Segmen Hidup Aku Indah


Assalamualaikum dan diharapkan agar selamatlah semuanya bagi yang membaca entri 'Segmen Hidup Aku Indah' oleh rakan blogger baru kita Farah Effa. Trip macam kena bom jak kalau baca entri ni kan *cisss!!! Jom terjah blog dia dan tembak habis-habisan blog dia dengan tekan banner di bawah ;


Tamat 31 Disember 2013

Hidup Aku Indah...

Nama saya Lan Todak, orang panggil saya Putri Ayu (Juvana versi ayu2 gitu). gagaga.Saya seorang bekas pelatih Pembantu Perubatan di sekolah juvana (IPTS) di salah sebuah kolej di bla, bla, bla...(tak penting pun) dan sudah lama terceruk kat rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan sebagai Pembantu Perubatan. Di ulang 'Pembantu Perubatan'. Saya kasi ulang sebab 3tahun ambil diploma tu, still belum dapat kerja. heheh. Jadilah saya penganggur paling setia di rumah.

Aippp...belum habis lagi. Jadi penganggur pun hidup bahagia dan teramatlah indah tau untuk pengetahuan kau orang. dapat buat entri banyak2, boleh pergi merewang sana sini di blog2 lain, boleh try2 edit blog supaya jadi kemas  or jadi hutan, dan yang paling penting boleh tidur sepuas-puasnya. gagaga. Oleh kerana itulah berat saya yang pada asalnya 47kg mendadak naik macam roket baru berlepas jadi 52kg. muehehehee. seronok tak??? seronok lah dah makan puas kau nak turunkan balik berat tu punya main payah, ambik kau!!!

Selain kumpul tahi mata, saya juga menjadi seorang babysitter. Antara budak yang selalu mak bapak dia lambat ambil haa ni lah...

Muka gue wajib ada tuhh...muehehehe. Nampak kurus lah konon...

Pagi-pagi saya jadi babysitter lah, tapi itu kadang-kadang lah. kalau rasa nak layan mata, tidur. kalau nak pegi kacau budak-budak comel yang tengah tidur tu saya turun bawah. Oh ye, lupa pulak nak bagitahu, Taska/Nurseri ni ummi saya punya. bawah rumah je. lepas tu, tiap petang setiap isnin dan selasa bermula jam 2 saya akan jadi Ustazah pilihan. hihihi. Alaa, ajar tulisan jawi dan mengaji Al-Qur'an. itu saje. Bukan macam ustazah yang betul-betul tu. 


Bahagia kan hidup saya. Tak payah nak indah sangat setakat ada boypren tu. ngeh.ngeh,ngeh. Jangan terasa ye yang ada boypren special tu. *ciss mulut, tampaq kang hang jangan tanya pasai pa.

Indahnya hidup kalau kita betul-betul nikmati apa yang ada di depan kita. Jangan pernah kufuri apa yang kita dapat. Tetapi bersyukurlah dan gunakanlah masa yang ada itu untuk berusaha sehabis-habisnya.

Sekian kisah indah dari saya. (maybe lagi Indah kalau dah dapat kerja kan)

Kepada anda semua, supportlah segmen Farah Effa ini dan joinlah. Anda tidak rugi kerana hadiah pun best dan syarat yang mudah.


Hana Sakura Giveaway


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Selamat pagi, dan salam 1Malaysia ! Amboi, macam nak bagi tazkirah pagi pulak. Okeh, tadi lepas je solat subuh terus mengadap komputer. haa, ape lagi, blogwalking lah. 1st singgah blog adik dulu (Syuda Zamirah) pahtu nampak pula giveaway kalau rezeki dapat dress macam bawah ni ;


Cantik kan3x ??? giler kau tak cantik, haha. Ada banyak lagi selain nih, kalau rezki dapatlah salah satunye. Kalau nak tahu, mudah sangat syaratnya, hanya follow blog dia Hana Sakura . Tamat 31 Disember 2013. Cepat Klik !!!

Baiklah, sekian makluman pagi. 


Hai 2014


Hai semua.
kau orang semua buat apa cuti ni? 
lagi beberapa hari sekolah nak mula balik dah.
mesti kau orang dah busy cari baju baru, beg baru, kasut baru bagai kan.
Saya yang duk tanam anggur kat rumah ni
tolong umi buat persiapan untuk sekolah tadika dan taska
yang bakal dibuka tak lama lagi, sekali mula dengan sekolah
kau orang lah. bagi yang pergi sekolah lah kan.

Haa.., ni nak tanya nih, kau orang kalau log in je blog
kau orang, perkara pertama yang kau orang buat apa ?

  • buat entri baru
  • lepak blog lain
  • tengok bil.pageview blog
  • juz blogwalking
  • atau apa-apa jak lah
 Kalau saya lah kan, mula-mula blogwalking dulu.
tapi kalau idea tengah panas taip entri baru dulu.
Kalau laaahh kan....
 Tengok bilangan pageview tu takda lah. tahu dah tak ramai 
yang dok singgah entri-entri saya nih. kuikuikui.
rendah diri lah konon.

Tapi satu benda ni nak kongsi lah.
kalau saya ni dah blogwalking kan, saya tak check dah 
blog tu saya dah follow ke belom. bila dah follow dengan
sukacita dan bangga nya pi dok taip kat cbox dia yang
comel amat tu siap bagi pesan 'mind you follow me back' tak pun 
'follow balik ye'. padahal owner blog tu dah follow 
kite lama dah. eeeii, malu nya saya nih. haha.
Ambik kau. tu laa, apa gunanya senarai follower tu
kalau kita tak guna kan. Ni muka nih dah dua kali kena dah. 
owner tu siap pesan balik kat cbox kita yang dia dah follow lama dah.
hehe. Oke, itu sahaja. bai.

p/s : kepada yang saya minta follow balik padahal kau orang dah
follow lama dah, saya minta ampun yee. hihihi

Jagalah Kata-kata


Assalamualaikum. salam sejahtera hampa semua. sihat dak? yang tak sihat tu jangan malas-malas, dan jangan layan sakit tu, nanti lagi lambat sembuh. Bak kata ahli psikologi, bermula dari our mind. hihi.

Okeh, nak tanya dengan jujur, siapa yang selalu ucap perkataan "Shodaqollohul 'Azim". atau lebih jelas ayat pada gambar bawah ni ;

صدق الله العظيم

Pasti ramai yang selalu ucap betulkan ? Yelah, biasanya ucapan ini di sebut seusai sahaja kita membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Tetapi, yang luar biasanya, tanpa kita sedar ada juga dikalangan kita yang menyebut perkataan ini selepas dia bercakap. Bukan selepas dia membaca ayat Al-Qur'an tetapi selesai menghabiskan kata-katanya sebagai contoh dalam syarahan bahkan dalam perbualan biasa. 

Tahukah anda semua maksud ayat "Shodaqollohul 'Azim" ini? Maksudnya adalah Maka benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung. Haa, kita ni bukan Allah yang menyampaikan kata-kata yang Agung tu. Astaghfirullah. 

Sebenarnya, saya pun baru tahu pasal benda ni. Pernah hari tu saya ucap ayat ni lepas cakap dengan adik-adik, terus umi tegah dan bagitahu maksud ayat tersebut. Ya Allah, baru sedar saya telah mempermainkan ayat ini. Saya buat ujikaji kat Internet. Search je dapat 'ayat Ashodaqollohul 'azim' adalah bid'ah. Saya tak mahu terangkan di sini, takut apa yang saya faham tak diterangkan dengan betul di sini. kau orang pandai-pandailah cari ye. Tapi, bagi sayalah kan tidak salah kita gunakan ayat ini selepas habis membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Ia membawa pengertian bahawa ayat Al-Qur'an yang dibaca semua adalah firman Allah yang maha benar.

Dah lari sikit topik kita ni. So, nak bercakap tu hati-hatilah ye. Jangan pulak hampa nak memandai ucap ayat sodaqollohul'azim ni bila habis je bercakap. dan jangan amalkan. Nanti dah terbiasa hampa nak buang balik perangai nak ucap ayat ni tak boleh pulak noo. Ingat tu. saya ni nak ingatkan diri saya dengan kawan-kawan saya je. Manalah tahu ada dikalangan kita ni still tak tahu kan. dapat lah sikit pahala bagitahu kau orang, hihi. 

Baiklah, itu sahaja. sekian. credit to : Hairul Nizam


Aduh, Kemalangan




Haa. Ni apa pasal nih??? Sat, sat... Assalamualaikum semua. Seperti yang kau orang nampak, sebuah kancil dan Avanza telah berlanggar dan mengakibatkan sebuah kemalangan kecil. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku, mahupun kecederaan. ehh, macam mana boleh dapat gambar ni. Bukan dari Mr. Google ye, but from my Samsung Camera WB30F. Avanza tu kereta ayah. dan penumpang-penumpang terdiri daripada umi, kak long, alang, ucu dan adib. Saya se'family lah. Allah  takdirkan kami mengalami sedikit musibah pada hari ini, 25 Disember 2013 sekitar jam 5 petang tadi.

Ya Allah, memang pengalaman 1st yang telah men'traumakan saya. Walaupun kemalangan ni agak kecil. Terngiang-ngiang lagi bunyi dentuman kuat tu. Nasib baiklah kereta masuk dalam parit yang tak berapa nak parit sangat tu, kalau tak meluncur sampai ke bawah bukit agaknya. Na'udzibillah. Tak bersedia lagi nih...rasa nak nangis ja masa tu. 

Khusyuk je tangan ni setting kamera samsung tu, bila sampai ja area turun bukit tu, simpan kamera dan pandang depan. Tak sampai 3second dah masuk parit. Kawasan tu memang agak merbahaya. keadaan yang tinggi, dan berselekoh, tambah pula ada simpang tiga betul-betul nak turun bukit tu. Alhamdulillah tiada apa-apa juga yang berlaku, cuma kereta masuk bengkel. =_=

Nasib baik jugak kemalangan ni berlaku dekat dengan rumah saudara-mara. Perempuan cantik atas tu sepupu ayah.

Macam ni lah keadaan kereta ayah. Haa, masuk dalam parit tulah. parit yang tak berapa nak parit. Nampak macam sikit je kan, tapi sebenar nya macam ni...

Agak-agak berapa kos nak baiki nih, campur sekali dengan yg kemek2 tadi...?

Ni pulak kancil yang yang langgar kitorang. Haa?? tak tau siapa yg langgar siapa. Dua-dua kot...huu

Mestilah kancil ni lagi teruk. Lawan dengan yg besar tentulah macam ni.

Kasihan jugaklah dekat pemilik kancil ni. tapi apa boleh buat, dia masuk lorong salah lepastu pandu pulak dengan laju. Tambah-tambah lagi tau brek je, tak de pun mengelak. hehe. Bukan nak cari salah dia tapi memang betol pun. ce tengok gambar ni...



Nampak tak serpihan sebahagian yang pecah atas jalan tu. yang saya bulat merah tu. Bukti menunjukkan kereta kancil bertembung dengan avanza ayah atas laluan kereta kitorang. Boleh pulak dia tak mengaku. Sakit hati. Sebab dia nak ayah bayar semua kerugian. Mana boleh macam tu. Bila panggil polis tak nak, takut. Nasib ayah toleransi.

Tidak apalah, saya terima musibah ini dengan redha. Tentu ada hikmah disebalik semuanya ni. Baru je nak ngumpat pasal pemandu kancil tadi, tapi seorang hamba Allah tu cakap, jangan simpan dendam. Terus tak jadi nak mengumpat, hewhewhew. Sebenarnya hati ni stil panas membara tapi lepas cakap dengan hamba Allah tu amboi gembira bukan kepalang + terkejut sekali lah. Yelah, baru je chat 'tadi kemalangan' terus kol. haha. Terima kasih atas perhatian semua. Alhamdulillah kami masih oke. Lepas ni, harus lebih berhati-hati. Supaya takda lah teraniaya macam tadi, hinggakan hampir jam10malam baru ayah balik dari balai polis. Teraniaya sebab ada orang buat salah tak mengaku salah. Oke-oke, tak mo ulang lagi. Sudah pun berlalu. Muhasabah diri je lah.

Kepada kau orang yang sedang happy holiday sempena Hari Natal ni, selamat bergembira lah ye. maaflah tidak dapat datang jemputan kenduri, kereta ayah masuk bengkel. huhu. Pesanan saya, harus lebih berhati-hati, dan ingat, Tuhan yang menentukan, kita hanya merancang dan berusaha. Sekian.


FIRST GIVEAWAY BY PUTRI & SYUDA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Dengan ini , saya merasmikan 'First Giveaway By Putri & Syuda' . Hope korang support lah GA kitorang yang first nie . InsyaAllah kalau first GA nie dapat sambutan , kitorang akan anjurkan lagi GA dengan hadiah yang lebih menarik dan lumayan .





Tamat : 28 Disember 2013
Pengumuman pemenang : 29 Disember 2013
Tempoh pembahagian hadiah : 29 Disember - 1 Januari 2014

Tiada penghantaran hadiah selepas 1 Januari 2014 . Hadiah yang tidak dituntut atau lambat dituntut , secara automatik burn . 

(Untuk lebih lanjut)
KLIK BANNER OKE !

p/s : saya sponsor nye tau !!! muehehehee...


Simple Giveaway by Licha



Assalamualaikum dan selamat berhari Isnin semua.

Jom join giveaway yang simple nih.
Nak join klik je banner bawah ni ye.

                         

Mesti korang nak tahu hadiah die kan.
Senarai Hadiah:

                             

DUE DATE : 24.12.2013

Harap-harap, menanglah satu kan... :)


Beza Pencinta Allah & Pencinta Dunia


Lumrah berlaku didalam kehidupan di dunia
Jika seseorang yang cinta dunia itu ternama
Ada glamour, kaya raya ataupun berkuasa
Sebutan orang kepadanya hanya sementara

Diwaktu tua tenaga sudah tiada berguna, orang sudah lupa
Dia terpinggir seorang diri
Adakalanya kehidupannya sedih sekali
Orang pun tak peduli

Apatah lagi selepas matinya
Jarang sekali namanya disebut orang lagi
Berlainan sekali Pencinta Allah
Yang kerjanya untuk Allah

Walaupun sesungguhnya ujian menimpa pada mereka amat berat sekali
Walaupun begitu, di masa hidupnya dihormati oleh manusia
Diwaktu tuanya pula apatah lagi
Bahkan walaupun selepas matinya namanya masih disebut-sebut lagi

Kuburnya sentiasa diziarahi pada setiap hari
Seperti makam para Nabi dan para Wali

Begitulah beza antara dua golongan manusia
Pencinta Allah dan Pencinta Dunia
Marilah ambil pengajaran darinya...

credit to : ASIAMAT


Sedih Dengan Dosaku


Hatiku tidak susah di waktu aku di hina
Aku tidak bersedih di waktu aku menderita
Aku tidak bersedih di waktu aku di sisih
Jiwaku tidak menderita ketika aku di tohmah dan di fitnah

Aku tahu itu semua penghapusan dosa
Tapi aku sedihkan dosa-dosa yang ku lakukan
Orang yang sepertiku ini
Sudah pasti tidak terlepas daripadanya

Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku
Bahkan dosaku itu setiap hari membunuhku
Aku takut pintu Syurga tertutup buatku
Pintu Neraka pula teerbuka untukku

Aduh Tuhan ! tidak ada erti kekayaan dan kesenangan
Kalau dosa tidak di ampunkan
Itulah yang menganggu selalu wahai Tuhan
Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa

Dosa-dosa itulah yang menganggu fikiranku
Tuhan maafkan aku, Tuhan ampunkan aku
Kalaupun bukan dengan rahmatMu
Tapi dengan kemaafanmu...

credit to : ASIAMAT


1st Giveaway by Eyda



Sila Klik Banner untuk Join !

Till 21st December 2013

Atau klik SINI .

Join jangan tak join. Tamat hari ini. tapi tak tahu jam berapa.
Dia tak bagitahu pun bila, So, selagi tarikh 21 Disember tak tamat,
cepat-cepat klik dan follow untuk penuhi syarat GA nih.
InsyaAllah kalau dapat, dapat lah jawabnya. hehe.

p/s : yang penting tambah rakan follower!!!


Banyaknya Segmen


Aittt....hayy.
Awal subuh lagi saya dah bangun, tapi solat nye
tunggu dah habis selawat dan tazkirah di masjid tu baru lah 
jasad ni terpacak kat toilet gosok gigi dan ambil wudhuk bagai.
mandi pun tak lagi, haha.

Sambil tunggu air mendidih, sempat join satu contest.
Banyak giler segmen dan GA yang best-best. biar pun syarat 
tu banyak, kena follow itu ini, like macam-macam, tapi berbaloi lah dengan
tawaran hadiah yang dia bagi. ahhh blink, blink terus mata ni.
tergoda tau ! 

Tapi tak sempat lah nak join semua tu pagi nih.
Banyak perkara nak kena selesaikan hari ni.
Balas kunjungan rakan blogwalking pun tak lagi. Tentunya saya dah
terlepas banyak entri baru korang. cisss~~~ hee

Okeh,
Itu sahaja. bai. Wassalam.


Contest Azam Hijrahku by Dunia Zumal



Assalamualaikum.
Contest hari ini (yang saya join ni) 
bertajuk Azam Hijrahku. Nak join klik je
banner bawah tu oke.



Azam Hijrahku sempena tahun baru 2014 yang akan
menjelang lagi beberapa hari je lagi ialah ingin menjadi
seorang yang berdiri di kaki sendiri (aku tak dapek kerja sebagai MA lagi, still 
duduk bawah ketiak mak-hehe ), seorang kakak yang matang, dan menjadi blogger yang smart macam kawan2 blogger lain.


Aku Bukan Pakar Psikologi


Pengalaman semasa praktikal di Wad D (kategori agresif) Psikiatri di salah satu Pusat Psikiatri di Kelantan betul-betul membuka satu minda dan persepsi saya terhadap sistem pendidikan hidup kita sebagai manusia. Bagaimana kita di atur oleh ibubapa, di didik, di ajar, di bimbing, di bantu dan pelbagai lagi di dan di dan di seterusnya. Hidup kita mungkin dipengaruhi oleh persekitaran. Tetapi Allah jualah yang menentukan sama ada ianya terjadi mahupun tidak. Sekalipun kita berusaha sehabisnya, tapi kalau Allah tidak izinkan dan bukan seperti dalam takdir hidup kita, usaha itu tetap tidak akan menjadi. Kalau terjadi pun tentu ianya ISTIDRAJ (beri dengan kemurkaan).

Saya berjaya di didik dan di besarkan oleh ibubapa dan akhirnya menjadi apa yang saya inginkan, iaitu menjadi seorang pekerja dalam bidang perubatan. Sekalipun ianya bukanlah di tahap yang tinggi tapi saya sudah amat berpuas hati. Saya akui, saya di besarkan dalam suasana yang penuh didikan agama, walaupun kadang-kadang ibubapa sentiasa membantah keinginan nafsu dalam hati, tapi setelah berfikir dan mendalami maksud di setiap marah dan bebelan mereka, saya redha dan tunduk kerana Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk saya. Mungkin kerana saya dulu seorang yang seperti sehelai baju yang dilipat cantik kemas tapi di dalamnya terselit helaian kain asing yang kotor, tapi kerana Allah selalu membantu dan sering  berada di sisi saya Alhamdulillah, saya amat mengerti kalau bukan kerana apa yang terjadi saya tidak akan sedar sampai sekarang.

Apa yang dikongsikan oleh pesakit-pesakit yang berada dalam wad tersebut membuatkan saya faham bahawa hati yang tidak dibimbing dan dibantu untuk berkembang dengan baik boleh menyebabkan hati dan sikap terpesong pada perkara yang tidak baik. Mungkin pendapat saya telah bercanggah dengan pendapat para psychologist di dunia, tapi apa yang berlaku membuahkan idea pemikiran dan pendapat bahawa hati dan keinginan setiap insan perlu di beri pandangan terutamanya anak-anak yang baru hendak berkembang minda dan emosi. Kalau kita salah dalam memberi didikan tidak kira semasa menyampaikan, bentuk penyampaian dan sebagainya,  sebalik semua itu akan memberi kesan kepada anak-anak bukan sahaja ketika usia remaja bahkan semasa dewasanya. Saya amat tidak bersetuju apabila pendapat anak-anak di tolak mentah-mentah, (ya mungkin tidak mentah-mentah tapi memberi kesan dalam pada hati anak-anak) hanya kerana percaturan hidup untuk anaknya. Jika anak-anak ingin menjadi seorang doktor, mengapa hantar sekolah undang-undang? Jika sudah ketahui anak-anak tidak tidak boleh menguasai sepenuhnya Bahasa Arab kenapa memaksa minda dan emosinya untuk teruskan? Bukankah dalam hidup ini kita ada pelbagai cara untuk mengatasi? Allah pun ada berkata, Setiap masalah ada penyelesaian kecuali ‘mati’. Kalau hati dan minda dia sudah mati, apakah ada penyelesaian lagi? Menyesal tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur.

Kita telah didedahkan dengan kisah-kisah mengenai kehidupan anak-anak yang memberontak dengan ibubapa mereka. Anak-anak masih kecil, apakah ibubapa harus terus menujah jari kepada anak-anak agar menjadi begitu begini sedangkan kehendak anak-anak tidak dipandang? Oh mereka itu perlu di bantu, di didik dan di bimbing  dengan cara yang betul. Mereka itu masih tidak memahami kenapa perlu jadi begitu atau begini. Apabila anak-anak sudah membesar sedikit dan sudah boleh memahami, oh ibuku, oh ayahku, mereka penat bekerja dan sudah tentu masalah aku ini akan merungsingkan mereka, mereka boleh berkurung dalam bilik dan hanya diam memendam rasa dan emosi yang semakin hari semakin panas bahangnya. Kalau pun kawan-kawan dan para ustaz telah membantu mengharumkan balik bunga yang telah lama gersang di taman, tapi kalau baja tidak diberikan dengan betul, apakah ia akan menjadi bunga yang indah kelak? Ya, mungkin kita lihat anak-anak yang kita telah catur hidupnya berjaya menjadi apa yang di inginkan, tapi ingat, sekiranya terjadi perkara yang anda tidak sukai, jangan menyesal dan ketahuilah itu tanda-tanda istidraj. Berdoalah dan pohonlah agar diberi petunjuk untuk selesaikannya.

Saya bukan hendak menakut-nakutkan sesiapa, tapi saya hanyalah mengeluarkan pemikiran dan pendapat saya. Apabila saya ketahui kisah sebegini, hati saya amat terkilan. Oh ibu, oh ayah, mengertilah anak-anakmu. Fahamilah anak-anakmu. Mereka inilah yang akan menjadi tempat pergantungan di masa hari tuamu. Merekalah penerang cahaya kegelapan di kala kamu sudah tiada di dunia lagi. Ya Allah, bimbinglah kami dalam setiap perbuatan kami !

Kepada mereka yang sekarang menghadapi situasi ingin memberontak, redakanlah. Ingat, ibubapa bukan tidak sayangkanmu, bahkan mereka amat menyayangimu. Mereka belum ketahui apa yang tersimpan di jauh sudut hatimu. Mereka belum mendapat ilham untuk membantumu. Mereka sedang berusaha untukmu.  Sabar dan berdoalah agar Allah membuka pintu itu. Oh ibu, Oh ayah, carilah masa yang sesuai untuk bercerita dengan anak-anak. Biarkan anak-anak yang menjadi pencerita, dan kamu hanya pendengar. Anak-anak yang masih kecil bantulah mereka. 

p/s : sekadar memuntahkan rasa hati dan buah fikiran (haihh, tiba-tiba jak nih)


Apakah ?


Assalamualaikum. haaiitttt !


Aucaakkk!!! haha, apakah??? Saja letak gambar nih :P
Tuan punya kamera minta mention. Apalah dia ni kan...huhu.
oke-oke. credit to : Syuda Zamirah

Baru usai post entri 'Majlis Perkahwinan'.
Update lagi satu lah. Saje tambah entri sebelum nonton wayang.
Ingatkan blog dah rosak ke hape semalam. Yelah, tiba-tiba widget follower
tu problem. title follower tu ada, tapi senarai tu...hampir-hampir 
jugak nak pi main coding ke hape. Tapi ada sorang member blog habaq 
jangan dok kacau coding tu, hampa nak blog hancus 
haa pi lah kacau noo.

Ish, ish..tak pasal-pasal blog rosak, nak baiki balik
bukannya tahu. Kang jadi seperti tikus membaiki labu. naya..naya...
Okeh, pahni nonton drama korea "Who Are You" ni nak edit
apa yang patot kat blog ni. tukar backgroud ke. 

Oke. see ya...


Majlis Perkahwinan ???


Yeah, yeah...singgah baca entri tajuk ni??? haish, tak heran lah kan. Ramai yang buat entri pasal majlis kahwin lah, jemputan menghadiri dan sesetengahnya juga buat entri mengenai permohonan maaf kerana tidak dapat menghadiri. Biasalah, hujung-hujung tahun adalah timing yang paling kena nak buat majlis. Semua orang cuti, dan ramai yang boleh datang nak nengok pengantinnye.

Baru-baru ini je dah 4 jemputan perkahwinan. Semuanya sedara mara jugak. tapi banyak-banyak tu, satu majlis je saya dapat datang, haha. Mintak maaf lah ye kepada makcik-pakcik-kazen. hihi. Esok lusa pula 2 jemputan kahwin lagi. dekat kampung ayah. InsyaAllah tak ada aral saya dan keluarga datang ye.

Kepada Khasyiffah dan pasangannya Helmi, selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumahtangga. dan terima kasih jugak sebab jemput. Semangat datang majlis ni sebab adikmu Saedah tu kawan baik saya. hee. adakah macam tu??? sebab kawan baik jak lah baru datang. ~kidding. Tapi kita memang kawan yoo..

Tanpa menaip menekan panjang lebar, meh nengok-nengok gambar seketul dua yang saya sempat snap. Sebenarnya tak nak snap-snap pun, tapi sebab warna tema pengantin tu menggoda hati kita, kita snap gituuu. Jom belek bawah ni k...

Haaa...purple gituu. suka warna nii...aumm~


Lawa kan pengantin die.

Haa, ni lah dia. kawan satu sekolah. adik pengantin perempuan tadi. Cun kan3x...

Dia ni jugak salah seorang kawan paling rapat masa sekolah dulu. Nama dia Saedah :D

Sedara yang sama datang. ~Urghh, nampak lengan je???

Sempat lagi nyakat budak ni. pendiam. -.-

Sebelum balik, harus tapau banyak-banyak benda nih. haha. habis sebakul bawa balik.

Haa. itu jelah gambar nyee. Kalau ada majlis kahwin lagi saya share gambar lagi oke. tapi kena tengok kat fb official saya lah. Kau orang belek lah fb dan cari nama saya (Ayuni Sara).

Sekian. bai :D :D :D

 p/s : Tukang snap gambar Syuda Zamirah. Credit to her coz piz yang cantik :D


Tidur bagaimana ?






HAi semua..,aduhh, sakit dah mata nih. tapi nak juga taip untuk kesekian kali. cehh, untuk hari ini je sebelum tidur. dah jam berapa tak tidur lagi...





Sekali sekala tidur macam kucing atas tu kan bezzz. arh, nikmat nye.
tapi umi cakap tak elok tidur macam tu, nanti kena rogol syaitan. wallahu'alam.
sejak tu tak berani dah tidur macam tu.




Tidurlah macam kucing ni. sopan jee. kan3x...
Okeh, okeh. selamat malam semua.
Jangan lewat bangun solat subuh, nanti jadi sahabat syaitan. hihi



Assalamualaikum. bai.


Havoc Giveaway by Isabella Idura



Haipp...sekali lagi.
Jom join GA by Bella
senang je syarat dan caranya...jom-jom !


hadiah, Giveaway, Havoc Giveaway

NAK JOIN KLIK BANNER !

Saya tag u kawan-kawan :


Segmen Ole-ole Dari New York



Hai, Assalamualaikum.
Saya join segmen menarik dari kak Mas
 Bermula dari 04 Disember hingga 25 Disember 2013






SILA KLIK BANNER


Snap-snap Konvokesyen


Dahku berkelana mencari harapan yang kita impikan,
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam....~petikan lirik lagu Rindukanlah oleh Encik Mimpi.

Jatuh hati pertama kali dengar lagu ni tau. But kali ini, saya bukan nak cerita pasal lagu ini. hihi. Just intro untuk pembuka kisah hari ini. sehhh... Apa pun lagu OST Playboy itu Suami Aku memang best kan. Tapi nak kata saya peminat drama tu, NO. hehe. saya suka dengar lagu dia ja.

Baiklah, hari ini seperti yang kamu orang baca title atas tu, saya nak cerita sikit pasal Hari Konvokesyen. Kau orang jangan salah faham, bukan saya yang berkonvo tapi, pelajar-pelajar Tadika Al-Fitrah. Saya hanyalah sebagai ahlijawatankuasa pelaksana sahaja. Tapi kau orang jangan marah yee. gambar ni lagi banyak snap muka saya daripada budak tadika. haha. selamat menonton. roll down sampai habis tau.


Suasana dewan. Panas sangat kot dewan, sampai takda baju baby tuu... :P


Antara pelajar 5tahun yang dapat hadiah.

Persembahan bacaan Al-Qur'an serta maksud dalam Bahasa Inggeris.
(Budak ni baru 6tahun dah lancar baca Qur'an tau)

Pengurus Tadika -yang juga ayah saya- sedang berucap

VIP jemputan 


Ini pelajar saya (SAR), persembahan

Okay, time to snap-snap. Kami berbaju hijau.

Snap-ing dengan para guru-guru dan sebahagian pelajar Al-Fitrah

Yeahhh...kami lagi. saya-ifa-aro


Ini semua adalah staf Al-Fitrah.




Aaaa....kami jemput lalat masuk dalam..:P



p/s : maaf lah baru perasan takda gambar budak tadika yang pakai baju konvokesyen. sebab budak yang konvo tu 3 orang jee. hihihi. kbai. peace ^_____^


Angan-Angan Cik Putri


Hai semua !!! Oh hoo...hari ini saya buat kisah pasal Angan-Angan dalam hidup saya. Nak cerita sikit yang saya ni selain suka membaca, menulis, main masak-masak,..saya juga suka berangan. Ishhh, sama macam kamu semualah. But today, saya ingin catat angan-angan saya dalam bentuk kisah tulisan di alam maya ini. eceh, ayat! hakk tui !! haha.
 
panorama picture - yang tak jadi, haha -__-

1.) Angan-angan saya yang pertama masa kecik-kecik dulu, saya teringin sangat jadi doktor. Pernah guru kelas dulu, saya ingat lagi nama cikgu saya masa tu, Cikgu Juliana Guru Kelas 4Marikh, dia bertanya saya apa cita-cita saya. Dengan sukacitanya saya bagitahu nak jadi DOKTOR. walaweii. ada kisah tau sampai saya nak sangat jadi doktor. 

Gini kisahnya. Time budak sekolah rendah dulu-dulu, budak-budak suka main kejar-kejar, main kawin-kawin, main mama-mama, dan main batu seremban kan. sebab saya dah bosan main game macam tu saya ajaklah kawan sejati masa tu, cewahh. sejatilah sangat. hihi. ajak dia main doktor-doktor. haha. Game dia macam ni, seorang doktor, seorang lagi pembantu, dan semua rakan kelas boleh jadi pesakit. Dan, sayalah doktornya. Peralatan yang kami guna, batang aiskrim sebagai spatula, compass (set geo utk buat bulatan) sebagai picagari, dan ubat gigi sebagai painkiller.

Gambar hiasan.

Inspirasi ni kami dapat dari misi yang tiap-tiap tahun datang sekolah untuk check gigi. haha. Terima kasih Aunty-aunty misi masa tu, kerana anda saya dapat inspirasi tersebut. Nak tahu tak swab(kapas) kami cipta dari apa? dari kertas. Kalau nak sumbat kat lubang gigi, koyak sikit kertas, golek-golek dia sampai dia bulat dan sumbat kat lubang gigi bersama dengan ubat gigi yang dijadikan sebagai painkiller. haha. Kesian kawan-kawan yang kena bahana tangan saya, sampai luka gusi mereka. Lepas siap buat gigi dan check macam-macam konon luka yang rakan kelas cipta, banggalah kononnya dapat rawat pesakit-pesakit. Haa, start dari situlah angan saya nak jadi doktor tercipta. Namun, sebab IQ tak tinggi tahap doktor, sekarang jadi Penolong Pegawai Perubatan sajalah.Tapi kira oke lah juga kan, saya duduk dalam bidang perubatan juga. ^_____^

