronoknye tgk pic2 yg cantik2 ni.Bila lah berpeluang ke sabah gaknye :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya ada seorang kawan rapat yang saya panggil Puteri Ayu jugak :)

    Sabah ni insyaallah tahun ni aku jejakkan kaki jugak akhirnya.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan kat new zealand tadi... sekali sabah daa

    ReplyDelete
  4. cantiknya..huhu teringin nak jejak kaki di sana..insyaallah kalau ada rezeki t weehuu

    ReplyDelete
  5. wahhhh tadi mula ingat cm kat new zealand je hehe

    ReplyDelete
  6. @Mama Darwiish heheh. meh lah ramai-ramai datang sini

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih