Cerita Pasal "Tab Navigation" Saya


Assalamualaikum. Peace yo! 

Syukur. syukur. Hari ini still boleh bernafas dengan baik.
Takda yang shortness of breathing kan? Lets say "Alhamdulillah".

Okeh. okeh. Dah tengok kan tajuk entry ni. Cerita pasal 'Tab Navigation
saya. Apa 'Tab Navigation' tu? 
Ya. ya. Mau bagitau lah ni. Haa tuu dia. Yang dekat atas ni. 
Bawah header blog saya yang tak berapa nak lawa tuh.
Yang ada perkataan nih
 Home. Putri Ayu. My Sweety Love. Suara Hati ASZ.
Haa. Dah nampak kan. So. problem dia konon sampai buat
entry khas tentang 'tab navigatioan' adalah...
Mesti sesetengah daripada korang semua nampak 
'tab' tu kelihatan tidak kemas. Itu terjadi hanya pada
paparan internet yang slow. Maaf di atas rasa kejelekan tu ye.
Bukan nak kata internet korang slow. Tapi saya dah buat 'setting' jenis
 font *tak ingat jenis apa. ~hehe yang bersaiz besar supaya 'tab' tu kelihatan 'center'.
Jadi. mungkin sesetengah yang buka blog saya ni tak dapat
nak 'load' semua jenis font.

Apapun. Terima kasih sebab sudi singgah-minggah 
blog saya ni. Babai.



Saya Tamat Pengajian



Salam Subuh semua. Sudah bersahur? Pagi 19hb Julai 2013 hari ni. Subuh-subuh lagi saya buka laptop. Semata-mata untuk buat entry baru. Haha. Okey. Kelihatan seperti mengada-ngada di situ. Apa pun ini sebenarnya kebetulan. Sementara tunggu waktu subuh yang akan menjelang. tidak buang masa sekiranya saya menaip untuk benda alah ni kan. Hihi. Seriously. ramai diantara kita yang masih tidur waktu-waktu macam ni kan. Lepas sahur tarik selimut semula. Jaaangaaan macam ni ye! Nanti terlajak tidur. Solat pun tidak.

Hari yang boleh dikatakan indahlah bagi saya. Sebab apa? 18hb Julai bersamaan semalam adalah hari terakhir saya menduduki pepeiksaan semester akhir buat saya. Wuhuuuu! Hepi tak. Hepi tak? Tentulah hepi. Saya tidak perlu menyerabutkan kepala lagi untuk fikir perkara itu dan ini. Tambahan pula. Saya akan dapat diploma saya pada bulan 10 tahun ini juga. Alamak ai! diploma je kut! Orang lain dapat degree tak kecoh pun. Hari yang indah bagai lah. Whatever you wanna to say. SAYA TIDAK KISAH. Haha. Ini adalah perjuangan individu bukan? Tentulah kita akan rasa lebih proud sebab berjaya melepasi banyak halangan dan dugaan sepanjang 3 tahun untuk dapatkan skrol diploma tu. Uisshh! Bangga tak bangga ini merupakan hasil usaha kita. 

Ramadhan tahun ini akan jadi saksi saya (kami). Aik. kenapa 'in bracket' perkataan kami tu? Maksudnya saya dan kawan-kawan yang se'intake dengan saya la. Okey-okey. sambung! Ramadhan tahun ini jadi saksi kami berjaya melepasi tahun akhir kami di kolej tercinta. Terima kasih lah kepada semua kerana kalau bukan kolej ini. kami takkan dapat menghabiskan diploma ni.



Inilah batch kami. September 2010.



Okey-okey. Bai semua. Selamat menunaikan tanggungjawab. Apa-apa je yang kita lakukan semoga sentiasa dipermudahkan. Assalamualaikum!



Saya Mau Tukar Bah


Assalamualaikum kamu semua! Alhamdulillah. Kesempatan untuk buat entry baru masih ada. Lagi-lagi di bulan yang mulia ni kan. Rasanya agak lama juga saya tinggalkan dunia blog saya ni. Kesibukan ni menghalang saya untuk menaip-naip dan mencurah-curahkan segala idea yang berlambak-lambak. Tapi yang dulu lah. Sekarang idea-idea tu sudah hilang. haha.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ya. Bulan ni bukan kita sekadar puasa daripada makan dan minum. Tapi puasa daripada perkara-perkara yang boleh menjurus kepada 'dosa' itu lebih berkat. Kan3x? Okey. Dah menggatal dah dia bagi orang ceramah. ~hehehe

Sebenarnya sempena saya sudah tamat belajar ni. Aiseh! tengok tu siap bold n highlight purple lagi. Saya dah habis belajar dah. Now. tunggu bulan 10 akan datang ni untuk majlis konvokesyen. Yeyy! Okey. continue balik yang tadi tu. Sebenarnya saya mau tukar tema dan background bha ni. Tapi...the big problem is blog saya ni dah kena pasang interface baru. Aiyaa! dah try dah banyak cara tapi tak reti lah. Nanti tak pasal-pasal template hancur. Ada juga saya cari 'old interface dashboard' seperti yang dicadangkan blogger lain. Tapi kenapa erk tekan simbol setting tapi tak jumpa perkataan tu??? Adoi...Macam mana ni??? Saya mau tukar jugak. Nak ubah header. background. layout. lagu. dan macam-macam lagi.