2.) Angan-angan saya yang kedua, masa tu saya umur 18. Angan-angan untuk cipta sebuah rumah yang besar macam banglo. Nama rumah tu "Villa Ayuni". Siap design lagi tau nak luas macam mana, kat mana ruang bilik, ruang dapur, ruang landskap, ruang permainan...Arhh, bestnya lah kan. Lepas tu, saya nak rumah tu tempat kami sekeluarga berkumpul. Biarpun sudah bercucu-cicit di villa tu lah tempat kami berkumpul. Macam rumah ni ;-


InsyaAllah. Rumah macam ni tetap akan ada. "Villa Ayuni". Saya akan usaha kumpul duit banyak-banyak dulu, then barulah bagi kat kontraktor proposal design rumah saya tu.

3.) Angan-angan saya yang seterusnya, saya nak jadi seorang yang sangat kaya. Kalau saya dah ada duit, saya nak buka bisnes sendiri, nak buka ruang pekerjaan untuk orang-orang yang tak mampu, nak buka sekolah sendiri, nak bantu semua orang yang susah.




 Kalau Allah izinkan saya punya duit macam tu kat tangan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Tuhan semua yang saya angankan jadi realiti. hihi. Angan-angan ja tu.  Tapiii...,kau orang pernah dengar tak kata-kata, Allah tidak berikan ujian yang tidak mampu ditanggungnya. haa, lebih kurang begitulah bunyinya. Maksudnya, setiap apa yang diberikan kepada kita merupakan ujian Allah. Jika Allah izinkan saya mempunyai duit yang banyak, adakah saya akan jadi orang yang bersyukur? adakah saya tidak lupa pada Tuhan? Nikmat duit yang diberikan merupakan ujian untuk kita hadapi jalan yang seterusnya sebagai orang yang berkemampuan. Jadi, kalau Allah tidak berikan apa yang kita hendak, maka bersyukurlah sebab Allah selamatkan kita dari ujian sebenar dariNya. Orang kata, ada hikmah disebaliknya.

Naa, kalau angan-angan tu tidak jadi kenyataan walaupun sudah berusaha, jangan sedih, sebab kita tidak tahu rahsia Allah disebalik. Berabislah berusaha kasi jadi kenyataan tu angan-angan, kalau tak jadi-jadi juga, redha jak lah ya.

p/s : maaf kalau ayat songsang tak difahami ya. sekian dari angan-angan cik putri.


Special Super Duper Giveaway by NNA & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
| Topup RM5x1 by Nurul Ain | Tudung bawal x1 dan shawl x1 by Ryna | Bookark x5 by BudakVanilla | Topup RM5x1 by Maisarah Humaira' | Header kepada semua peserta dan keychain x2 by AinRahman | Button badges x6 dan 2 candy lip tint utk sorang by Fatin Diana | Brooch x2 by NurSyaza Fareha | necklace x1 by Mahirah |

Special Super Duper Giveaway dianjurkan oleh NNA dan kak Fatin Diana dan disponsor oleh NurulAin, Ryna, Budak Vanilla, Maisarah Humairah', Ain Rahman, Fatin Diana, NurSyaza Fareha dan Mahirah.


Tamat 25 Disember 2013, 10 Malam.

Ayat yang hendak di tulis : BLOG.PRINCESS.AYUNI
(bawah -ceritahatiputriayu.blogspot.com -tulisan saiz kecik)]
Jenis : Bombing
Background : Transparent
Gambar : Only tulisan


p/s : hope ini adalah GA last yang saya join (for today) hihi. join coz dapat header free.


PRETTY AWESOME GIVEAWAY BY KHAIRINA


Hai. Salam sejahtera semua. 
amboi-amboi, mentang-mentanglah weekend,
laju bebenor update blog tuh. semua pasal GA pulak tu.hihi.

Kau orang, ni haa. GA ni awesome giler!!!
Hadiah kemain lagi. Aku sayang betul dengan
senior bloggie kita nih. *haa, amik kau, keluaq dah 'aku' tu.
diorang ni memang awesome buat GA gempak-gempak!!!

Kau orang nak join klik je






Random Giveaway RM50 Tunai Oleh HASRULHASSAN.COM



Assalamualaikum.
Salam berhujung minggu. 

Bukan kekeringan idea baru join GA atau segmen.
Tapi juga berjalan-jalan menambah ilmu serta
berkongsi pendapat dengan rakan blogger yang lain.

So, Kalau nak join sama GA ni, sila klik 
bannner/logo di bawah ye :)





Tak dapat klik? Klik SINI


p/s : salam rindu rakan blogger yang mengenali saya. :D