Berhati-hati di JalanRaya




Haa. Ni apa pasal nih??? Sat, sat... Assalamualaikum semua. Seperti yang kau orang nampak, sebuah kancil dan Avanza telah berlanggar dan mengakibatkan sebuah kemalangan kecil. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku, mahupun kecederaan. ehh, macam mana boleh dapat gambar ni. Bukan dari Mr. Google ye, but from my Samsung Camera WB30F. Avanza tu kereta ayah. dan penumpang-penumpang terdiri daripada umi, kak long, alang, ucu dan adib. Saya se'family lah. Allah  takdirkan kami mengalami sedikit musibah pada hari ini, 25 Disember 2013 sekitar jam 5 petang tadi.

Ya Allah, memang pengalaman 1st yang telah men'traumakan saya. Walaupun kemalangan ni agak kecil. Terngiang-ngiang lagi bunyi dentuman kuat tu. Nasib baiklah kereta masuk dalam parit yang tak berapa nak parit sangat tu, kalau tak meluncur sampai ke bawah bukit agaknya. Na'udzibillah. Tak bersedia lagi nih...rasa nak nangis ja masa tu. 

Khusyuk je tangan ni setting kamera samsung tu, bila sampai ja area turun bukit tu, simpan kamera dan pandang depan. Tak sampai 3second dah masuk parit. Kawasan tu memang agak merbahaya. keadaan yang tinggi, dan berselekoh, tambah pula ada simpang tiga betul-betul nak turun bukit tu. Alhamdulillah tiada apa-apa juga yang berlaku, cuma kereta masuk bengkel. =_=

Nasib baik jugak kemalangan ni berlaku dekat dengan rumah saudara-mara. Perempuan cantik atas tu sepupu ayah.

Macam ni lah keadaan kereta ayah. Haa, masuk dalam parit tulah. parit yang tak berapa nak parit. Nampak macam sikit je kan, tapi sebenar nya macam ni...

Agak-agak berapa kos nak baiki nih, campur sekali dengan yg kemek2 tadi...?

Ni pulak kancil yang yang langgar kitorang. Haa?? tak tau siapa yg langgar siapa. Dua-dua kot...huu

Mestilah kancil ni lagi teruk. Lawan dengan yg besar tentulah macam ni.

Kasihan jugaklah dekat pemilik kancil ni. tapi apa boleh buat, dia masuk lorong salah lepastu pandu pulak dengan laju. Tambah-tambah lagi tau brek je, tak de pun mengelak. hehe. Bukan nak cari salah dia tapi memang betol pun. ce tengok gambar ni...



Nampak tak serpihan sebahagian yang pecah atas jalan tu. yang saya bulat merah tu. Bukti menunjukkan kereta kancil bertembung dengan avanza ayah atas laluan kereta kitorang. Boleh pulak dia tak mengaku. Sakit hati. Sebab dia nak ayah bayar semua kerugian. Mana boleh macam tu. Bila panggil polis tak nak, takut. Nasib ayah toleransi.

Tidak apalah, saya terima musibah ini dengan redha. Tentu ada hikmah disebalik semuanya ni. Baru je nak ngumpat pasal pemandu kancil tadi, tapi seorang hamba Allah tu cakap, jangan simpan dendam. Terus tak jadi nak mengumpat, hewhewhew. Sebenarnya hati ni stil panas membara tapi lepas cakap dengan hamba Allah tu amboi gembira bukan kepalang + terkejut sekali lah. Yelah, baru je chat 'tadi kemalangan' terus kol. haha. Terima kasih atas perhatian semua. Alhamdulillah kami masih oke. Lepas ni, harus lebih berhati-hati. Supaya takda lah teraniaya macam tadi, hinggakan hampir jam10malam baru ayah balik dari balai polis. Teraniaya sebab ada orang buat salah tak mengaku salah. Oke-oke, tak mo ulang lagi. Sudah pun berlalu. Muhasabah diri je lah.

Kepada kau orang yang sedang happy holiday sempena Hari Natal ni, selamat bergembira lah ye. maaflah tidak dapat datang jemputan kenduri, kereta ayah masuk bengkel. huhu. Pesanan saya, harus lebih berhati-hati, dan ingat, Tuhan yang menentukan, kita hanya merancang dan berusaha. Sekian.


6 comments:

  1. Allhmdlh semua ny ok..hati2 jln ye..lebih2 ag sekarang ni musim hujan..so jln pun licin kan..

    ReplyDelete
  2. Apela itu olang kancil. Alhamdulillah kemalangan kecil (:

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah selamat semua. ;)

    ReplyDelete
  4. uish, teruk jugak kereta tu..

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih