Jagalah Kata-kata


Assalamualaikum. salam sejahtera hampa semua. sihat dak? yang tak sihat tu jangan malas-malas, dan jangan layan sakit tu, nanti lagi lambat sembuh. Bak kata ahli psikologi, bermula dari our mind. hihi.

Okeh, nak tanya dengan jujur, siapa yang selalu ucap perkataan "Shodaqollohul 'Azim". atau lebih jelas ayat pada gambar bawah ni ;

صدق الله العظيم

Pasti ramai yang selalu ucap betulkan ? Yelah, biasanya ucapan ini di sebut seusai sahaja kita membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Tetapi, yang luar biasanya, tanpa kita sedar ada juga dikalangan kita yang menyebut perkataan ini selepas dia bercakap. Bukan selepas dia membaca ayat Al-Qur'an tetapi selesai menghabiskan kata-katanya sebagai contoh dalam syarahan bahkan dalam perbualan biasa. 

Tahukah anda semua maksud ayat "Shodaqollohul 'Azim" ini? Maksudnya adalah Maka benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung. Haa, kita ni bukan Allah yang menyampaikan kata-kata yang Agung tu. Astaghfirullah. 

Sebenarnya, saya pun baru tahu pasal benda ni. Pernah hari tu saya ucap ayat ni lepas cakap dengan adik-adik, terus umi tegah dan bagitahu maksud ayat tersebut. Ya Allah, baru sedar saya telah mempermainkan ayat ini. Saya buat ujikaji kat Internet. Search je dapat 'ayat Ashodaqollohul 'azim' adalah bid'ah. Saya tak mahu terangkan di sini, takut apa yang saya faham tak diterangkan dengan betul di sini. kau orang pandai-pandailah cari ye. Tapi, bagi sayalah kan tidak salah kita gunakan ayat ini selepas habis membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Ia membawa pengertian bahawa ayat Al-Qur'an yang dibaca semua adalah firman Allah yang maha benar.

Dah lari sikit topik kita ni. So, nak bercakap tu hati-hatilah ye. Jangan pulak hampa nak memandai ucap ayat sodaqollohul'azim ni bila habis je bercakap. dan jangan amalkan. Nanti dah terbiasa hampa nak buang balik perangai nak ucap ayat ni tak boleh pulak noo. Ingat tu. saya ni nak ingatkan diri saya dengan kawan-kawan saya je. Manalah tahu ada dikalangan kita ni still tak tahu kan. dapat lah sikit pahala bagitahu kau orang, hihi. 

Baiklah, itu sahaja. sekian. credit to : Hairul Nizam


1 comment:

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih