Angan-Angan Cik Putri


Hai semua !!! Oh hoo...hari ini saya buat kisah pasal Angan-Angan dalam hidup saya. Nak cerita sikit yang saya ni selain suka membaca, menulis, main masak-masak,..saya juga suka berangan. Ishhh, sama macam kamu semualah. But today, saya ingin catat angan-angan saya dalam bentuk kisah tulisan di alam maya ini. eceh, ayat! hakk tui !! haha.
 
panorama picture - yang tak jadi, haha -__-

1.) Angan-angan saya yang pertama masa kecik-kecik dulu, saya teringin sangat jadi doktor. Pernah guru kelas dulu, saya ingat lagi nama cikgu saya masa tu, Cikgu Juliana Guru Kelas 4Marikh, dia bertanya saya apa cita-cita saya. Dengan sukacitanya saya bagitahu nak jadi DOKTOR. walaweii. ada kisah tau sampai saya nak sangat jadi doktor. 

Gini kisahnya. Time budak sekolah rendah dulu-dulu, budak-budak suka main kejar-kejar, main kawin-kawin, main mama-mama, dan main batu seremban kan. sebab saya dah bosan main game macam tu saya ajaklah kawan sejati masa tu, cewahh. sejatilah sangat. hihi. ajak dia main doktor-doktor. haha. Game dia macam ni, seorang doktor, seorang lagi pembantu, dan semua rakan kelas boleh jadi pesakit. Dan, sayalah doktornya. Peralatan yang kami guna, batang aiskrim sebagai spatula, compass (set geo utk buat bulatan) sebagai picagari, dan ubat gigi sebagai painkiller.

Gambar hiasan.

Inspirasi ni kami dapat dari misi yang tiap-tiap tahun datang sekolah untuk check gigi. haha. Terima kasih Aunty-aunty misi masa tu, kerana anda saya dapat inspirasi tersebut. Nak tahu tak swab(kapas) kami cipta dari apa? dari kertas. Kalau nak sumbat kat lubang gigi, koyak sikit kertas, golek-golek dia sampai dia bulat dan sumbat kat lubang gigi bersama dengan ubat gigi yang dijadikan sebagai painkiller. haha. Kesian kawan-kawan yang kena bahana tangan saya, sampai luka gusi mereka. Lepas siap buat gigi dan check macam-macam konon luka yang rakan kelas cipta, banggalah kononnya dapat rawat pesakit-pesakit. Haa, start dari situlah angan saya nak jadi doktor tercipta. Namun, sebab IQ tak tinggi tahap doktor, sekarang jadi Penolong Pegawai Perubatan sajalah.Tapi kira oke lah juga kan, saya duduk dalam bidang perubatan juga. ^_____^

2.) Angan-angan saya yang kedua, masa tu saya umur 18. Angan-angan untuk cipta sebuah rumah yang besar macam banglo. Nama rumah tu "Villa Ayuni". Siap design lagi tau nak luas macam mana, kat mana ruang bilik, ruang dapur, ruang landskap, ruang permainan...Arhh, bestnya lah kan. Lepas tu, saya nak rumah tu tempat kami sekeluarga berkumpul. Biarpun sudah bercucu-cicit di villa tu lah tempat kami berkumpul. Macam rumah ni ;-


InsyaAllah. Rumah macam ni tetap akan ada. "Villa Ayuni". Saya akan usaha kumpul duit banyak-banyak dulu, then barulah bagi kat kontraktor proposal design rumah saya tu.

3.) Angan-angan saya yang seterusnya, saya nak jadi seorang yang sangat kaya. Kalau saya dah ada duit, saya nak buka bisnes sendiri, nak buka ruang pekerjaan untuk orang-orang yang tak mampu, nak buka sekolah sendiri, nak bantu semua orang yang susah.




 Kalau Allah izinkan saya punya duit macam tu kat tangan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Tuhan semua yang saya angankan jadi realiti. hihi. Angan-angan ja tu.  Tapiii...,kau orang pernah dengar tak kata-kata, Allah tidak berikan ujian yang tidak mampu ditanggungnya. haa, lebih kurang begitulah bunyinya. Maksudnya, setiap apa yang diberikan kepada kita merupakan ujian Allah. Jika Allah izinkan saya mempunyai duit yang banyak, adakah saya akan jadi orang yang bersyukur? adakah saya tidak lupa pada Tuhan? Nikmat duit yang diberikan merupakan ujian untuk kita hadapi jalan yang seterusnya sebagai orang yang berkemampuan. Jadi, kalau Allah tidak berikan apa yang kita hendak, maka bersyukurlah sebab Allah selamatkan kita dari ujian sebenar dariNya. Orang kata, ada hikmah disebaliknya.

Naa, kalau angan-angan tu tidak jadi kenyataan walaupun sudah berusaha, jangan sedih, sebab kita tidak tahu rahsia Allah disebalik. Berabislah berusaha kasi jadi kenyataan tu angan-angan, kalau tak jadi-jadi juga, redha jak lah ya.

p/s : maaf kalau ayat songsang tak difahami ya. sekian dari angan-angan cik putri.


3 comments:

  1. Salam.. In Shaa Allah.. dipermudahkan semuanya.. ~datang singgah ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih...insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih