My TopUp Giveaway By Iezwa Razk



Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ
SENARAI HADIAH :-
Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!
Haa... giveaway lagi. hehe. Saje nak join. mana lah tahu 
menang kan. Oke, kau orang pun join lah. bai.

Mini Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Hari ni cheq buka blog cheq then nampak
rakan blogger cheq ni buat 'mini giveaway'
okeh, seriously, cheq tak tau pun ape bende nye nih.
tapi..,tapiii...
yang cheq tau hadiah die best!!! menarik hati cheq!!!
So, kau orang jom kita pakat2
beramai-ramai join 'mini giveaway' by Nabila Medan.



CLICK BANNER!!


p/s : cheq tak kesah cheq tak dapat hadiah, tapi join benda camni, memang best!!!

korang pun macam ni dulu


Assalamualaikum. dah berapa kali salam dah saya nih. masuk entry nih dah 4 post oke. takpa-takpa, salam tu kan satu doa. geram punya pasal, nak habiskan malam ni jugak edit nye. perasan tidak ada iklan di atas header tu, dan juga dekat sidebar nih. bilang nuffnang, 'sudah tiba masanya untuk up kan blog korang'. dia tulis BI, saya translate BM. hehe. 

Sekarang, jam sudahpun menunjukkan 12.50 am. walaweehhh...,pagi dah!!! sebab nak 'up' kan blog ni, buka mata ni dulu. sanggup bah, haha. eleh, macam kau orang tak pernah kan. kau pun macam ni jugak masa dulu-dulu kau baru nak buat blog, hihi. kalau line TM ni tidak kedekut *kedekut sebab kitorang sudah bayar full, saya siap dalam jam10. Cehh, salahkan line pulak. haha. Okay, cantik sudah kah belog princess ayuni ni?? kalau cantik angkat kening. tak cantik, silalah rajinkan jari tu muntahkan komen anda di ruangan shoutbox saya. terima kasih.

Okay-okay, selamat-selamat semua bertidur-tidur ye. *hancuss BM, peace cikgu BM. bai.


Aku Suka Bergambaq


Amboi... rajinnya aku hari ini.
Masuk ni, dah 3 post aku buat.
Rajin tak?? Rajin kaannn...
*ishh, lempang kang. manyak kau mengada!

Assalamualaikum semuuaaaa....
haa.., jawab salam, jangan tak jawab.

Hari ini aku nak tayang gambaq aku dengan famili
aku jah. Gambaq yang di ambil dengan kamera henpon
lapuk ja. tak lawa macam kamera hampa semua. 

:::   Selamat Menonton, sambil roll-down sendiri ye   :::




























Okeh, kepada anda semua yang melihat post ini,
gambaq kat atas ni, semua nya dekat Kundasang, Ranau, Sabah.

Tu yang ada gambaq berkabus bagai. serius. aku tak tipu.
itu sahaja. bai.


p/s : cam pening aku tengok. korang pening tak?

Tolong Bantu Saya !


Assalamualaikum. 
Peace yo !

Kawan-kawan. boleh tidak tolong saya?
Saya budak baru belajar berblogger nih minta tolong sikit
pada sahabat blogger dan blogwalking semua.
*cehh, budak baru belajaq lah sangat. Dah dua tahun kowt 
main blog ni.

Saya blogger part-time, Zafirah Ayuni 
ingin meminta pendapat, komen dan kritikan
daripada anda semua mengenai site saya
yang tidak seberapa ini. 
mungkin ada di antara sahabat-sahabat pembaca
semua yang tidak senang hati atau
paling mudah nak kata, tak suka lah kan,
sila lah beri komen anda. nak kritik pun tidak apa.
saya rela. * ececeehhh..hihi

Tapi, kalau boleh, biar lah kritikan membina ye.
lepas komen, bagi lah pendapat pula, ke cadangan ke.
penat dah jadi copy cat ni.
tengok blog orang lain, nampak simple 
dan comel sangat. kita pun tiru-tiru lah style dia.
tengok header tu pun, curik kat google. haha.

So, sesiapa yang menjengah ke, tertengok je pun ke.
kalau nampak macam tak sedap mata memandang tu, boleh lah komen.
tak tahu macam mana nak komen?
haa, pegi ja dekat shoutbox, or komen ja kat mana-mana post
kita tuh, dan komen lah banyak mana kamu semua nak.
shoutbox kita ada kat tepi tu ja. okay.

Terima kasih kepada semua sahabat blogger
dan blogwalking kita ya.
Dengan bantuan kamu semua, boleh lah
saya mantapkan lagi blog saya yang masih serba kekurangan.

p/s : sayang kamu semua yang banyak membantu. lebiu :)

Dapat tawaran masuk U



Assalamualaikum. Apa macam sahabat blogwalking semua? ada sihat...atau kurang sihat. kalau tidak sihat kita doakan kamu semua segera sembuh oke, Amin. Nih, kita mau bagi tahu ni. adik kita dah dapat tawaran masuk U. yeaahhh!!!! dengan bangganya kita bagi tahu bahawasanya, dialah anak pertama yang masuk IPTA. bukan IPTS macam kita nih. hehe. Tahniah buat adik kita yang kita sayang selalu, NUR AMRAH AQILAH. 


Haa, ni lah adik kita yg kita maksudkan tuhh

Dia dapat tawaran kat UiTM , kampus Puncak Perdana. pegi daftar pulak 16hb November nanti. tak lama dah tu. hehe. kesian dia, harap sangat dapat kat sabah ni ja. tapi rezki suruh dia pegi semenanjung juga. redha ja la ya alang...Orang semua nak bercuti sekolah, dia pula kena pegi ke sana. nanti along teman pegi sana ya...InsyaAllah.

Kita juga dapat khabar dari kakak angkat kita kat kedah, bahawasanya adik-adik kat sana pun dapat tawaran masuk U. yeaahh!!! tahniah adik MIEERA dan adik AMER ye. belajar rajin-rajin dan kuatkan hati oke. Oh ya, mana gambar diorang. maaf dan ampun, huhu. kita takda gambar depa. depa tak penah nak sporting amek gambar ngan kita ni. hihi.

Kepada adik-adik yang dah dapat tawaran masuk U tu, belajaq rajin-rajin naa. Supaya dah berjaya nanti, boleh bantu mak abah, umi abi hampa semua naa. bagi yang kekurangan tu, kuatkan hati selalu. jangan risau, hampa semua dah jadi orang special Tuhan. Tuhan dah janji kan, Tuhan akan pelihara mereka.

okay, salam maghrib semua.

p/s ;-
  1.  rindu adik-adik kita di kedah. :(
  2. bukan kita yang masuk U laahhh...hehe. suspen tak?

Di Risik Hati Galau



Assalamualaikum. sekian lama tak update blog, dah berhabuk pab tengok blog nih. *asyik-asyik ulang ayat sama, otak dah berkarat. tak daq idea cheq nak letak ayat yang bombastik punya. hari ini pab mau kongsi pasal flashback kehidupan saya yang kemarin. hehe. flashback lah sangat kan.

Macam nih kisahnya . . .
2 hari lepas, seorang bekas guru sekolah menengah dulu hubungi pab. bukan maen panjang lagi kisah beliau nak bertanya khabaq cheq nih. yalah kan, cikgu tu boleh kira rapat gila lah dengan cheq dulu, cheq pun sayang sangat dengan beliau. tapi semasa cheq di tingkatan4, beliau pindah ke sekolah lain, at penisular, tempat asal beliau lah katakan. Uisshh, cheq apa lagi, suka punya tengok notification tu, terus baca la kisah nya yang boleh tahan panjang. Okay, dah sampai pertengahan kisahnya, cheq pun sudah mulai paham yang beliau ni nak kenen kan cheq dengan adik beliau. emm, cheq pun tak pasti, untuk adik dia atau untuk anak buah dia. kepala cheq dah pening macam lalat yang baru terlanggar dinding masa tuh, dah blurrrr....

Okay, kebetulan pulak masa cheq baca pm-private messege beliau tuh, beliau online pulak. Beliau hantar pm lagi bertanya, "macam mana? alahaii, cikgu ni sporting la zafirah. haha. kalau zafirah nak, nanti cikgu kenal kan." Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, tarik nafas panjang-panjang seket, dan hembussss....huuhhhhh.
cheq pun habaq kat beliau yang cheq ni umur masih muda, baru 21 kowt, huhu, perkara-perkara seperti ini cheq tak mau pikiaq lagi. cheq nak sambung belajar. cheq nak tolong umi dengan abi lagi, cheq nak tolong adik-adik, lagipun, cheq kan anak sulung, cheq tak mau pasang tanggungjawab lain lagi. hehe. tapi bukan ayat ni tau cheq bagi kat dia, ayat yang sopan dan tidak menyinggung beliau lah. 

Begitulah kisah nya flashback saya...
Kenapa lah saya pakai loghat utara nih. Orang utara kah apa. Okay, da berkarat sangat otek ni tak tahu nak bagi ayat ni menarik, pakai lah loghat orang utara. lain kali, guna loghat kelantan pulak deh...hehe. Babai~!


p/s : penggunaan loghat tidak berkaitan dengan orang-orang diatas. :)

Hero Si Princess !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Ada macam ustazah pilihan kah? Motivator? haha...
 Tiba-tiba pulak rajin nak tambah entry lagi. semalam dah jadik typo
yang memang dah sah tiada tauliah. Hari ini pulak nak tambah ke'typo'an saya
yang sangat ke'poyo'an dan mengada-ngada.

Yeyy! kamu orang baca entry ni sebab tengok tajuk tu
nampak cam menarik kan. kan,kan,kan???
Yes, My Hero. itu tajuk karangan saya hari ini.
siapa hero saya?

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

taaraaaa...!


Inilah hero saya bersama isteri dia. Encem kan hero saya. hihi.


Hero saya itu bergelar ayah pada saya, dan juga ayah kepada
adik-adik saya. kami berkongsi hero sejak kami lahir lagi.
Tapi, hero saya dan adik-adik saya ni, kami lebih suka gelar dia 'Abi'.
Abi tu sama maksudnya dengan ayah. cuma abi tu berasal daripada perkataan Arab.

Abi saya hero yang paling hebat di dunia selepas Rasulullah SAW.
Dia cari tempat untuk kami berteduh daripada hujan,panas dan ribut.
Dia tidak membiarkan kami berlapar dan dahaga.
Dia menyejukkan nasi yg panas sebelum menyuakan kepada kami.
Dia memandikan kami dengan air tanah pabila kami leka bermain dengan 
anak anjing yang disangka anak kucing dikala kami
masih tidak tahu erti haram pada binatang yang bernama anjing.
dan yang paling penting dia memberi kami kasih sayangnya yang
tiada taranya walaupun kadang-kadang dia kelihatan amat
garang, kerana dia sentiasa mahu menjadi penyelamat untuk
keluarganya, dan anak-anaknya.

Dia tidak pernah menitiskan air matanya didepan anak-anaknya,
apatah lagi menunjukkan wajah yang sedih dikala keperluan makanan sudah habis.
Dia amat gembira apabila anak-anaknya berkumpul dihadapannya,
bercerita itu dan ini, berkongsi kisah, suka dan duka 
ketika bersekolah, dan berkerja.

Suatu hari, hero saya sakit.
Tapi, dia selalu menidakkan kesakitannya. Walaupun saya tahu 
penyakitnya itu tidak teruk dan boleh dirawat, namun dia sentiasa menangguhkan
rawatannya dari bulan ke bulan. Dia mahu memastikan, semasa ketiadaanya nanti
(pembedahan), anak-anaknya boleh menguruskan makan minum sendiri,
perniagaannya(sekolah) serta adik-adik yang bersekolah.






Pada hari itu... dia akhirnya pergi untuk menerima rawatan.
kami ditinggalkan untuk beberapa hari. 4hari. ya, empat hari.
pergi dengan umi pulak tu. abi tidak mahu pergi terima rawatan kalau bukan
umi peneman dia. abi tidak mahu pergi kalau isterinya bukan peneman
dia. hehe. sweet kan hero saya.

Saya amat sayangkan hero saya. Semoga Allah
memanjangkan usia dia dan memberi kesihatan yang baik dan selamanya. huhu.
Terima kasih my hero! Saya sayang hero saya dan girlfriend dia.
For ever and ever!

Long story from Our Princess about Her Lovely 'Hero'.
That's all. Thank you.



p/s : mesti ingatkan hero lain kan. kan, kan, kan...??