Hero Si Princess !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Ada macam ustazah pilihan kah? Motivator? haha...
 Tiba-tiba pulak rajin nak tambah entry lagi. semalam dah jadik typo
yang memang dah sah tiada tauliah. Hari ini pulak nak tambah ke'typo'an saya
yang sangat ke'poyo'an dan mengada-ngada.

Yeyy! kamu orang baca entry ni sebab tengok tajuk tu
nampak cam menarik kan. kan,kan,kan???
Yes, My Hero. itu tajuk karangan saya hari ini.
siapa hero saya?

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

taaraaaa...!


Inilah hero saya bersama isteri dia. Encem kan hero saya. hihi.


Hero saya itu bergelar ayah pada saya, dan juga ayah kepada
adik-adik saya. kami berkongsi hero sejak kami lahir lagi.
Tapi, hero saya dan adik-adik saya ni, kami lebih suka gelar dia 'Abi'.
Abi tu sama maksudnya dengan ayah. cuma abi tu berasal daripada perkataan Arab.

Abi saya hero yang paling hebat di dunia selepas Rasulullah SAW.
Dia cari tempat untuk kami berteduh daripada hujan,panas dan ribut.
Dia tidak membiarkan kami berlapar dan dahaga.
Dia menyejukkan nasi yg panas sebelum menyuakan kepada kami.
Dia memandikan kami dengan air tanah pabila kami leka bermain dengan 
anak anjing yang disangka anak kucing dikala kami
masih tidak tahu erti haram pada binatang yang bernama anjing.
dan yang paling penting dia memberi kami kasih sayangnya yang
tiada taranya walaupun kadang-kadang dia kelihatan amat
garang, kerana dia sentiasa mahu menjadi penyelamat untuk
keluarganya, dan anak-anaknya.

Dia tidak pernah menitiskan air matanya didepan anak-anaknya,
apatah lagi menunjukkan wajah yang sedih dikala keperluan makanan sudah habis.
Dia amat gembira apabila anak-anaknya berkumpul dihadapannya,
bercerita itu dan ini, berkongsi kisah, suka dan duka 
ketika bersekolah, dan berkerja.

Suatu hari, hero saya sakit.
Tapi, dia selalu menidakkan kesakitannya. Walaupun saya tahu 
penyakitnya itu tidak teruk dan boleh dirawat, namun dia sentiasa menangguhkan
rawatannya dari bulan ke bulan. Dia mahu memastikan, semasa ketiadaanya nanti
(pembedahan), anak-anaknya boleh menguruskan makan minum sendiri,
perniagaannya(sekolah) serta adik-adik yang bersekolah.






Pada hari itu... dia akhirnya pergi untuk menerima rawatan.
kami ditinggalkan untuk beberapa hari. 4hari. ya, empat hari.
pergi dengan umi pulak tu. abi tidak mahu pergi terima rawatan kalau bukan
umi peneman dia. abi tidak mahu pergi kalau isterinya bukan peneman
dia. hehe. sweet kan hero saya.

Saya amat sayangkan hero saya. Semoga Allah
memanjangkan usia dia dan memberi kesihatan yang baik dan selamanya. huhu.
Terima kasih my hero! Saya sayang hero saya dan girlfriend dia.
For ever and ever!

Long story from Our Princess about Her Lovely 'Hero'.
That's all. Thank you.



p/s : mesti ingatkan hero lain kan. kan, kan, kan...??

4 comments:

  1. Ingat sape lah tadii...(y)

    ReplyDelete
  2. hehe...mesti bersemangat td nak tengok kan.

    ReplyDelete
  3. @Qiela Amrah jangan sedih-sedih oke...abi dah oke dah punn... :D

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih