Upin Ipin Rencana Yahudi?


Assalamualaikum. Ni nak tanya ni kat kau orang semua. Suka tak tengok cerita Upin Ipin??? Alaa kartun ni, kau orang semua tau kan. Budak kembar yang botak tak pandai besar-besar sampai sekarang tuu. Filem animasi ini telah diterbitkan  oleh syarikat Les’ Copaque dan mula ditayangkan pada 14 September 2007. 


Tapiiii..disebalik ke’cute’an filem kartun animasi upin ipin ni, suatu dakwaan bahawa ‘Upin & Ipin’ merupakan agenda Yahudi telah tersebar luas pada tahun 2010 lepas. Nama penyebar dan dari mana ia mula disebarkan tidak diketahui. Haa, nilah yang hendak dikongsi dengan kau orang semua. Screenshoot yang di ambil dari rakan blogger saya share semula kat kau orang. Mesti sesetengah kamu orang dah baca kan, sebab ia banyak disebarkan di laman sosial facebook. Saya terbaca lagi artikel ni pagi tadi, sebab tu buat entri pasal ni. Hee...




Kau orang sendiri boleh nilai kan. Ianya bukan dari sumber Malaysia, tapi mungkin negara seberang. Saya tak mahu lah buat spekulasi, sekadar andaian oke. Kecoh juga  isu ni tau. Kadang-kadang bila terbaca, rasa tak puas hati je. Kalau isu ni ditimbulkan dikalangan orang-orang tua pun, mereka turut tidak bersetuju dengan artikel diatas, seperti contoh ummi saya.hihi.  Yalah, kartun ni punya main bagus jalan ceritanya. Kartun ni bukan sahaja memberi banyak pengajaran, tapi membantu kanak-kanak membentuk akhlak baik di dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum dan ragam. Tidak dinafikan, semua orang meminati filem kartun ini. Saya percaya, yang berumur 20 – 30 an pun suka tengok cerita ni. Bukan sahaja comel tapi ilustrasi yang menarik menyebabkan kita tertarik.

Dakwaan yang mengatakan Upin & Ipin merupakan agenda Yahudi untuk meruntuhkan Islam ini tidak diketahui lagi sama ada ianya hanya fitnah ataupun kebenaran agar kita boikot kartun ini. Sekiranya kita memboikot filem animasi ini, apa akan jadi dengan bisnes produksi diorang. Bagaimana pula dengan industri perfileman animasi Malaysia. Haa...lagipun,  tidak adapun kenyataan dari pihak Ulama Malaysia mengenai dakwaan ini.

Pada pendapat saya, sekiranya isu ini benar, kita nilai balik dari segi niat dan tujuan kita menonton kartun ini. Saya belum nampak lagi dimana yang Yahudi dan Israel cuba pesongkan umat Islam melalui animasi ini kerana jalan ceritanya  tidak menggambarkan sebarang kelemahan yang menganggu gugat Islam. Sebaiknya, janganlah sebarkan perkara yang kita tidak tahu kebenarannya. Tetapi sekiranya apa yang saya paparkan ini sudah terbukti kebenarannya, saya memohon maaf. credit to : Apple Biru

p/s : motif entri ini hanyalah sekadar mengingatkan semua agar tidak menyebarkan suatu maklumat yang kita tidak tahu sejauh mana kesahihannya.


1 comment:

  1. pernah gak terbaca artikel pasal upin ipin ni..tapi malas nk ambik port sgt..tkt tersalah tafsir..

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih